30 December 2011

Rentetan 2011

Januari 
Bulan Januari, aku baru sebulan habis belajar, dan masa ni lah aku ditawarkan bekerja di Melaka...

Februari
Bulan Februari, aku dapat interview phone call daripada Cyberview, time ni fikir mesti tak dapat sebab ada question yang aku tak dapat jawab, pasrah sangat....

Mac
Alhamdulillah, dapat juga interview daripada Cyberview..Tak ada apa sangat yang terjadi pada bulan Mac, cuma aku first time pergi kelas cupcake kat Sumi Cupcake, seronok...

April
Bulan April, aku ditawarkan ke GREAT Cyberview, Cyberjaya, khusus untuk fresh graduate. 3 minggu executive training, the rest masuk company.

Mei
6 May masuk salah satu company kat Cyberjaya. 
15 May, aku berjaya menggenggam segulung ijazah dan menghadiri majlis konvokesyen di Dungun, Terengganu.

Jun
Menjalani kehidupan seperti biasa =P

Julai
Menjalani kehidupan seperti biasa =P

Ogos
Aku dilamar oleh seseorang yang bernama Ahmad Farrid Zaabah,,, malu~

September
Menjalani kehidupan seperti biasa =P

Oktober
Cukup 6bulan aku training kat GREAT Cyberview dan aku di tawarkan bekerja di company yang aku bekerja sekarang, di Cyberjaya juga =)
First time pergi oversea walaupun singapore =)

November
Majlis pertunanganku bersama Ahmad Farrid berjalan dengan lancar. dan aku sudah pon bergelar tunangan orang.

Disember
Menjalani kehidupan seperti biasa =P

Hassan Mee Rebus

 Hassan Mee Rebus, mee rebus terbaik lah kat Melaka, aku sanggup ni balik Melaka daripada Putrajaya pagi-pagi, nak makan Mee Rebus Hassan punya pasal, kalau balik malam jumaat tue, confirm lah pagi tu TAKKAN pergi breakfast =P

mee rebus terbaik! siap mintaq kuih lebih...dasar kuat makan...

Yang jadi mangsa peneman makan Mee Rebus, tak lain tak bukan, mesti lah encik tunang saya =P

semangatnya awak makan Ahmad Farrid...tapi takpe, saya tetap sayang =)

dah makan mee rebus yang kuih lebih, tambah rojak pulak...
kedua-dua nya memang terbaik....


kalau awak-awak semua nak cuba, pergi lah ke Hassan Mee Rebus nie kat Ujong Pasir, jalan nak ke Kampung Portugis...cuba google map =P good luck!

20 December 2011

Pelamin Biru Pink


tak habis-habis cerita pasal tunang kan? walaupon dah sebulan bertunang,..
tak ada apa, just nak show off kat korang pelamin tunang ku..eceh~~
yang bertemakan biru pink =)

design aku yang bagi, aku cari mana yang aku berkenan, then aku minta tolong akak izzura buat kan..
cantik tak? baik korang cakap cantik..hahahaha ini paksaan...ok..

ini pulak baju tunang kami, warna biru lembut jer kan... encik tunang bukan main marah lagi sebab warna ni susah nak jumpa kalau nak cari tshirt..hehe jgn marah yer nanti kena jual...hihi

kalau berminat dengan pelamin, boleh ke blog warisan seri bonda...kedai ni kat area bukit katil, kat taman bukit katil, kepada orang melaka yang sedang mencari andaman, boleh lar ke sini, service yang diorang bagi memang terbaik, mekap pon ok...nampak natural jer =)


15 December 2011

Hantaran Pertunanganku

aku memilih warna biu pink, asalnya nak warna biru jer tapi incik tunang, nak jugak campur dengan pink, maka terjadilah biru pink... ~ceh, encik tunang sudah...dah tak panggil farrid dah...hehe

inilah hasilnya...
coklat homemade.. sponsor by Maisarah

buah-buahan

air sparkling, encik tunang kata tak berapa sedap =P aku pon beli sebab kale pink..hee~

baju nikah *ups, dah kantoi, nikah nanti kale pink

pen parker *untuk encik tunang sign masa nikah nanti

sirih junjung

tuala

cupcake sponsored by nadia... time nadia tunang kena sponsor ni..hee~

kek tunang yang penuh bermakna, bersungguh aku potong kotak kek tu sebab kotak plastik yang aku beli kecik pulak....

