26 September 2011

Jumpa Huda di KUD

petang semalam, bosan dah duduk rumah, ajak kak azza pergi KUD (Karnival Usahawan Desa) kat Persint 2 sana...saje jalan-jalan...


banyak betul booth, itu pon pergi dah petang, banyak booth yang dah tutup..


alang-alang dah kesana, sempat jugak jumpa Huda, dah lama dah nak jumpa Huda nie tapi tak jumpa-jumpa, padahal kitorang duduk 1 Melaka je pon, hehe kebetulan dia tolong ayah dia jaga booth kat sana, dapat lah kitorang jumpa..


seronok dapat jumpa, hehe selalu main-main sms jer...hehe nanti ada masa kita jumpa lagi taw =) kita pergi jalan-jalan cari makan pulak =P *habislah awak huda, kawan dengan saya asyik pergi makan jer =P

MengGEMOKkan diri dengan Rasamas Lagi!!

selagi kupon rasamas tak habis, selagi itu lah aku akan ajak je siapa-siapa makan kat rasamas, hahahaha secara paksa ok! hahaha tipu je lah, aku ajak je sesiapa makan Rasamas,..kupon ni expired 31/10/2010, rugi kan kalau tak guna,kupon makanan nie =P aku kan suka makan, hehe
masa nie aku makan dengan farrid,..

dia makan nasi ayam panggang
aku makan spegeti =)


aku dan spegeti memang tak dapat dipisahkan, my feberet lor..sedap nya......


add on kids meal untuk dapatkan free aiskrim satu scope, tapi lupa nak snap sebab lambat sangat! aku dah habis makan, baru dapat.... nasib baik dapat...
sekarang tak boleh nak komplen sangat, isu saman-saman tengah berleluasa, encik, saya bukan komplen cuma cakap jer =P


dan farrid telah kenalkan aku dengan sesuatu yang sedap ini iaitu "Mango Puding"
rasa dia memang sedap, sesuai untuk pencuci mulut, bila makan dengan susu cair tue, peh...menjilat sudu..
ini harga nya RM1.90, ini je yang aku ingat harga =P sebab macam pelik, murah...

ada lagi sekali aku ajak ain, tapi tak snap gambar...kami pergi berempat...luak jugak kupon aku =)



25 September 2011

Satu Badan Sakit

hai semua!!

Selamat malam semua...sekejap je dah habis weekend kan?
sekejap pulak rasa nya.....

sebab semalam dah ke white water rafting kat Gopeng, hari nie bangun pagi memang sakit badan giler...rasa nak berjalan dah macam robot dah memasing...hehe

mlm before tidur tue sakit kaki tang lutut, memang sakit sangat, time ni teringat kat mama, sebab kalau lenguh-lenguh, mama tolong urutkan, ni sendiri urut maaaa~~~ *sedih.....aku tak tahu kenapa tang lutut yang sakit bebenor, padahal tangan dengan punggung yang main peranan...

tapi bila bangun pagi jer, satu badan sakit, nak ke kiri sakit, ke kanan sakit...dah macam robot! hahahaha tang perut tak payah cakap lah sakit dia, bila gelak je sakit....susah nak gelak, hehe

tak sabar nk tunggu gambar masa water rafting tu, nanti once dah dapat aku kasik show of sama korang ok....

ini je gambar yang ada daripada camera aku...gambar selepas water rafting...kasik cuci-cuci sikit mata korang, hehe

bye semua!

24 September 2011

Saya Ke GopenG

Saya on the way to Gopeng, Perak for white water rafting....

Kecut perut jugak ni, tapi nak jugak pergi...sekali sekala kan...
kalau nak pergi sendiri, memang taaaak lah!

nanti aku cerita segala pengalaman aku kat sana...harus cerita =)

KelilinG KLCC


Kenangan untuk hari ini bersama Nanaje *one of my klik , 

nanaje, memang mieza akan ingat sampai bila-bila, when my cik kancil pusing KLCC akibat tersalah jalan/lorong, hehe sesat yang membuat kan kita lebih tahu tentang jalan di KL...paham tak? hahaha kalau korang tak paham pon buat2 paham je lah k....

dulu pernah cakap kat Farrid, "eh tak nampak pon kancil kat area KL kan? Malu lah nak bawak cik kancil jalan-jalan KL"

tapi sekarang, dah pusing 1 KLCC dah pon....kelakar sangat, lagi satu yang kelakar pasal highway AKLEH, bila teringat memang tergelak sorang2, sumpah kelakar! tak payah lar nak cerita sangat sebab rahsia aku dengan nanaje jer, hehe


