24 May 2011

Executive Training

before masuk keje, kami ada executive training for 3 weeks, memang best lar kat sini, trainer best plus sporting dengan kawan-kawan yang sangat-sangat sporting, happy...memang best sangat-sangat! kat dalam kelas pon tak boring, macam-macam benda baru yang aku belajar, kadang-kadang aku terpikir, kenapa lah dulu aku tak pergi kursus soft skill macam nie =|

yang paling best, sepanjang executive training nie, makan adalah FREE!!! tapi berat aku tetap turun 3kg masa nie, mungkin sebab makan ikut masa, maybe.... tapi bukan tang makan free yang sebab utama tapi content training nie memang sangat berguna....

banyak sangat aku belajar, dari bab pemakaian executive, cara bercakap, cara presentation yang bagus, kawal emosi, kenal diri masing-masing...macam-macam lagi lah...sayang sgt nak tinggalkan...serius..

dalam executive training ni ada jugak terselit team building, kitorang buat di lumut, perak...yang pasal team building, akan ku stori mori next entry ok =) yang bab nie paling tak sabar aku nak cerita, ngeh ngeh...




23 May 2011

SaMBunGaN.......

dalam perjalanan, dah terdengar bunyi pelik daripada kereta farrid, tapi kitorang ignore jer...sampai lah kereta sebelah berhenti dan bagitahu..................

"TAYAR KERETA PANCIT!!!"


OMG!! macammana lah boleh tak perasan masa naik kereta tadi, jarum jam menunjukkan jam 730 pagi, ada masa dalam sejam setengah untuk sampai cyberjaya...kedai tayar pon tak bukak lagi! makin pucat lah muka aku pagi-pagi tu...

lagi memucatkan muka aku bila mak farrid suruh aku pergi sana secara lonely naik kereta persona, biar pon ada GPS...memang taaaak lah kan, aku pergi sendiri...dengan jammed nya, silap-silap aku tak pergi lapor diri pon hari tue...tapi nasib menyebelahi aku bila adik farrid aka aning sudi membantu aku, cehh..ayat macam jawab karangan, maklumlah BM masa SPM dulu tak pernah dapat B...

nak lalu jalan kuching memang jammed sesado, maka aning lalu highway duke, biar jauh sikit tapi tak jammed, sampai lebih kurang pukul 850 macam tue, lega~ kalau aku drive sorang memang aku ikut jer jalan kuching yg jammed tue, huhu

kenangan kan?? farrid siap cakap "esok cerita kat anak, 'dulu nak g hantar mak ko g kerja kat cyberjaya, tayar kereta sampai pancittt....'" sempat lagi...





20 May 2011

HaRi PeRtAMa Di CybErJaYa


ok,kita sambung balik kisah hari terakhir di office di melaka, now proceed dengan hari pertama lapor diri dengan "GREAT" cyberview di cyberjaya...hari melapor diri ialah pada 15April2011 yang lepas...di sebabkan hari jumaat, maka farrid sangat bebesar hati nak hantar aku ke tempat baru ku di cyberjaya...siap mintaq cuti...terharu makkkk...

maka, kamis malam jumaat ke selayang lah kami, tidur sana, kemudian pagi jumaat baru gerak ke cyberjaya daripada SELAYANG...tau jelah KL kan? jamed sana sini! walaupon orang cakap warna pink ialah warna melemahkan, warna itu juga yang aku pakai pada hari pertama..



mengikut schedule, lapor diri pada jam 9 pagi, untuk melalui segala jenis jammed, maka pukul 7 pagi kami telah keluar daripada rumah, aku risau jugak tak sempat, yelah keluar daripada simpang rumah farrid je pon dah jammed, belum sampai KL lagi...muka nampak senyum pagi tapi dalam hati tuhan saja yang tahu...risau lambat....mesti lah risau, first impression majikan memang penting bagi aku...orang lain tak tahu lah kan...

dalam perjalanan, dah terdengar bunyi pelik daripada kereta farrid, tapi kitorang ignore jer...sampai lah kereta sebelah berhenti dan bagitahu..................

bersambung,,,,,,




HaRi-HaRi TeRaKhiR



hari-hari terakhir yang dimaksudkan ialah 12 April yang lepas....sebulan dah pon, baru ada masa nak berblogging...itu pon banyak tag kawan blogger yang daku terpaksa tak buat =P ini akibat busy terlampau...hehe

sebab apa aku berhenti? sebab aku dapat job offer lain yang sesuai dengan kelulusan aku dan background aku...kalau korang ingat lagi entry yang aku dapat phone interview daripada cyberjaya and aku tak dapat nak jawab sangat, tapi alhamdulillah aku dipanggil untuk temuduga kedua selepas temuduga by phone =)

aku memilih untuk berhenti pada 12 April sebab nak genapkan 3bulan aku bekerja di sana *lama jugak aku keje sana, hihi



breakfast mcDonald sempena fewel aku lah konon...aku tak de hal sangat pon tak buat fewel-fewel nie...aku kan sempoi...hehe lagi pon still kat melaka lagi kan? bile-bile boleh jer jumpa =) masa raya ke, masa aku kahwin ke? ups....



19 May 2011

saya kembali!!!

halo semua....huh...

lama betul tak meluahkan perasaan disini...baru saya faham perasaan orang bekerja, memang letih...siang hari penat mengadap komputer, malam nak bukak komputer lagi?? memang tak lar kan....tapi disebab kan blog ini ialah kenangan saya untuk masa hadapan...ingin juga melakar se'post' dua =P bermula nya daripada saya berhenti kerja, mengikuti training di cyberjaya, team building, wedding dan tunang member2, sampai lah saya konvo baru-baru nie,,,cepat ucap tahniah...hehe

ok, next entry kita mulakan cerita kita yang dah berbulan tertinggal....daa~~