22 September 2011

FaRRiD_MieZa PaRt 3


Setelah habis latihan praktik di SDO, Seri Negeri, aku terus menyambungkan pengajianku yang hanya tinggal 5bulan/1 semester untuk aku memiliki sijil diploma..

Semasa di Universiti, ketika ini aku baru pulang daripada CyberCafe untuk melayari internet, maklum lah dahulu tidak mempunyai broadband atau wifi, hanya CC lah tempat aku bersosial di alam maya..

tet tet *bunyi SMS menunjukkan ada SMS masuk daripada nombor yang tidak dikenali..

kandungan SMS tersebut hanya sekadar ucapan Awal Muharram memandangkan esok (10/01/08) ialah AwalMuharram, aku dengan ringan jari terus membalas SMS tersebut dengan ucapam 'Salam Maal Hijrah'.

tet tet *sekali lagi SMS masuk ke dalam inbox daripada nombor yang sama.

'dulu awak pratikal dekat SDO kan?'

"hah? siapa ni? mana pulak dia tahu aku praktikal kat SDO" kata hati kecilku.

"Kakngah, cuba tengok ni nombor siapa sebab dia tahu lah kaklang praktikal kat SDO" kataku kepada sahabatku 'Atikah.

"Tak ada lah dalam phone book number tu" jawab 'Atikah.

aku hanya ignore SMS tersebut dan seperti biasa setiap malam, aku akan padam segala SMS dan Call Log dalam handphone, maklumlah dulu kan guna hp 'sabun' tu, capacity nak simpan banyak2 tak boleh. Maka secara rasmi nya, aku dah padam nombor phone dan SMS AwalMuharram tadi.

Keesokan harinya,

Di Pekan Dungun,

"Kaklang, nombor semalam kol kakngah, suara dia macam tak kenal jer, macam bukan orang terengganu"
"Ye ke? biar je lah"

Bersambung..........


No comments:

Post a Comment