29 October 2011

New PoRt Satay yang best!!

kami (aku dengan farrid) memang peminat tegar satay...tapi ego konon-konon tak nak makan banyak..hehe
padahal dua-dua orang suka makan satay dengan banyak..

ok, sebenarnya bukan nak cerita siapa yang makan banyak tapi nak cerita yang kitorang dah jumpa port makan satay yang sedap dekat Bachang (kedai sebelah Klinik Mawar)

satay dia memang terbaik ahh!! kitorang siap lumba siapa yang makan paling banyak, hahaha akhirnya aku yang makan paling banyak tapi lebih satu cucuk je pon daripada farrid =P

terliur pulak aku buat entry nie...aish!!

buat reader blog mieza suka makan, jangan lupa untuk try satay kat Bachang nie, memang terbaik...thumbs up! kdai dia biasa-biasa jer, tak ada lah macam restaurant..tapi satay memang BEST!!

28 October 2011

FaRRiD MieZa PaRT 6

"kami berjumpa sekejap jer sebab aku minta izin nak bersama kawan-kawanku dan farrid meminta agar dapat berjumpa denganku lagi selepas ini..aku hanya memberi sekuntum senyuman kepadanya yang aku tak tahu maksudnya samada akan setuju atau tidak. 

 bersambung..........."

semenjak daripada pertemuan singkat tue, kami terus berhubung dan terus berhubung...macam biasa pukul11 malam, setiap hari farrid akan telefon dan kami akan berbual dalam sejam lebih, panas telinga aku masa tuh! hahaha henfon pulak 6500 kan, besi lagi, memang panas... mesti setiap bulan bil Farrid beratus sebab kol aku..sanggup nya dia... tersenyum sendiri pulak aku...apa maksudnya tu...

setiap kali jam terdetik, setiap kali itu lah jantung ku berdegup2 menunggu panggilan telefon..walaupun hanya di telefon, tanpa melihat muka...jantungku tetap akan berdegup, aku pon tak tahu kenapa...adakah aku sudah mula menyukai Farrid...tapi perkenalan kami sangat singkat dan pernah berjumpa hanyalah sekali...

Satu hari aku pulang ke Melaka sebelum final exam dengan niat nak tenangkan fikiran dan meminta restu agar peperiksaan aku berjalan dengan lancar, setiap kali peperiksaan bermula, aku pasti akan pulang Melaka...Farrid ada pelawa aku untuk keluar makan di Mahkota Parade tapi aku tolak dengan baik, aku pon tak tahu kenapa aku tolak pelawaan tu, mungkin aku belum bersedia untuk keluar berdua-dua an dengan dia..

Sampai lah masanya aku kena pulang ke Terengganu untuk mengambil final exam...Sedang aku duduk makan sarapan yang disiapkan oleh mama di ruang tamu, Harriz sibuk bermain dengan sweater aku, aku kalau naik bas mesti kena bawak sweater sebab sejukkan, aku mudah terkena selsema kalau keadaan terlampau sejuk. Pernah jugak aku cerita kepada Farrid, yang aku memang tak boleh sejuk yang melampau...

ok, sambung...Harriz main sweater aku dekat laman, dibiarkan sweater ku di atas lantai yang kotor...apalagi, aku naik geram dan marah Harriz, aku letakkan sweater aku pada ampaian baju...dengan harapan, aku ternampak sweater tue, bila nak keluar rumah nanti, bila nak pergi Melaka Sentral nanti...

bila dah bergerak ke Melaka Sentral, dihantar oleh Mama, aku baru tersedar yang sweater aku tertinggal kat ampaian baju masa aku marah Harriz tadi....ish...aku dah lar nak exam nie, takkan nak sakit-sakit masa exam nanti....sepanjang perjalanan, aku SMS bersama Farrid, aku cerita yang sweater aku tertinggal kat rumah, cerita macam-macam lah, sepanjang 20 minit, macam-macam cerita lah SMS tue...

mama drop aku depan bas jer, tak tunggu pon sebab mama dah terkejar-kejar nak pergi kerja, aku on jer sorang-sorang kat Melaka Sentral tue...nak hilang kan bosan, sebab aku ada masa lagi setengah jam before bas sampai...membeli surat khabar dan baca di tepi bas....

tiba-tiba...

datang seorang lelaki berkemeja.... terkejut aku!! Farrid datang lalu memberikan aku sweater beliau...

aku : nak buat apa nie?
Farrid : kata sweater tertinggal...
aku : a'ah, memang pon..
Farrid : pinjam lah sweater saya nie...

aku tersenyum di dalam hati dengan muka yang sesungguhnya dah merah kot masa nie... lalu aku memberi kan dia Surat Khabar kepada beliau untuk baca...hehehe sanggup dia datang daripada Ayer Keroh ke Peringgit, naik moto semata-mata nak hantar sweater..sweet nya dia =)

Bersambung...

