26 December 2014

LINE Event

Sebenarnya join join contest macam ni nak dapat present patung LINE tu.. haha itu je niat sebenar.. haha
Tapi sebab siapa lucky dia dapat kan.. so , kita jangan berputus asa.. 

Dapat milo pon kira bertuah juga kan #matakeatas kali kedua dapat milo ni, first dulu milo tin habis stock, so diganti dengan milo kotak.. kita pon terima je lah.. ye lah barang free, siapa tak nak kan..

Mulanya saya fikir kat Melaka ni tak de orang layan benda benda macam ni, sekali nak pergi redeem kat BHPetrol.. beratur! semua nak redeem.. tp most of them chinese lah, saya sorang je malay yang layan benda macam ni.. haha

Cara nak redeem :

Bila bertuah je, akan dapat message LINE yang bagitahu awak bertuah..
Kemudian, redeem di BHPetrol yang berdekatan. Untuk redeem ni ada due date tau.. jangan berlengah pulak.. kang tak de peluang nak dapat air free. hehe

Bila dah sampai BHPetrol, cakap kita nak redeem, staff kat situ akan minta kita tulis nama, no phone dan no redeem kat borang yang disediakan kat situ . 

Dah siap redeem, staff akan click button kat phone kita yang menyatakan yang voucher ni dah tak valid. So, make sure bawak hp ye..

Ok, itu sahaja yang dapat saya share.. 

Sekarang ni saya sedang berusaha untuk 100plus dengan nescafe.. hehe

24 December 2014

Serbuk Marinade Sedap

Kesinambungan daripada entry Electric Grill , ramai pula yang berminat yer.. ada juga yang tanya harga electric grill tu berapa.. nak marinade guna serbuk apa? buat sendiri boleh ke?

Jawapannya...

Electric Grill tu harga nya kat Juso RM298.. kitorang beli masa offer so jadi RM220 tak silap.. still affordable sebab still under budget kitorang.. nak pula time beli ni kitorang guna voucher aeon sikit.. dah murah kat situ.. Rezeki kami agaknya, kebetulan hari beli tu, dapat voucher lagi untuk shopping akan datang, belanja RM100 dapat RM10 voucher aeon.. so total kite dapat RM20 voucher aeon..


Ini lah dia serbuk marinade yang diwarwarkan itu.. beli kat Jusco juga.. Harga RM2.99 instruction ada pada plastic. Kalau korang nak cari Serbuk Marinade ni , korang boleh pergi kat Area ayam ayam sana ada jual , yang mahal ada yang murah ada, kitorang beli yang ini jer sebab murah.. sedap pon sedap.. kalau nak marinated sendiri pon boleh tapi mieza tak pandai, beli yang sedia ada je senang.. tak payah nak buat leceeehh.. haha dasar pemalas =P

Haa electric grill ni juga kita boleh letak periuk khas untuk electric, bukan sekadar grill je tau.. so kalau nak buat steamboat & grill ala ala seoul garden pon boleh.. Reason kitorang beli jenis ni sebab tempat grill dia luas dan tak makan space..

Esok cuti kan? boleh lar pergi Jusco beli barang barang nak marinated.. hihi selamat mencuba =)
Kalau tak ada eletric gril ni pon takpe.. pakai pemanggang ajaib pon boleh.. ajaib terus daging tu nanti.. hehe

23 December 2014

Bertambah koleksi mainan kat rumah ni

Belum ada anak lagi, toys dah banyak kat rumah ni, kalau dah ada esok camane lah, dah tak nampak lantai kot.. sebab penuh dengan toys.. Tapi mcm best kalau macam family daehan, minguk, manse.. tak banyak toys pon kat rumah diorang , yang ada cuma gelongsor, bola dengan kereta.. itu jer.. mcm best kan.. hmm~ berangan je lahh.. haha

Tapi bila hati dah minat, apa yang kita suka tu, sanggup lah tutup mata je beli macam en. ahmad farrid kita ni..

lego 589 pcs ni farrid buat dalam 10 jam.. sabtu malam ahad buat sampai dari pukul 1030 malam sampai pukul 330 pagi .. lepas tu esok pagi celik celik mata jer sambung buat lagi.. sampai sakit pinggang katanya.. haha ye lah buat non stop..

sebelum kita buat apa apa.. ni lah dia lego 589 pcs tersebut..


