18 May 2015

Seoul Garden Di Rumah....

Tajuk tak nak kalah.. haha

Kisah weekend lepas lepas.. haha bukan weekend semalam tapi weekend lepas lepas means dah lama.. haha

Tekak En. Farrid kita ni tiba tiba pulak nak makan steambut.. minta buatkan sos steambut, kuah steambut.. Saya pula teringat ada ayam lebih kat rumah tu, so marinade lah.. so, sorang nak makan steambut, sorang lagi nak makan grill.. elok lah tu, maka, terjadilah 'seoul garden di rumah'

Ayam dan sosej untuk di gril & barang barang steambut.

Kuah steambut tanpa bijan, haha sebabnya tak ada bijan dekat rumah, rasa ok.. cuma perlu pekat kan sikit, kata En. Farrid... En. Farrid tu saya punya tester =P

Electric grill , boleh letak sekali periuk yang boleh masak atas electric, buat kuah tomyam masa ni, En. Farrid request sup tapi saya tukar tomyam... tomyam lagi sedap...

Harus sediakan sudu panjang dengan chopstik , baru lah seoul garden.. hehehe tapi tetibe ada sos nandos pulak, hahaha

Sejak dua menjak ni, En. Farrid kita ni memang selalu request nak makan ini , nak makan itu but setakat ni semua boleh disediakan lah. Kalau tak boleh, kita tanya en. google.. 


No comments:

Post a Comment