ok, cukup 9 hantaran daripada pihak perempuan kepada lelaki.
sekarang pulak hantaran daripada pihak lelaki, encik tunang pilih kale merah putih, men u katanya...hukhuk

coklat homemade, sponsored by kakak ipar encik tunang

baju nikah 

sirih junjung

cincin & potpuri

famous amos

buah buahan 

kek tunang daripada secret recipe

selesai sudah hantaran pertunangan biru pink daripada pihak perempuan dan merah putih daripada pihak lelaki..

hantaran daripada pihak lelaki digubah oleh kak Jamilah, kawan ofis encik tunang, nanti masa nikah, aku dah book kak jamilah untuk buat hantaran aku..hee~ senang...

07 December 2011

Wordless Wednesday

06 December 2011

FaRRiD MieZa Part 8


hahahaa bila ingat balik, kelakar lah, tak malu nya aku masa tue, dah lar first time makan sesama, makan banyak pulak tue =P
apalah farrid fikir pasal aku masa nie.......

bersambung.....

Nasib baik dia ok jer, bila aku nak order air lagi satu …
Mungkin sebab ini kali pertama kami berjumpa, dan macam-macam cerita kami bercerita sampai haus dibuat nya…
Salah satu perkara yang kami bualkan….

Farrid : cantik tak MyV SE tu?
Aku : cantik, kale putih…
Farrid : Saya suka kale merah..cantik jugak kan…
Aku : Putih lagi cantik..

Terdapat perbezaan pendapat disitu…memang dia peminat MERAH walaupon pertama kali aku terjumpa dia dengan berpakaian kemeja pink..
Habis makan dan berbual kosong, kami berpisah dan minta untuk berjumpa semula nanti..aku hanya tersenyum….

Ok, aku selesa berada disamping nya, berbual dengan nya…sangat selesa…tapi ini baru permulaan, akhirnya aku terbuka fikiran untuk keluar berdua dengan nya…bak kata orang ‘date’..
Kami merancang berjumpa di Dataran Pahlawan, Melaka dan Farrid meminta aku memakai baju berwarna oren…

Kami pergi secara berasingan, dia menaiki motor dan aku menaiki kereta..

Aku : awak, saya dah sampai, saya tunggu dekat toilet cantik ea?
Farrid : toilet cantik kat mana?
Aku : awak cari lah.
Farrid : ok

Kejam betul suruh cari sendiri kan, hehe
“Alar, takkan tak tahu kot, kata orang Melaka” bisik hati kecilku

dari sayup-sayup, aku ternampak lelaki memakai baju berwarna oren long sleeve..dan mata nya seperti mencari sesuatu... bibirnya mula menguntum kan senyuman sejurus ternampak aku... aku hanya perhatikan nya =) 

Farrid : Hai
Aku : Hai, jumpa lak toilet cantik?
Farrid : Saya tanya bangla tu...hehe dia terpinga-pinga jer..
Aku : hehehehe

kami keluar sekadar makan bersama dan selebihnya hanya berjalan dan terus berjalan sambil berborak...

before balik,
kami makan ABC kat satu kedai makan kat Duyong jugak, dekat jelah dengan rumah aku....masa ni aku terasa macam seronok bersama dia, macam tak nak berpisah, dia pon ada perasaan yang sama seperti ku...

itu lah kali pertama aku 'date' dengan dia............

bersambung.........

10 Muharram


saya mencari fadhilat 10 Muharram... dan berniat nak berkongsi dengan awak semua...

Bulan Muharram ialah salah sebuah bulan yang dimuliakan oleh masyarakat Arab zaman dahulu. Nama “Muharram” itu bermaksud “Yang Diharamkan”. Dipercayai nama ini berkaitan dengan pengharaman berperang pada bulan ini.