MajLis PerKahWiNaN MurHaiNi & Zuhdi

ahad yang lepas which is on 22 October 2011, aku dengan mengadanya ajak Ahmad Farrid pergi wedding Murhaini untuk sebelah lelaki di Masjid Tanah...kejam kan perempuan ini =P

ye lah plan nak pergi a week before dengan my bff tapi aku ada keje lak, kena pergi belah lelaki ni, nasib baik kat melaka jer..hehe

Antara gambar-gambar kami...
murhaini nie kawan aku masa sekolah rendah, rumah kitorang pon dekat, dekat sangat lah, keluar pintu rumah aku, terus nampak rumah dia, hehe kalau ikutkan dulu nak buat telefon cawan tue, hehe tak payah kol kol kan...hehe

aku tetap lagi tinggi daripada dia since sekolah rendah lagi...
ngeh ngeh dengan nada berlagak =P

payah betul dapat boifren suka tangkap gambar nie, asyik nak snap jer...tapi nasib baik kitorang suka tangkap gambar, tengok lah gambar, dua dua orang buat iklan gigi...hehe

gossip!! mesti!! sebab almost 12 years kitorang tak jumpa...ni baru nak jumpa..gembira betul dapat jumpa..dulu kecik-kecik pergi sekolah sama-sama..aku, kakngah dengan murhani ni lah..

Kepada Murhaini & Zuhdi, Selamat Pengantin Baru dan Semoga awak berdua berkekalan sehingga ke akhir hayat..Aminn...

26 October 2011

Happy Deepavali


happy deepavali......

19 October 2011

HaDiaH BesDaY





hahaha dah 2bulan, baru nak publish hadiah besday kan =P tapi belum basi lagi...kejadian berlaku selepas makan kek di SR kat Jusco baru, Melaka.

Smart Tag

hadiah birthday daripada Farrid...thank you ye syg bagi Smart Tag =)
agaknya, dia kesian tengok aku lalu tol kena bukak tingkap yang 'power hand' tue untuk touch kad TnG. hehe

dan sekarang aku ada 2 kad touch and go,,,yeah yeah...
tapi aku dah bagi satu kat ayah aku..hehe aku mestilah ambil kad yang paling banyak nilainya sebab farrid ada topupkan jugak kad tue =) yeay!

Terima kasih syg....

18 October 2011

FaRRiD MieZa PaRt 5



'conversation tersebut tidak di teruskan lagi kerana terpaksa keluar daripada CC.....aku terus menunggu sekiranya lelaki yang dikenali dengan farrid itu menghantar SMS tetapi tak ada....

hampa........

sehingga lah suatu hari, telefon berbunyi.....

bersambung....................'

ada panggilan daripada farrid...perasaan masa nie, tuhan sahaja yang tahu, gembira tak terkata..kami hanya berbual kosong, perkara ini berlarutan sehingga hampir setiap malam, farrid akan telefon aku pada jam 11malam..aku sekadar menunggu farrid yang memulakan untuk telefon atau sms aku...teringat usikan kawanku bahawa aku akan berkahwin pada 11.11.11 jam 11pagi..sweet jer =)

pada satu hari aku gelisah sebab farrid tidak memberi satu sms pon padaku, lalu aku pon memulakan langkah untuk memberi sms kepadanya sekadar sms suka-suka...aku ingat lagi sms tue ialah sms ulat bulu, hahaha dia membalas dengan sms suka-suka yang lain...

lepas tue, kami terus berhubung sekadar di telefon, ym dan friendster sebab bila aku berada di Terengganu, aku jarang pulang ke Melaka melainkan cuti semester, barulah aku balik ke Melaka. kalau tidak aku akan habiskan masa di Terengganu. kalau aku di Terengganu, kami memang tidak berkesempatan lah nak berjumpa.. =|

07/03/2008

pertama kali, aku pulang ke Melaka bersama kawan-kawanku pada hujung minggu sebab bercadang nak mencari baju dinner fakulti kami bertemakan iceblue...Kesempatan itu, saje menyinggah ke SDO(tempat praktikal ku) jumpa kakak-kakak ofis...sempat jugak aku 'buzz' ym farrid guna ym kak atiey tapi tidak berbalas. mungkin dia sedang sibuk.

penat bergelak, bercerita dengan kakak-kakak ofis praktikal, kami minta undur diri untuk ke Tesco, Melaka mencari baju dinner kami....tiba-tiba sms berbunyi dan farrid mahu berjumpa denganku di Tesco.

