02 June 2011

Team Building di Lumut, Perak (Part 1)

Salam 1 Malaysia semua, korang semua sihat? Aku macam nie je lah tak ada beza pon, dah lama tak timbang, minta-minta dah 57kg,AMMIIINNNN…..fuh fuh…

Bila dah tak ada broadband, macam nie lah blog nie, tertinggal meninggal tp aku akan tetap update even cerita dah berbulan lama nya…kenangan masa muda nie…muda ke?? (letak tangan di bahu sambil menaikkan anak mata ke atas) nak cerita broadband aku bagi adik aku guna since dia still study, maybe nak “SEARCH SOURCE ASSIGNMENT”, aku boleh online kat office…baik kan dapat kakak macam aku… =) bangga sekejap……

Ok ok, kita sambung cerita, kat mana kita tadi, haaa kisah team building kat lumut, mula-mula aku fikir team building setakat main game dalam group, tak pon pergi camping-camping, then jungle tracking gitu….setakat macam tue aku suka lah….

Tapi bila dapat tahu kisah sebenar yang team building tidak lah sebegitu rope….tapi siap kena berkayak-kayak bagai…OMG…aku tak pandai kayak melainkan ada orang guide, itu memang aku pro….hahahaha

Kitorang gerak daripada cyberview pukul 730 macam tue, sampai sana dalam pukul11 lebih gitu..sampai sana kami di berifing by marketing of team building person….briefing lar pasal rules kat sana dimana henfon, makanan, duit, rokok, majalah, ps2,psp, mp3, tue semua barang larangan kitorang sepanjang ada kat situ…aku bila dengar henfon kena bagi kat diorang, “alarrrr, tak best nya, 4 hari tak dengar cerita, mesti rinduuuuu” tak pernah tau putus hubungan, hari-hari mesti dengar cerita si dia =P poyo!!!

Dah selesai berifing, isi borang, bagi barang larangan apa semua, kitorang dibenarkan naik dorm…perempuan dorm tahan, lelaki dorm korbu kalau aku tak silap…


Kunci dorm

Bapak besar kunci kan, mula-mula kelakar jugak tengok kunci dorm nie….hahaha berat ok kayu tue, aku tak pernah pon bawak naik sebab aku tak pernah jadi orang pertama yang balik dorm, hehe korang Nampak nombor-nombor kat kunci tu? Itu lah dia ANAK TANGGA yang kitorang perlu naik untuk ke dorm…

Tahan – 148 anak tangga
Korbu – 127 anak tangga
Sila percaya!!


Dorm atau tempat tinggal kami

Dorm perempuan yang atas sekali nuh…itu kalau naik, tak moh turun dah, dah turun pon, tak moh naik dah…aku kalau naik, mesti stop kat tengah-tengah ambik nafas, gila penat! Dengan hari pertama bawak beg besar gajah tue, semua pengsan bila dah sampai dorm…



Aktiviti petang dan malam sekadar main game ikut group, oh lupa nak cerita pasal group, sebab kitorang 22 orang, so bahagi kepada 2 kumpulan, main game ikut group jelah….

Bersambung……




No comments:

Post a Comment