23 September 2011

CouSin yAnG PeNuH DeNgaN LeLaki

cousin sebelah ayah aku di Bukit Gambir, Johor memang dikelilingi oleh lelaki...



nie ada yang tak masuk tangkap gambar lagi nie...semua lelaki, kalau aku mintaq tolong tangkap gambar, asik lah kena buli,,,hahahaha tapi ada aku kisah... =P ini lelaki yang diperolehi oleh tiga buah keluarga...


dan warga perempuan sekerat ini sahaja daripada 3 buah keluarga..
yang baju hijau tu busu aku bukan sepupu aku tau...hehe
lebih kurang je kan...hehe

tunggu lah aku kawen nanti, mungkin semua sedara dapat berkumpul =) sejak atok dah tak ada nie, susah nak gather ramai-ramai =| rindu pulak zaman dulu2 kala =) sepupu seusiaku semua dah kawen, dah ada anak dah pon...aku bila lagi??

Bebel bebel kosong

selamat pagi semua...

saya menaip nie ketika jam1:40 pagi..semenjak dah kerja nie, ini lah kali pertama saya online macam zaman belajar dulu, hehe kalau tidak, pukul11 dah selamat dah diselubungi dengan selimut..

malam nie tak ada apa nak cerita, cuma bebel-bebel kosong jer...

saya sebenarnya berniat nak cantikkan semua blog saya termasuk lah blog ini, blog all about us, blog tembak-tembak...semua tak sempat lagi nak usik...blog tembak-tembak tu sebenarnya saya nak letak hasil photography Farrid, tapi tak sempat lagi nak buat... keje kat ofis pon banyak pending =P

semakin dekat dengan hari itu, macam-macam yang bermain di fikiran saya, betul ke tindakan saya, betul ke pilihan saya,,benci nya perasaan macam nie...dan saya selalu fikirkan masa depan saya, kemanakah saya selepas ini,.....

Dengan berkat kesabaran dan ketabahan mungkin rezeki akan muncul sekejap je lagi...Allah hanya mahu menguji tahap kesabaran kita...mungkin Allah tak bagi lagi rezeki padaku sebab ada rezeki yang lebih baik akan datang kepadaku...Amiinn...


NaDia OpEn HoUsE



kebetulan masa aku ada kat Seri Kembangan, pergi wedding izza, Azreena kol ajak pergi open house rumah Nadia kat Bandar Baru Bangi...

aku tanya farrid, boleh pergi ke tak? ye lah, aku kan menumpang kereta dia, nak pergi mana-mana pon kena tanya kan, mana tahu dia hal ke lepas pergi wedding izza...

dia angguk! 

ok lah tue.. 

dapat pergi...farrid bawak aku pergi rumah Nadia..tak sangka dapat jumpa budak-budak ni dalam masa terdekat ni...padahal rumah/tempat kerja kitorang dekat-dekat jer, itu pon susah nau nak jumpa... (-_-!)

nadia, azreena, mieza dan maisarah...

bilalah dapat jumpa korang lagi kn..tiba-tiba rindu pulak.. yelah, kita ni makin besar makin banyak komitmen kan, takut pulak nak jadi orang dewasa...hmm~


sekali lagi bergambar =P sebenarnya banyak lagi gambar kitorangposing, kalau nak tengok lagi banyak gambar kitorang, sila ke fb, aku dah upload semua jenis gaya, ada siapa2 nak amik kitorang jadi model? hahahaha perasan cantik!

taken by me

last, thank you Ahmad Farrid sebab bawak Nurul Emieza kemana-mana yang mieza nak pergi...dan sudi jadik photographer kami, kami memang gadis lensa, pantang nampak camera =P

kawan-kawan, nanti ada masa kita gather lagi taw! dah lama tak test suara lah! rindu zaman di Dungun, karok jamban pon jadik, hehe

22 September 2011

FaRRiD_MieZa PaRt 3


Setelah habis latihan praktik di SDO, Seri Negeri, aku terus menyambungkan pengajianku yang hanya tinggal 5bulan/1 semester untuk aku memiliki sijil diploma..

Semasa di Universiti, ketika ini aku baru pulang daripada CyberCafe untuk melayari internet, maklum lah dahulu tidak mempunyai broadband atau wifi, hanya CC lah tempat aku bersosial di alam maya..

tet tet *bunyi SMS menunjukkan ada SMS masuk daripada nombor yang tidak dikenali..

kandungan SMS tersebut hanya sekadar ucapan Awal Muharram memandangkan esok (10/01/08) ialah AwalMuharram, aku dengan ringan jari terus membalas SMS tersebut dengan ucapam 'Salam Maal Hijrah'.

tet tet *sekali lagi SMS masuk ke dalam inbox daripada nombor yang sama.