Amboi amboi nak divide tak nak bagi bercampur, tupperware kita jadi mangsa, haha gigih cari tupperware kosong nak kasi guna untuk buat jeep ni.

hasil jeep yang dah siap..

tadaa~~

|
|
\/
 

walau apa pon yang suami kite minat, kite tetap sokong, siap kasi pinjam bekas tupperware lagi =P tapi bila khusyuk buat jeep ni, memang tak layan kita langsung.. makanan pon sampai kena letak depan tv. penangan betul. 
Bertambah lagi koleksi permainan kami..
Jeep ni siap boleh gerak tau, bukan stay je kat situ..

Harga dalam RM80++ , habis dah duit kutu..


18 December 2014

Bila Terjebak Dengan Sushi

Malam selasa lepas, tekak ni terasa nau nau nak makan sushi, tapi sebab belum gaji, kita makan sushi kat Jusco je lah, yang kat food court tu.. dah hujung hujung ni means jusco dah nak tutup dapat lah 30% atau 20% less.. 

Dulu tak pandai makan sushi ni tapi tekak ni meronta ronta nak rasa.. rasa yang kat jusco ni.. nasib baik tekak ni boleh terima.. hehe bila dah boleh terima asik teringat teringat je.. haha


Lepas ni boleh lar kita cuba makan kat  Sushi King ke Sushi Sakae ke =P lagipun dah lama kita tak buat episod makan makan sejak mieza kurang makan nie.. diet lah konon tapi kelaut je..haha ni makan sushi ni cheat day lah kononnya =P

Kitorang merempit naik motor pergi Jusco Baru, dah makan terus balik, datang Jusco memang semata mata nak makan sushi je, itu yang naik motor jer.
Lepas minum kat chatime, kitorang pergi layan perasaan tengok air pancut berirama kat tepi sungai sana.. kagum sangat, yang itu tak tangkap gambar sebab terlampau kagum. haha

kbai!

12 December 2014

Kawan Baru : Electric Grill


Sekarang ni, farrid @ si suami dah pandai dah nak makan gril gril ni, mieza pon senang hati lah, malam boleh diet, tak yah makan.. sebab farrid masak sendiri atas gril ni, bila dah masak terus masuk mulut, makan dengan salad.. korea sangattt!! haha cara makan pon daging tu letak atas salad, lepas tu terus masuk mulut, masukkan semua sekali tau, baru lah KOREA...

Masa masak ni tengah tengok MyLovely Girl rasanya, malas nak layan kita tangkap gambar =P
Dah lama sangat teringin nak beli grill ni, bila pergi jusco jer, kita usha, datang jusco usha lagi.. lapanplohkali datang jusco lapanplohkali jugak lah kita usha gril ni..

Akhirnya dapat jugak beli dengan duit kutu.. hahaha

Serbuk marinate tu pon kita beli jer kat jusco, then marinated.. esok baru gril.. tapi kalau malas nak marinated sendiri, beli yg siap marinated je senang, kat jusco ada, mydin ada.. tapi kitorang lagi prefer jusco... sedaaappp!! kitorang suka buat sendiri jer.. hehe beli ayam segar, serbuk marinate, lepas tu marinated.. lagi puas hati.. yang contoh kat gambar tu, kitorang beli jer yang dah siap, sebab dah tak sabar nak makan and gunakan electric grill baru =P 

Kalau sebelum ni kitorang guna periuk ajaib hadiah anibeseri tu..

 

lepas dah buat gril ni jangan lupa basuh ye awak! haha

Ini duit kutu Ahmad Farrid, mieza punya duit kutu mana? tu pandora tu duit kutu lah tu.. haha

02 December 2014

Pandora kat Melaka!

Yahoo!! panjang langkah bila dapat tau Pandora dah buka kat Melaka..
Bila Maisarah bagitahu, saya macam kat mana shopping complex baru ni.. The Shore, memang baru sesangat shopping ni.

Dah tak payah nak tunggu balik KL baru lah dapat beli pandora, kat melaka pon dah ada..#hidungkembangkuncup Subway dah ada, jelly bunny dah ada, sekarang ni nak tunggu Tiamo dengan Manhatten Fish Market wujud kat Melaka.. bilalah agaknya...

