18 October 2011

GREAT Hi-Tea



15 oktober 2011, tamat sudah training aku di Cyberview..sekejap jer 6 bulan dah pon berlalu kn, teringat masa mula-mula nak datang lapor diri dekat sini, tayar kereta farrid pancit...dah lar tengah berdebor, tayar pancit pulakkk.. kenangan kan tapi sekejap je dah 6 bulan dan tadi bermula lah episod baru =)

dem it! gambar terkangkang pulak, hilang keayuan...dush!

meh, aku review balik aktiviti sepanjang training nie..
  • executive training - best sangat! semua aktiviti best, yang dua last terakhir je aku mengantuk sikit sebab aku dalam keadaan kurang energy sebab tak cukup rehat.
  • kayaking at lumut - mental sangat masa kayak keliling pangkor tu, tapi best jugak sebab kalau tidak kerana team building ni, aku tak mungkin dapat keliling pangkor dengan hanya berkayak.
  • Attach company - based on company, best or not, company aku best jer =)
  • paintball - lagi lah best tapi sekejap sangat, tak puas nak expert dah kena tembak, haha redha je lah~~
  • water rafting - sangat best! air yang sejuk dingin, guider yang sporting, macam nak pergi lagi =)
  • GREAT Hari Raya - ini best jugak, sebab MAKAN! makan sambil gosip, yelah dah lama tak jumpa.
  • Charity Project - ini ada yang best, ada yang tak best tapi Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar...
penerimaan sijil daripada coordinator kami


gossip girl! lama tak jumpa, bila dah jumpa dapat jumpa kejap jer, pasni tak tahu bila dapat jumpa lagi kan? 
tetibe sebak........

dah, tak payah nak sebak-sebak, kita layan gambar je daripada kami yang sporting dan ceria..
jeng jeng jeng, ceh macam nak buat slide show pulak =P

ini ialah posing sebelum makan, perut lapa nie, simpan perut daripada pagi,,,sila percaya!

daripada 21 orang, kami tinggal ber'14'

bakal-bakal dato' hahaha ke datuk bercucu =P

bergambar bersama GREAT team 

jejaka warga GREAT15 yang berjaya survive, haha

kami lagi... asyraf tengok apa lah tue =P

bila tengok-tengok balik dah macam tangkap gambar kelas masa zaman sekolah kan?

kawan-kawan semua, mieza harap kita dapat jumpa lagi k lepas nie, keep in touch ya! semoga berjaya dalam career masing-masing..kita kenal tak lama, 6bulan jer...tapi dalam tempoh 6bulan tue lah kita berjaya kenal perangai, hati budi setiap seorang, yang tak dengar cakap lah, yang lambat bayar yuran lah, yang geram garam lah...tapi semua tue jadi kenangan buat kita especially masa training 3minggu kat kelas tue, rindu sangat! tak sangka dapat kenal dengan korang yang ceria and sporting habis lah... "bersepah bersepah" tagline syafiq, tetibe sedih...

bye semua..jumpa lagi nanti...*sedih


No comments:

Post a Comment