17 September 2010

Di PaGi RaYa 2010/1431H


baju rayaku dipagi raya dalam suasana yang gerimis mengundang ok...rahmat di pagi syawal dan dipagi jumaat yang mulia...berkat sangat ok..

disebabkan gambar raya di publish kt entry bawah, nie gambar adik beradik aku pulak mengikut ketinggian ok, bukan ikut umur,,,maka aku telah jatuh ke tempat kedua..sob sob..


harriz yang hujung sekali memang berdiri tegak seolah-olah nak menyanyikan lagu negaraku...=P

dan sekarang masa yang ditunggu telah tiba,,,,,
juadah dipagi raya!!

ehem ehem...layan gmbar je lah =) zaaassss~~~~

ketupat 40ketul,,eh, ketupat ketul ke biji? haha masalah penjodoh bilangan sungguh....

kuah lodeh~~

daging masak dendeng~ setap! super duper pedas,,,,

rendang daging~ menu wajib dipagi raya =)
aku request nak ayam masak kicap, tapi sebab mama dah buat daging dendeng, aku pulak yang kena buat ayam goreng rempah nie...aku yang buat taw,,,~lalala~

macam sedap lak bila tengok balik, terliur =P


dan paling penting air kopi o panas, memang sedap, masuk ok dengan selera aku, lagi-lagi tengah gerimis mengundang...slurp slurp memang nikmat...arrhhh~ tapi aku buat masa diorang pergi sembahyang raya, so kopi tue dah sejuk =P

ok, itu je juadah di pagi raya, diakhiri dengan gambar aku yang ayu nie...aww~ malu makkk~~



salam aidilfitri semua!!




1 comment:

  1. sedapnya kuah lodeh. sedapppp. hr tu mkn ketupat lemang x puas.. nak kena kutip jemputan ke open house neh. hehe

    ReplyDelete