'eh, mana dia tau, aku ada kat Tesco' kata hati kecilku.

sms, tanya location, kami (aku dan farrid) berjumpa di Depan Kenny Rogers, sekejap je dah sampai..masa sms pon jantung dah berdegup-degup kencang nak jumpa dia...tapi nasib baik kawan-kawan aku ada..boleh cover lagi =) sepanjang kami ber'sms' tnya location, aku ingat farrid naik kereta sebab dia boleh reply sms secepatnya, tak sangka dia datang tesco naik moto...sanggup naik moto daripada ayer keroh sampai ke peringgit =P rupa-rupanya kak atiey bgth farrid aku akan ke tesco, kak atiey nie...semua nk bgth taw....

kawan-kawanku memberi ruang kepadaku dan farrid untuk berjalan berdua sambil berborak..inilah pertama kali aku bercakap dengan farrid, selama ni bercakap melalui telefon jer..lain kan...telefon bukan nampak muka pon, ni nampak muka...maaluuu~~

kami berjumpa sekejap jer sebab aku minta izin nak bersama kawan-kawanku dan farrid meminta agar dapat berjumpa denganku lagi selepas ini..aku hanya memberi sekuntum senyuman kepadanya yang aku tak tahu maksudnya samada akan setuju atau tidak.

bersambung........... 

Orang Bujang Makan Maggie


ada orang tue siap sent mms, orang bujang makan maggie jer.
kesian dia...waktu ni saya ke KL ada OCBC Cycling, jadik supporter team untuk officemate.
terus tacing! sebab saya makan sedap-sedap kat foodcourt sogo sana..dia makan maggie jer kat rumah...

GREAT Hi-Tea



15 oktober 2011, tamat sudah training aku di Cyberview..sekejap jer 6 bulan dah pon berlalu kn, teringat masa mula-mula nak datang lapor diri dekat sini, tayar kereta farrid pancit...dah lar tengah berdebor, tayar pancit pulakkk.. kenangan kan tapi sekejap je dah 6 bulan dan tadi bermula lah episod baru =)

dem it! gambar terkangkang pulak, hilang keayuan...dush!

meh, aku review balik aktiviti sepanjang training nie..
  • executive training - best sangat! semua aktiviti best, yang dua last terakhir je aku mengantuk sikit sebab aku dalam keadaan kurang energy sebab tak cukup rehat.
  • kayaking at lumut - mental sangat masa kayak keliling pangkor tu, tapi best jugak sebab kalau tidak kerana team building ni, aku tak mungkin dapat keliling pangkor dengan hanya berkayak.
  • Attach company - based on company, best or not, company aku best jer =)
  • paintball - lagi lah best tapi sekejap sangat, tak puas nak expert dah kena tembak, haha redha je lah~~
  • water rafting - sangat best! air yang sejuk dingin, guider yang sporting, macam nak pergi lagi =)
  • GREAT Hari Raya - ini best jugak, sebab MAKAN! makan sambil gosip, yelah dah lama tak jumpa.
  • Charity Project - ini ada yang best, ada yang tak best tapi Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar...
penerimaan sijil daripada coordinator kami


gossip girl! lama tak jumpa, bila dah jumpa dapat jumpa kejap jer, pasni tak tahu bila dapat jumpa lagi kan? 
tetibe sebak........

dah, tak payah nak sebak-sebak, kita layan gambar je daripada kami yang sporting dan ceria..
jeng jeng jeng, ceh macam nak buat slide show pulak =P

ini ialah posing sebelum makan, perut lapa nie, simpan perut daripada pagi,,,sila percaya!

daripada 21 orang, kami tinggal ber'14'

bakal-bakal dato' hahaha ke datuk bercucu =P

bergambar bersama GREAT team 

jejaka warga GREAT15 yang berjaya survive, haha

kami lagi... asyraf tengok apa lah tue =P

bila tengok-tengok balik dah macam tangkap gambar kelas masa zaman sekolah kan?

