"kami berjumpa sekejap jer sebab aku minta izin nak bersama kawan-kawanku dan farrid meminta agar dapat berjumpa denganku lagi selepas ini..aku hanya memberi sekuntum senyuman kepadanya yang aku tak tahu maksudnya samada akan setuju atau tidak.
bersambung..........."
semenjak daripada pertemuan singkat tue, kami terus berhubung dan terus berhubung...macam biasa pukul11 malam, setiap hari farrid akan telefon dan kami akan berbual dalam sejam lebih, panas telinga aku masa tuh! hahaha henfon pulak 6500 kan, besi lagi, memang panas... mesti setiap bulan bil Farrid beratus sebab kol aku..sanggup nya dia... tersenyum sendiri pulak aku...apa maksudnya tu...
setiap kali jam terdetik, setiap kali itu lah jantung ku berdegup2 menunggu panggilan telefon..walaupun hanya di telefon, tanpa melihat muka...jantungku tetap akan berdegup, aku pon tak tahu kenapa...adakah aku sudah mula menyukai Farrid...tapi perkenalan kami sangat singkat dan pernah berjumpa hanyalah sekali...
Satu hari aku pulang ke Melaka sebelum final exam dengan niat nak tenangkan fikiran dan meminta restu agar peperiksaan aku berjalan dengan lancar, setiap kali peperiksaan bermula, aku pasti akan pulang Melaka...Farrid ada pelawa aku untuk keluar makan di Mahkota Parade tapi aku tolak dengan baik, aku pon tak tahu kenapa aku tolak pelawaan tu, mungkin aku belum bersedia untuk keluar berdua-dua an dengan dia..
Sampai lah masanya aku kena pulang ke Terengganu untuk mengambil final exam...Sedang aku duduk makan sarapan yang disiapkan oleh mama di ruang tamu, Harriz sibuk bermain dengan sweater aku, aku kalau naik bas mesti kena bawak sweater sebab sejukkan, aku mudah terkena selsema kalau keadaan terlampau sejuk. Pernah jugak aku cerita kepada Farrid, yang aku memang tak boleh sejuk yang melampau...
ok, sambung...Harriz main sweater aku dekat laman, dibiarkan sweater ku di atas lantai yang kotor...apalagi, aku naik geram dan marah Harriz, aku letakkan sweater aku pada ampaian baju...dengan harapan, aku ternampak sweater tue, bila nak keluar rumah nanti, bila nak pergi Melaka Sentral nanti...
bila dah bergerak ke Melaka Sentral, dihantar oleh Mama, aku baru tersedar yang sweater aku tertinggal kat ampaian baju masa aku marah Harriz tadi....ish...aku dah lar nak exam nie, takkan nak sakit-sakit masa exam nanti....sepanjang perjalanan, aku SMS bersama Farrid, aku cerita yang sweater aku tertinggal kat rumah, cerita macam-macam lah, sepanjang 20 minit, macam-macam cerita lah SMS tue...
mama drop aku depan bas jer, tak tunggu pon sebab mama dah terkejar-kejar nak pergi kerja, aku on jer sorang-sorang kat Melaka Sentral tue...nak hilang kan bosan, sebab aku ada masa lagi setengah jam before bas sampai...membeli surat khabar dan baca di tepi bas....
tiba-tiba...
datang seorang lelaki berkemeja.... terkejut aku!! Farrid datang lalu memberikan aku sweater beliau...
aku : nak buat apa nie?
Farrid : kata sweater tertinggal...
aku : a'ah, memang pon..
Farrid : pinjam lah sweater saya nie...
aku tersenyum di dalam hati dengan muka yang sesungguhnya dah merah kot masa nie... lalu aku memberi kan dia Surat Khabar kepada beliau untuk baca...hehehe sanggup dia datang daripada Ayer Keroh ke Peringgit, naik moto semata-mata nak hantar sweater..sweet nya dia =)
Bersambung...
No comments:
Post a Comment