'dulu awak pratikal dekat SDO kan?'

"hah? siapa ni? mana pulak dia tahu aku praktikal kat SDO" kata hati kecilku.

"Kakngah, cuba tengok ni nombor siapa sebab dia tahu lah kaklang praktikal kat SDO" kataku kepada sahabatku 'Atikah.

"Tak ada lah dalam phone book number tu" jawab 'Atikah.

aku hanya ignore SMS tersebut dan seperti biasa setiap malam, aku akan padam segala SMS dan Call Log dalam handphone, maklumlah dulu kan guna hp 'sabun' tu, capacity nak simpan banyak2 tak boleh. Maka secara rasmi nya, aku dah padam nombor phone dan SMS AwalMuharram tadi.

Keesokan harinya,

Di Pekan Dungun,

"Kaklang, nombor semalam kol kakngah, suara dia macam tak kenal jer, macam bukan orang terengganu"
"Ye ke? biar je lah"

Bersambung..........


21 September 2011

KuiH TauHu TeRatAi

Kuih tauhu teratai..
Pernah dengar tak? tak pernah?? aku pon tak pernah..hahaha masa office aku buat potluck, one of my klik bawa makanan ni which is "tauhu teratai"


First time jumpa ni, rasa dia pon boleh tahan lah sedap....memang sedap...
luar yang coklat tu ialah kulit tauhu, inti pulak letak daging ayam hancur dengan tauhu..
yang merah tu aku letak sos untuk penambah selera..

kata my klik, tauhu teratai nie lagi rangup/sedap bila makan masa panas...
wallaaahh...masa dah sejuk ni pon aku rasa dah sedap, apalagi kalau panas-panas, mesti lagi sedaaap kan...


sesuai dijadikan minum petang disulam kan dengan teh o panas...
terbaik wookk....aku makan dulu k...chow~



Selamat PeNgaNtiN BaRu IzzA


Selamat Pengantin Baru Izza...
Nampak cantik sangat izza pakai songket kale purple tue...sweet jer...

Dapat jugak jumpa izza even tak dapat nak berborak lama...izza nampak lain sangat bila kat luar and still nampak comel....serius...

Izza, semoga berkekalan dengan pilihan hati sehingga ke akhir hayat k...nanti ada masa kita jumpa-jumpa lagi taw...


p/s : amik berkat/seri kat majlis kahwin kawan =P


16 September - Hari Malaysia


Selamat Hari Malaysia untuk semua warga Malaysia pada 16 September yang lalu...lambat nya nak wish...
kan best kalau ada smart phone, boleh update blog on the spot...tolong bagi hadiah kat budak nie, hehe

First time dalam sejarah aku berumur 24tahun ni, inilah first time aku pergi Dataran Merdeka sambut merdeka dan Hari Malaysia, pukul 530 pagi dah bangun, hehe pukul 7 baru gerak..semangat kan aku...

1? Malaysia... 1? Malaysia....

Nyanyi lagu negaraku..dah lama tak nyanyi lagu negaraku sejak berhenti sekolah nie...tapi aku masih ingat lagu negaraku... =) siapa tak ingat, siap lah dia, cubit2 nanti....

Tahun depan boleh pergi lagi lah....best! tengok semua benda live..Terima kasih Farrid sebab bawak syg datang sini, seronok sangat.......nanti kita pergi lagi tau....bawak yang lain, kasi ramai lagi dataran merdeka....

20 September 2011

BuNga BuNga CiNtA

First plan, nak bagi birthday present 'pen' kat Farrid, pen parker yang mata cantik tu, pastu siap boleh ukir kat badan dia tu, tapi tak tahu nak cari kat mana, nak cari pon tak sempat, jadi tak ada lah hadiah birthday untuk Farrid...memang dah lama nak beli pen tue tapi tak tahu nak cari kat mana..nampak menarik, lagi-lagi boleh ukir nama kat badan dia, lagi lah nampak menarik =) tak pe lah, mungkin next time...


jalan-jalan ternampak, 2 kuntum bunga nie, memang dah lama nak beli letak kat kereta, tapi tak beli-beli...
Akhir nya, dapat jugak beli...bagi kat Ahmad Farrid sempena birthday dia yang lepas, lepas tu paksa dia letak dekat kereta, hehe tak dapat letak kat kereta sendiri, letak kat kereta orang lain pon jadik lah =)