Dalam bulan Muharram ini ada satu hari yang dimuliakan juga iaitu Hari ‘Asyura. Perkataan “‘Asyura” berasal daripada perkataan Arab “‘asyarah” yang bermaksud “sepuluh”, bersempena tarikhnya yang jatuh pada 10 Muharram itu.

Antara Peristiwa BESAR pada 10 Muharram ialah :

1. Hari pertama Allah menciptakan alam.
2. Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
3. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
4. Hari Allah menjadikan ‘Arasy.
5. Allah menajdikan Loh Mahfuz.
6. Allah menajdikan malaikat Jibrail.
7. Allah menciptakan Nabi Adam.
8. Allah mengampunkan kesalahan Nabi Adam.
9, Nabi Idris diangkat ke langit.
10. Allah melabuhkan bahtera Nabi Nuh di Bukit Judi (ada sandarannya – hadis riwayat Imam Bukhari).
11. Nabi Ibrahim dilahirkan.
12. Nabi Ibrahim diselamatkan daripada api.
13. Nabi Yusuf dibebaskan daripada penjara.
14. Nabi Yaaqub pulih daripada buta.
15. Penyakit Nabi Ayyub disembuhkan.
16. Nabi Musa diselamatkan daripada Firaun di Laut Merah.
17. Kitab Taurat diturunkan kepada Nabi Musa.
18. Nabi Yunus dikeluarkan daripada ikan.
19. Allah ‘mengangkat’ Nabi Isa.
20. Saiyidina Hussin syahid di medan Karbala (disahkan oleh para sejarahwan).

(*Kaitan kisah-kisah di atas dengan Hari ‘Asyura hendaklah dicari sandarannya)

ASAL-USUL SAMBUTAN HARI ‘ASYURA DALAM ISLAM


Abdullah bin ‘Umar berkata:
“Sesungguhnya orang-orang jahilliyyah biasa melakukan puasa pada hari ‘Asyura. Rasulullah saw pun melakukan puasa itu sebelum diwajibkannya puasa Ramadhan, begitu juga kaum Muslimin ketika itu. “

“Tatkala Ramadhan diwajibkan, Rasulullah saw mengatakan : Sesungguhnya Hari ‘Asyura ialah hari antara hari-hari Allah. Barangsiapa yang ingin berpuasa, silakan berpuasa. Barangsiapa meninggalkannya juga silakan.”
(Muslim)

Maksudnya Hari ‘Asyura memang sudah sedia dimuliakan oleh masyarakat Arab Jahiliyyah dan mereka berpuasa pada hari itu. Rasulullah dan para sahabat pun biasa melakukannya. Apabila puasa Ramadhan disyariatkan, puasa pada Hari ‘Asyura tetap diteruskan sekalipun tidak diwajibkan.

Ibnu Abbas berkata:
“Ketika Rasulullah saw tiba di Madinah, baginda dapati orang-orang Yahudi melakukan puasa ‘Asyura. Kemudian Rasulullah bertanya (kepada mereka) : “Hari yang kamu berpuasa ini ialah hari apa?”

Orang-orang Yahudi itu menjawab : “Ini ialah hari yang sangat mulia. Ini ialah hari di mana Allah menyelamatkan Musa dan kaumnya. Ketika itu pula Fir’aun dan kaumnya ditenggelamkan. Musa berpuasa pada hari ini kerana bersyukur, maka kami pun mengikutinya berpuasa pada hari ini.”

Rasulullah saw lantar berkata (kepada para sahabat) : “Kita sepatutnya lebih berhak dan lebih utama mencontohi Musa daripada mereka.”

Lalu setelah itu Rasulullah memerintahkan kaum Muslimin berpuasa.
(Muslim)

Berpandukan sumber-sumber Yahudi, Rasulullah menggalakkan para sahabat untuk melakukan ibadah puasa pada Hari ‘Asyura.

(*Hal ini menunjukkan tidak semestinya setiap cerita Israilliyyat itu terus ditolak)


KELEBIHAN BERPUASA PADA HARI ‘ASYURA

“Aku berharap dari Allah dengan berpuasa pada hari ‘Asyura, akan menghapuskan dosa dari tahun sebelumnya.”
(Muslim)

BILA HENDAK MELAKUKAN PUASA SUNAT ‘ASYURA?

