28 July 2011

MajliS PertunanGan KakNgah & Faiz



lagi sorang member aku dah tunang, lepas syafiqah kawen, zeela pon dah tunang...
kali nie kakngah pulak...
tinggal lah aku dengan dayang jer, (tak tahu kat camera siapa gambar kitorang sedih tak ada cincin tu)
kitorang ada tangkap gambar dimana diorang tunjuk cincin, aku dengan dayang muka bersedih.... =( kita tengok siapa dulu, aku ke dayang, hehe

aku pon tak tahu bila majlis aku pulak...ok, bukan nak cerita pasal majlis aku tetapi majlis kawan baik aku since tadika lagi, sampai lah ke sekolah rendah, sekolah agama, sekolah menengah pon kejap je lar, 2 bulan jer, lepas tue aku dah pindah sekolah dan masing-masing dah bawak haluan masing-masing....


ini lah kakngah dan mieza...

aku nampak besar bila tangkap gambar dengan kakngah....huwaaa~~ nanges...aku sememang nya yang paling besar antara mereka....

betul tak? sebenarnya, aku tak ada lah besar sangat, tapi kawan-kawan aku nie yang kecik ~cover line.... =P


gambar kami bersama pasangan tunang =) hantaran lelaki warna hijau, perempuan warna silver...cantik sangat, kreatif betul si kakngah nie, dari sekolah dulu memang kreatif...jeles!


ada lagi 3 dulang, makanan, kiranya semua dulang ialah sebanyak 9...

kitorang(aku, syafiqah, dayang, ain) sampai rumah kakngah dalam pukul 12lebih, ingatkan dah lambat, mujur majlis belum start, boleh lah cot cet kejap...haha dasar perempuan kan, memang tak lari daripada bercot cet, lagi-lagi dah lama tak jumpa, macam-macam cerita lah keluar...

bila majlis berlangsung, barulah zeela sampai,,ikut pintu belakang, selesai majlis, macam biasa, kitorang dijamu makanan tengahari tapi sayang tempat makan dah penuh, dengan buat macam rumah sendiri KAT DAPUR lah anak-anak dara campur sorang mak dara nie makan, daripada selesai majlis sampai orang sebelah dah balik pon kitorang masih di dapur ber cot cet (gossip girl).. hahahaha meriah dapat jumpa kawan-kawan lama...macam-macam cerita keluar...

tak puas rasanya, lepas nie kita nak ke dapur siapa pulak? hehe

buat kakngah dan faiz, nanti kahwin jangan lupa jemput taw....semoga tabah menghadapi masa akan datang...ceh~

3 comments:

  1. eh saya kenal la dia ni
    lin kan?
    jiran sebelah bilik masa kat matrik perlis dulu

    ReplyDelete
  2. lya...a'ah lyn dnyal...dia matrix perlis dulu...

    faiz farish..tq

    ReplyDelete