JuADaH DiPaGi RaYa

even dah nak habis raya, akan ku update juadah dipagi raya di rumahku....and saje je aku publish masa lunch time, time nie mesti korang terliur bila tengok..hahahaha <--- gelak jahat...
kita layan gambar je lah...zaaassss!!

menu yang pertama : Udang masak sambal *aku yang tengok balik pon terliur...hurm~

  
menu yang kedua : Ketupat adalah wajib dianyam sendiri *aku yang anyam ~sambil angkat2 kening

menu yang ketiga : Rendang daging.

menu yang keempat : ayam masak kicap *feveret!! makan dengan ketupat jer, memang syahdu...

menu yang kelima : masak lodeh *menu wajib kami

amacam? lapar tak? hahahaa dah, pergi turun makan kat cafe k....daa~

RaYa BeRtEmaKan PuRpLe PLum

Raya tahun ni iaitu tahun 2011, kami memilih tema color plum, salah faham aku dengan kale plum ni tau, aleh-aleh aku beli baju kale plum lain, mama kale lain...terpaksa lah aku cari baju lain, mana boleh aku sorang jer tak sama, timbul pulak ajukan anak pungut pulak nanti, hehe
Tahun ni gambar semua ceria-ceria, nasib baik mama dengan ayah pon boleh join kitorang di pagi raya tu =) Walaupon pagi tu masa salam-salam macam tersentuh sikit, tergelenang sikit air mata, sikit jer....
bila kasi duit raya dekat mama dengan ayah dengan adik-adik, even tak banyak mana pon, maklumlah baru nak merasa pegang duit sendiri...air mata nak meleleh, tak tahu pesal..

 
tapi lepas je salam-salam, sesi tangkap gambar, semua dah ok dah,,dah bergelak tawa depan lensa...suka tengok gambar-gambar ni semua, semua nampak ceria..hehe
 One happy family =)

 5 orang adik beradik...

Gambar yang dah kurus sikit, sehingga mencecah 59kg, bangga sekejap sebab tak cecah 60kg dah...suka suka....tapi lepas raya, berat terus naik 62kg. dem it, kena puasa lagi nie....=P

Lepas makan-makan, tangkap-tangkap gambar, baru lah kitorang balik kampung, beraya di sebelah kampung mama di Muar, Johor....

19 September 2011

SamBuT BirThdaY!!

banyak betul cerita tergantung...

kita mulakan dengan kisah sambut birthday sempena birthday aku yang lepas...
balik keje, terus balik Melaka,farrid bersungguh-sungguh nak jumpa aku malam tu..
aku tak delah kisah sangat pon if tak sambut birthday, kalau ada, adalah, kalau tak ada tak apalah, tak kecik hati pon =)

tapi dia tunggu aku balik Melaka daripada Cyberjaya, so aku sampai Melaka dalam pukul9 macam tue, pergi jusco baru dekat Peringgit tue, then makan kek kat Secret Recipe...nyum-nyum..suka makan lah katakan, pantang di ajak, on sajork!

farrid suruh aku pilih nak makan kek apa, aku malu-malu lah nak jawab =P
nak belikan kek, beli je lah, tak payah lar tanya-tanya...blushing saya dengan akak kedai kek tue =P terus timbul blushing yang berwarna merah pink-pink...hahahahaha

farrid : black forest boleh?
mieza : angguk-angguk malu....................


"salah eja nama!"

bukan farrid yang salah eja, tapi akak tu yang salah tulis...tak pe lah, janji berbunyik jugak ejaan tue,,peace (^_^)v


Nurul Emieza bersama kek black forest nya =) every year kek yang sama...feberet i loorrr..so, siapa nak belanja aku makan kek, aku nak black forest taw, kehkeh...


kek besar-besar pon makan satu slice jer, sebab sambut dengan ahmad farrid, jadi kenyang jer tengok muka dia, nie yang buat saya sayang lebih dekat dia nie...sayang sayang sayang (versi upin ipin)


tengok hot choc tue, feveret jugak tue...tapi tak adalah setiap masa ambil hot choc jer, sekali sekala terasa nak minum jer, bila terasa nak minum, dapat pulak minum....masyuukkk lah..layaannn jer......

masih berbaju kurung sebab belum balik rumah lagi daripada office, terus pergi sambut birthday dengan Ahmad Farrid.. =) buruk perangai, girlfriend siapa lah tue......


Terima kasih sayang sebab sambut birthday syg dan belikan syg kek black forest yang sedappp!! sayang Ahmad Farrid....