Tajuk sekarang dah macam Maisarah pulak... Semua nak start dengan bila.. haha
Bila TV kena kilat, merasa lah kami suami isteri hidup tanpa tv.. Kejadian berlaku masa kami kat office lagi, dalam pukul 4 petang, rumah makcik kat sebelah pon kena kilat sampai astro dengan TV rosak, padahal dah buka plug. Kami lagi lah, plug sekadar tutup je, tak cabut pon. Rumah rumah sekitar kitorang lagi teruk, sampai peti ais pon kena kilat.
Plug lampu kelip kelip sampai tercabut. Punya lah kuat kilat masa tu. Blackout lepas kilat tu pasti lah sebab kena tendang kan..
Staff astro datang nak betulkan decoder astro, dia bagitahu rumah kitorang ni rumah ke 20 kat jasin yang kena kilat.. huhu seriau dengau!
Buka laptop masa nak tengok berita sebab tengok online guna internet. Habis berita tutup wifi, lepas tu marathon running man yang dulu dulu pula kat dalam external harddisk.. haha dah macam zaman universiti tengok movie kat laptop.
Time ini pula, ada bola, kena lah on wifi sebab nak tengok bola live. Seminggu juga tak tengok TV. Astro dah betulkan, TV takde pula. Nasib baik betulkan astro takde cas.
Tengah duduk duduk, teringat pula TV ni baru beli juga mesti ada waranty, Alhamdulillah TV masih dalam waranty walaupun kena kilat sebenarnya tak cover, slow talk dengan tokey kedai tu, kawtim dengan dia..fuh! lega! boleh guna waranty, kalau tidak melayang lagi nak kena beli TV baru.. Ada benda tersembunyi dalam TV tu,hehe seperti gambar di bawah =P
Mangsa kilat ditemui mati dalam TV, hehe
Keadaan dalam TV masa , teruk kan?
Lega TV dah repair,baru padan dengan kabinet.. hehe kalau tidak, comel je laptop letak kat tengah tengah tu.. hihi
Pengajarannya, cabut lah plug even pergi kerja pon, tapi kalau peti ais tu memang tak boleh nak buat apa lah kan, memang kena 24/7 on. tak ada pilihan. Tapi kan kitorang suspek TV ni boleh terkena kilat adalah daripada piring astro tu sendiri lah sebab piring kan connect dengan decoder + TV sekali kan? Wallahualam. Sebab rumah makcik dah siap cabut plug masa kilat tu tapi TV dengan astro tetap rosak.
Dapat lah kitorang decoder dengan remote astro baru, remote astro panjang tapak tangan je. dah jadi comel.. hehe
No comments:
Post a Comment