Dah lama sangat berzikir nak makan kek tau baby besar ni,tapi sebab dulu masa pregnant saya tak suka sangat makan kek, saya ignore je yang dia nak makan kek, haha kejam betul =P
Dan saya memang dah berhajat nak belanja en. Farrid makan masa 10 tahun sebagai penjawat awam which is 16 Mac 2015 .
Jadi, marilah makan kek waktu saya tengah berpantang ye. Keluar pon senyap senyap ni.. haha saya berurut kat rumah orang, so dah alang alang dapat keluar rumah kan, jom saya belanja makan kek ye tapi sepotong je lah.. awak awak jangan risau, even saya keluar rumah, saya sedar diri , jaga diri, makan apa yang boleh dimakan dan minum sahaja ya.
Bersungguh sungguh tengok menu, padahal saya nak belanja makan kek je. hehe tak lebih dari itu. Sekejap je dah 10 tahun kerja. Saya sempat lah buat temuramah kat en. Farrid ni, tapi rugi saya tak rakam..
Mieza : Dah berapa PWN sepanjang 10 tahun bekerja ?
Farrid : 4 PWN
Mieza : Bendahari ?
Farrid : 4
Mieza : SUK ?
Farrid : 4 juga
Mieza : Apa kenangan pahit sepanjang sepuluh tahun bekerja di Melaka? Kena marah ke?Kena buli ke?
Farrid : Takde kenangan pahit. Semua ok je.
Mieza : Apa kenangan manis sepanjang sepuluh tahun bekerja di Melaka?
Farrid : Dapat kenal dengan syg..
Mieza : Blushing*** Tak nak tanya lagi.. bye~
15 tahun akan datang, saya nak tanya lagi kenangan manis dia sepanjang kerja kat Melaka apa ye, sama atau tidak.. haha
No comments:
Post a Comment