Ketika Rasulullah saw berpuasa pada Hari Asyura dan memerintahkan agar para sahabat turut berpuasa, mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, bukankah ia adalah hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Nasrani?”

Lalu baginda bersabda: “Tahun akan datang, dengan kehendak Allah, kita (akan) berpuasa pada hari kesembilan (sehari sebelum Asyura).”

Berkata Ibnu Abbas : “Belum sempat tiba tahun hadapan, Rasulullah saw telah diwafatkan.”
(Muslim)

“Jika aku masih hidup pada tahun depan, sungguh aku akan melaksanakan puasa pada hari ke-9.”
(Muslim, Ibnu Majah, Ahmad, Thabrani dan lain-lain)

Hari ‘Asyura jatuh pada 10 Muharram. Nabi Muhammad dan para sahabat pernah berpuasa pada 10 Muharram itu. Namun Rasulullah juga bercadang untuk berpuasa pada 9 Muharram, cuma baginda tidak sempat melaksanakannya kerana wafat.

“Berpuasalah pada Hari ‘Asyura, tapi lakukan berlainan dengan kaum Yahudi, iaitu dengan berpuasa pada hari sebelumnya atau pun hari selepasnya.”
(Ahmad & Ibnu Khuzaimah)

Ibnu Abbas berkata:
“Selisihilah (berbezalah dengan) Yahudi, berpuasalah pada tanggal 9 dan 10.”
(Baihaqi)

Para ulama memberikan pelbagai pandangan dalam hal ini. Kita ringkaskan di sini, puasa ‘Asyura boleh dilakukan:
- pada 9,10 dan 11 haribulan (tiga hari)
– pada 9 dan 10 haribulan (dua hari)
– pada 10 dan 11 haribulan (dua hari)
– pada 10 haribulan sahaja (sehari)


ASAL-USUL BUBUR ‘ASYURA MASYARAKAT MELAYU

Disebutkan dalam kitab:
1. Nihayatuz Zain (Syeikh Nawawi Banten ms 96)
2. Nuzhatul Majalis (Syeikh Abdul Rahman Al-Usfuri ms 172)
3. Jam’ul Fawaid ( Syeikh Daud al-Fatani ms 132)

… bahawa ketika bahtera Nabi Nuh berlabuh di Bukit Judi, baginda menyuruh kaumnya mengumpullkan barang makanan yang ada. Antara bahan yang dapat dikumpulkan ialah kacang baqila’/ kacang ful, kacang adas, ba’ruz , tepung , kacang hinthoh dan lain-lain. Semuanya ada tujuh jenis bijian lalu dimasak.

Dalam syair Imam Ibnu Hajar al-Asqalani pula dinyatakan:

“Pada Hari ‘Asyura ada 7 yang dimakan iaitu gandum (tepung), beras, kemudian kacang mash (kacang kuda), dan kacang adas (kacang dal). Dan kacang himmash (kacang putih), dan kacang lubia (sejenis kacang panjang) dan kacang ful.”

Sandaran sebegini tentunya tidak kukuh, namun tidaklah jadi kesalahan kepada sesiapa yang ingin memasak, menjamu atau memakan bubur yang dinamakan bubur ‘Asyura itu. Biasanya bubur ini disediakan secara beramai-ramai. Antara manfaat yang diperolehi ialah pahala bersilaturrahim, pahala bergotong-royong, pahala memberi orang makan memberi gambaran perpaduan umat Islam kepada orang bukan Islam, dan sebagainya.


