cerita nie memang ramai yang tunggu saat bilakah mieza nak publish...eh, ramai ke yang tunggu? ke aku je yang perasaaaaannnnnn.....gambar dah lama upload, tapi cerita nya baru je nak bermula....
sebelum beraya ke tangkak, farrid akan datang beraya di rumah aku dahulu bersama adik-adik die,,tapi tahun nie, farrid dengan ain je yang datang...mereka datang berdua dan aku jamukan mereka makanan yang cukup raasaaa dari air tangan ai...bihun singapore + sambal kicap...kami bertiga makan hampir setengah kuali, oh aku pon tumpang makan taw, sebab aku baru nak cedok bihun nak makan tiba-tiba ada orang bagi salam...mereka dah sampai, aku pon join lah makan sekali =) makan ramai-ramai kan best, makanan tak sedap pon boleh jadi sedap kan?
ain (adik bongsu farrid) dan mieza,,
dah makan-makan semua, aku jamu diorang makan kuih raya, aku pon siap-siap nak pergi beraya ke tangkak, masa makan, aku dah siap pakai baju kurung, lepas makan tinggal sarung tudung jer, best betul pakai tudung nie, sarung je tak payah lilit-lilit kan =P
sejurus kemudian, kami terus menuju ke tangkak dengan menaiki myV putih milik farrid...di sana, aku beraya bersama keluarga farrid, ada lah dalam 5 or 6 buah rumah kami pergi beraya...fuh! penat tapi seronok pergi beraya sebab dapat makan macam-macam =P
perasaan beraya bersama keluarga farrid?
hurm~ seronok,sebab dapat keluar beraya bersama dan berkenalan dengan lebih rapat bersama keluarga dia...lagi..malu~ sebab kami belum pon mempunyai apa-apa ikatan...tapi InsyaAllah, ada jodoh antara kami, adalah...awak semua doakan saya yer...waahh...nak suruh doakan, dan dan terus ber awak saya...ceeehhh~ sambil kenyit-kenyit mata..
atok farrid yang sangat peramah, ada sahaja benda yang die nak cerita, aku pulak suka melayan, ye lah aku kan dah 3 tahun beraya tanpa atok disisi...oh, korang jangan konfius pulak, kalau belah-belah johor, memang panggil nenek as atok tau, memang tak panggil nenek, even perempuan tetap panggil atok, laki pon panggil atok jugak..korang jangan confius pulak..
masa nie bersama makcik sebelah ayah farrid, kami nak pergi beraya lagi nie..memang banyak rumah lah kami pergi...yang baju hijau sebelah aku tue adik farrid jugak, adik betul-betul bawah farrid, farkhana nama dia..muka kitorang ada iras tak? sebab ramai cakap muka kitorang nak sama taw..macam adik beradik..
oh, masa raya kat tangkak nie, aku dapat duit raya taw, pakcik farrid bagi...malu aku nak amik...
"belajar lagi, boleh dapat duit raya"
terima kasih kepada semua kerana layan saya dengan baik dan cukup baik...saya seronok dan sungguh terharu =)
next entry kisah beraya di jasin..kampung farrid seb0lah omak ea pulak..