kawan-kawan semua, mieza harap kita dapat jumpa lagi k lepas nie, keep in touch ya! semoga berjaya dalam career masing-masing..kita kenal tak lama, 6bulan jer...tapi dalam tempoh 6bulan tue lah kita berjaya kenal perangai, hati budi setiap seorang, yang tak dengar cakap lah, yang lambat bayar yuran lah, yang geram garam lah...tapi semua tue jadi kenangan buat kita especially masa training 3minggu kat kelas tue, rindu sangat! tak sangka dapat kenal dengan korang yang ceria and sporting habis lah... "bersepah bersepah" tagline syafiq, tetibe sedih...

bye semua..jumpa lagi nanti...*sedih


17 October 2011

Charity Project (Rumah Sri Kenangan, Cheras)




this is our last activity before end our training program which is charity project...
dalam plan, macam-macam nak buat tapi bila dah sampai, kelaut semua...bantai jer janji mereka gembira =)

pagi semorang berkumpul di petronas persint9, sambil-sambil letak riben pada kereta, kata nak konvoi kan...riben harus lah diletak, untuk buat gempak...hahahahaha
aku, zana and azza

5biji kereta yang bergerak kesana, aku naik kereta myV putih tue, yang dahulu nya kereta idaman dan kini telah menjadi milik orang lain, eceeehhhh~~

sampai kat sana, warga emas semua dah bersedia, bagus diorang sporting betul dengan kitorang, semua aktiviti yang kitorang buat diorang masuk and berkumpul.. tak ada pon yang masam-masam muka tapi bila dah jadi tua macam tue, perwatakan diorang dah macam budak-budak lah, kita kena layan lembut-lembut jer...sedih pon ada tengok diorang, bila dengar cerita diorang..sebak pulak, sob sob...

macam-macam aktiviti yang kitorang dah plan nak buat antaranya karaoke, teka teki, cabutan bertuah, word search tapi akhirnya cabutan bertuah je yang banyak sambutan sampai ke petang, tak pe asalkan diorang gembira =)

ini ialah salah satu aktiviti dengan orang tua..jamming bersama warga emas, hehe

pasukan kompang

tyco jamming si budak kecik tue, hahaa hebat betul dia main...

pasukan caklempong

1Malaysia 

my team..seronok dengan uols even kadang-kadang ada yang geram-geram kan..haha
tapi tak apa standard lah tue bila pendapat yang lain-lain, =) peace (-_-)v





12 October 2011

FaRRiD MieZa Part 4


Sebutan episod lepas,

"aku hanya ignore SMS tersebut dan seperti biasa setiap malam, aku akan padam segala SMS dan Call Log dalam handphone, maklumlah dulu kan guna hp 'sabun' tu, capacity nak simpan banyak2 tak boleh. Maka secara rasmi nya, aku dah padam nombor phone dan SMS AwalMuharram tadi.

Keesokan harinya,

Di Pekan Dungun,

"Kaklang, nombor semalam kol kakngah, suara dia macam tak kenal jer, macam bukan orang terengganu"
"Ye ke? biar je lah"

Bersambung.........."

lama-kelamaan tiada nombor misteri lagi yang menggangguku, aku teruskan perjalanan seperti sediakala, walaupon aku sudah tamat latihan praktikal di SDO, aku masih lagi berhubung dengan kakak-kakak di sana, selalu jugak aku kol diorang, nk borak-borak kosong..

"ada orang kacau kau tak?" tanya kak atiey.
"ada" jawabku dengan pantas.

walaupun sekadar menghantar sms 'Awal Muharram' kemudian sms seolah-olah ingin berkenalan, sudah ku anggap "SMS kacau"

"Hari tu, budak tu (budak baju pink) minta num phone kau, akak bagi num fon kau"
"haaa??? ye ke? bagi balik kaaaakkkkk, org dah DELETE"
"akak tak ada num fon dia"
" ye ke?"

kecewa sangat, tak sangka budak baju pink tue sms aku, tapi kenapa aku bersungguh-sungguh nak number phone dia balik, entah lar =P

"kakngah, ada simpan lagi tak nombor telefon yang kacau tue"
"baru je delete"

frust lagi!!!

online di CC, on ym...

muncul popup "x_parit request friend"
dengan laju nya, aku terus "accept"

kebetulan, farid x-schoolmate baru je add friend kat friendster (zaman friendster dolu-dolu)...
tapi tak dapat nak chat sebab dia offline..

lama jugak budak baju pink tak sms aku pon, aku mula berserah...tak pe lah, aku dah mula suka ke kat dia? cakap pon tak pernah.....perempuan.....depan-depan sombong...