WaAllahua’lam

Sumber : http://pondokhabib.wordpress.com


Perkahwinan India


first time pergi wedding India, so agak teruja bebenor,,hik hik...
tak ramai kawan lain bangsa macam nie lah gayanya,,,

bersungguh-sungguh nak g tengok tau..hehe nasib baik kawan office farrid ada jemput pergi wedding dia, dapat lah aku pergi wedding India nie...

yang perempuan tu lah member office farrid...
Upacara ni ada kat atas pentas, Farrid pas kan camera dia kat aku, biarkan aku yang tangkap gambar =)

aku tak tunggu lama pon, makan pon tak..
sebab rushing nak pergi wedding kat tempat lain pulak..cuti sekolah ni memang banyak invitation kan...bertindih-tindih lak tu...


pastu tengok-tengok macam aku sorang je yang pakai baju kurung, hehehe yang pakai tudung ada jer, yang member farrid lah pon yang pakai tudung tu, tapi diorang pakai seluar jer, hee~

ok lah, tak ada lah bau minyak or bunga pon bila masuk, tak bau pape pon, cuma asap je banyak,,hehe

p/s : buat Geetha(member office farrid), Selamat Pengantin Baru =)


01 December 2011

Majlis Pertunangan Mieza & FaRRid…20.11.2011



Majlis pertunangan Mieza & Farrid

Hee~ malu saya.. Selalu cerita pasal tunang or wedding org lain..kali nie cerita pasal majlis tunang sendiri.. Janggal rasanya =P
Ingat nk tunggu gambar daripada photographer, baru nak update tapi tangan nie terasa gatal je nak update kan…
Izinkan lah tangan ini menaip dengan pantas nya…hehe

Tarikh 20.11.2011 dipilih oleh Farrid aka En.Tunang dan tarikh pernikahan dipilih oleh aku sendiri… Tema daripada pihak aku ialah BIRUPINK, asalnya nak warna biru jer…tapi farrid nak jugak warna pink..maka terhasil lah warna biru pink…hehe
Tapi ok lah, cantik jugak combination colour tue kan…..

Tema daripada pihak lelaki ialah MERAHPUTIH, ye lah dia kan MAN U..tapi time wedding tak nak merah ok =P ~dah warning!!~ hehe

Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi hadir, saya jemput tak ramai pon, sekadar kawan-kawan yang rapat jer…bukan tak nak jemput…tapi masa wedding, PASTI anda-anda semua akan dijemput =)

Dayah, satu-satunya kawan baik masa di MRSM Muar and sanggup dating aku nya majlis even keseorangan…thx a lot Dayah..
dayah, nak book jadi pengapit nanti, boleh? =)

Kumpulan daripada UiTM Dungun, Terengganu… kecuali Dayah…hehehe nasib baik boleh ngam semua kan =) good good…

Ini dia en.tunang aka Ahmad Farrid…


Kawan baik since sekolah rendah..dari kecil memang tak boleh dipisahkan…hehehehe
Segala hantaran, pelamin (walaupun dah nampak sikit-sikit) akan ku update kemudian…
Orang cakap orang dah tunang ni darah manis dan ada cabaran bertunang, aku berharap dan berdoa agar hubungan kami berkekalan serta berjalan dengan lancar..Amiinnn… 


Ada orang belanja MAKAN..nyum nyum...


Entry kesinambungan daripada entry 11.11.11
Masa nie aku tunggu kot-kot ada miracle berlaku kan…
Tetapi miracle nya ialah, aku di belanja makan oleh Farrid… ~makan lagi =P~
Celebrate dapat pekerja cemerlang untuk bulan 10 kot =P aku ingat-ngat lupa…heheheh

Dia tanya nak makan mana,,,aku laju-laju jawab Windmill..hehe dah lama kan tak makan windmill, Kat KL tak ada, kat Melaka je ada Windmill nie, so, memang mengidamlah chicken chop dia…

Chicken chop dia memang terbaik…sebab ayam dia GRILL…

Saje bagi korang terliur waktu-waktu lapar macam nie…kah kah kah,,,,

Ini untuk Farrid which is Fish and Chip…sedap jugak…

Untuk pencuci mulut, kitorrang mintaq banana split


Muka tuan tanah harus lah ada kan…kalau tak ada, tak sempurna lah entry makan nie…hehehehe



Farrid senyum macam Gigirl =P
Makan dulu….kalau siapa-siapa yang mengidam chicken chop tue, cepat pergi lunch, lagipon sekarang kan dah lunch hour…jangan salahkan aku sebab keluarkan entry ni..hee~
Daaaa~~