31 December 2010

HaRRiZ DaRjAh 1

malam tadi,

"ayah, baju sekolah harriz mana? esok harriz nak sekolah"

pagi tadi,

"imi, bangun. imi kata nak hantar harriz pergi sekolah"

sweet kan =) semangat je dia nak pergi sekolah.


terbalik mulut kau ye...

masa nie kat kantin sekolah, tak ramai lagi yang sampai, kami sampai antara yang terawal, susah aku nak sampai awal =P nie awal ok..mic pon tak siap lagi...cantik lah tue, nak beratur bagi borang semua pon senang..tak lah panjang beratur..

tapi masa ucapan guru besar, harriz dah macam cacing kepanasan kat situ, asik-asik tengok jam lepas tue tanya, bila nak habis...budak-budak kan cepat bosan, lagi-lagi duduk setempat, orang dewasa pon cepat bosan apa lagi budak-budak kan...

sehabis ucapan guru besar,pelajar dan penjaga di minta membawa pelajar ke kelas untuk sesi pembayaran yuran..aku ingat ada sesi berkenalan dengan guru ke...tak ada pon...just bayar yuran lepas tue balik... kejap jer.. itu pon ada ibu bapa yang tak nak tunggu...

masa tengah beratur nak bayar yuran, ada seorang makcik nie, mak kawan harriz tanya aku...

makcik : mak harriz ke?
aku : #%@#% bukan. saya kakak dia...
makcik : ye ke? ingat kan mak *cakap sambil gelak

panas je hati aku, elok pulak kan aku pergi dengan ayah...mesti orang tengok dah macam isteri kedua bawa anak sulong pergi sekolah...coi~

sudah ku jangka perkara ini akan berlaku....muka yang ayu muda mudi nie dikatakan mak orang... =( takmoh kawan harriz, tetiba =P




6 comments:

  1. hahaha.. coi betol makcik tu tau.. elok la tu hariz excited.. mintak2 smpai bila2.. hehe

    Selamat Tahun Baru 2011 utk miza & family.. rasa2 thn ni dah bleh makan nasi minyak lom? eheemm...

    ReplyDelete
  2. kak...itu lah, esok nak sekolah lagi excited agaknya..

    belom lagi kot..ntah lar =P Selamat tahun baru jugak buat akak dan family...=)

    ReplyDelete
  3. hehe... bestnya tgk budak2 masuk sekolah...

    ReplyDelete
  4. HAHAHA. coi betol makcik tuh :D eeeee. comel gila kot adik emmy! bestnyaaa dpt hanta adik 1st day skolah! :)

    ReplyDelete
  5. hahahahaha.. dah ada rupa mak budak ke?

    semangat harriz kejut orang lain pagi2 nak pegi sekolah. huhu..

    Selamat Tahun Baru 2011 ;)

    ReplyDelete