Masa lapang aku akan ke CC tapi selalunya pergi waktu malam, sebab masa tu je free, siang ada kelas...
disebabkan ada satu subjek lagi yang aku tak dapat daftar, lepas kelas, terus aku ke CC untuk register subjek, dah kat CC, on lah segala social media yang ada termasuk lah YM.

x_parit : BUZZ
emyza : BUZZ
x_parit : Hai awak.
emyza : Hai, ini farid mana yer?
x_parit : farrid keje dekat Jabatan K******** Negeri,..
emyza : owh, awak ke? ada bagi sms Awal Muharram hari tue kan?
x_parit : a'ah...
emyza : Sorry, saya dah terdelete number awak..
x_parit : ini nombor saya 012-($*###@$%

conversation tersebut tidak di teruskan lagi kerana terpaksa keluar daripada CC.....aku terus menunggu sekiranya lelaki yang dikenali dengan farrid itu menghantar SMS tetapi tak ada....

hampa........

sehingga lah suatu hari, telefon berbunyi.....

bersambung....................

11 October 2011

Water Rafting, Gopeng, Perak

maaf terlewat, tapi dah janji dengan awak-awak semua kan nk show off gambar water rafting masa entry yang lepas.. Kitorang sampai dalam pukul 10 pagi, tukar-tukar baju segala bagai, then naik lori kat bawah nie, 
ada dua lori, satu berbumbung, satu lagi tak berbumbung, aku naik lori tak berbumbung baru lah adventure sebabnya.....

sepanjang perjalanan masuk ke dalam (tempat water rafting) adalah melalui jalan-jalan kampung yang penuh dengan pokok-pokok, ranting-ranting, daun-daun. maknanya sepanjang perjalanan, kitorang kena lah elak semua banda tu, itu yang adventure nya..hehe terasa macam main game =P

dalam setengah jam jugak lah nak masuk dalam dan dalam setengah jam itulah, kitorang kena elak-elak ranting, hehe

dah sampai, ada briefing semua pasal rafting nie, nk kayuh macammana, kalau terjatuh macammana, gituuu~~ satu bot dalam 5 atau 6 orang, 

kat bawah nie antara gambar yang aku nak kongsi dengan korang semua...
layannnnnn.............aku letak semua gambar group aku untuk tatapan korang...

dush~~ (bunyik air)

bila guider kata 'hold' kita kenalah pegang tali, kalau tak pegang, senanglah korang nak jatuh bawah..
aku setiap masa pegang jer...haha dasar penakut =P

lega, dah lepas juram..

eh, ada juram lagi...

tapi tang juram lah yang seronok, air pulak sejuk yang amat..segar jer,,sejuk sangattt!!



sangkut kat batu pulak..apa lagi? dangdut lah..
dangdut bagi versi rafting ialah lompat-lompat atas bot tu biar bot tue bergerak sikit...
dalam group aku, asyraf lah yang paling kuat berdangdut, asyraf dangdut sorang, yang lain tak payah dangdut pon bot dah bergerak, hahahahaha

forward kan paddle untuk kedepankan bot.

high five versi paddle, hehe

sekejap sangat rasa water rafting nie, tiba-tiba jer "eh, dah habis" hahahaha
tak puas lah, kawan-kawan, bila kita nak pergi lagi haa??

kalau korang nak pergi, boleh jer, janji bayar lah =P
tak rugi kalau pergi sebab memang seronok sangat-sangat...

05 October 2011

'Tick' one job done!

fuh! setel satu keje yang pending, baru satu..ada banyak lagi entry, aku hutang korang kan...
sekarang busy di office, tengok fb pon kejap-kejap jer...tak ada masa...masa itu emas, time macam ni lah baru terfikir masa itu emas, hehe

keje yang pending yang sudah di 'tick' ialah blog All About Us, dah cantik dah...pink lagi...auu kelas kau jaahh~~

good nyte semua! tidur dulu k =) semoga mimpi yang indah =)