09 March 2015

Dugaan demi dugaan

Masa cuti raya cina 4 hari, kereta pula minta belaian nak kena tukar aircond compressor. Patut lah tiba tiba je air cond panas, ingatkan gas air cond habis, rupanya lain yang rosak.. Masa mekanik tu tengok, dia bagitahu compressor yang rosak, siap dah bagitahu harganya lebih kurang 400 ++ barang sahaja... nangis~

Nak dijadikan cerita, terjadi pula masa raya cina, kedai confirm lah banyak tutup, kalau ada yang buka pon barang tak ada.. 

Orang kata, biasalah kereta kalau dah lebih 5 tahun, memang akan jadi macam macam... sayang wo kereta ni, kereta pergi dating dating dulu.. haha

Masa pergi bengkel ni, saya tak ikut pon, En. Farrid pergi sorang je..

Selain compressor, pelbagai benda yang berkaitan turut kena tukar.

Dan total lost untuk kereta ini ialah RM780.. nampaknya kena berjimatlah sampai bulan 3... bersabarlah, mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku sepanjang baru 2 bulan lebih mengharungi tahun 2015 ni. Mana tau ada berita yang lebih gembira kan?

Think positive..

No comments:

Post a Comment