Pandora saya pon dah complete, bracelet + 2clips + 1 charm = cukup complete lah tu bagi saya =P

Terletak betul betul sebelah sungai, shopping ni sekali dengan hotel Swiss Garden, and masa kitorang datang, semua kedai lah berlumba lumba duk buat opening sales.. yang tak bestnya masa kitorang datang The Shore ni, tak siap sepenuh nya lagi.. lantai still berhabuk, escalator, dengar bunyi org drill lagi kat atas.. kalau datang 2 3 minggu lagi, mungkin dah ok cantik dah..

Org kampung Morten pon, kalau tetiba perut rasa nak makan seoul garden, naik jambatan lintas sungai, dah sampai! sebab The Shore betul betul depan sungai,.. Opposite dengan Kampung Morten.. 

Kenapa Seoul Garden?? sebab saya ingat restoran tu je yang ada kat The Shore, yang lain dah hilang ingatan.. haha

25 November 2014

Toys

Ntah macammana boleh terjebak dengan minifigure ni.. haha dah nampak minifigure ni, terus lupakan gundam buat seketika.. haha seketika? maksudnya? haha takkan dilupakan ler tew =P

ini versi pertama, tapi nanti nak keluarkan toy story masuk dalam box lain.. box versi ni nak letak superheroes jer.. macam tak masuk jer toy story yang senyum senyum tu letak dalam box muka garang garang..

ini pula kerjaan incik husband, dengan helikopter dia je lah.. bersungguh sungguh nak bina, dah lama simpan box helikopter tu, akhirnya buat jugak..

ini lah hasilnya tapi tapi helikopter dia tak ada box, berhabuk nanti.. kena beli almari kaca lah macam ni =P

20 November 2014

Aktiviti Weekend

 
Matiklaa dah hari kames baru update pasal weekend yang lepas.. haha
Ntah kenapa buang tebiat kitorang suami isteri ni, pergi makan tengahari kat tepi pantai ala ala picnic macam tu.. tapi tak bawak tikar.. gasak! Duduk lah atas bangku, nasib baik ada bangku.


Lauk semua dah siap masak kat rumah, tinggal nak makan je..
Lauk ayam goreng, ikan keli berlada dengan sup cendawan.
Ada buah pear sekali.

Lepas makan tidur + angin sepoi sepoi, kalau bawak tikar lagi best ni, siap baring.. haha
Tutup mata je pon dan best, apa lagi baring..

 
Tengah duduk duduk dating, motor aiskrim lalu lalang depan kitorang, kitorang pon beli lah.. macam tak sempurna kan tak makan aiskrim calong kat tepi pantai, eh korang panggil aiskrim tu aiskrim apa? Mieza panggil aiskrim calong..

Bila agak agak nak hujan jer, kitorang pun naik kereta, ye lah sekarang ni petang jer hujan kan.. so plan nak pergi window shopping di kala tengah bulan.. haha lepas tu plan gaji nanti nak beli, lepas dah gaji tak beli pon.. dah biasa dah!
Malam makan kat subway tapi tak makan sini pon take away sebab kenyang lagi makan lunch tadi kan.. Korang! Subway dah ada kat Melaka.. yuhuu tak ada lah jauh sangat nak pergi makan.

Terima kasih Fiza sebab ajar saya makan Subway.. hahaha sekarang dah jadi favourite =P

Itu lah kisah weekend mieza, lepas ni plan nak lunch kat air terjun pulak.. hahaha tapi kalau plan ni sekadar plan je lah.. kalau last minit terus jadi. macam makan kat tepi pantai ni.

05 November 2014

Malam Kewangan 2014 - Frozen Theme -


Sekarang ni macam viral kartun frozen ni, kat semua tempat nak kartun frozen, sampai tema dinner pon kita buat tema frozen atau biru putih.
Dah jadi biasa, bila nak cari dress kale biru frozen ni, memang non ado. bila jumpa ada koyak lah, senteng lah, jarang lah..

Last sekali, terjumpa skirt biru, terus beli, pakai dengan tshirt putih, pastu nampak gemuk.. haha pakai skirt ni memang makin kembang lah badan ni.. tapi pedulik lah orang nak pandang sebab pakai baju dah macam nangka dah. haha janji iolss ikut tema biru putih.


1- Hamper besar tu dapat saguhati keluarga mengikut tema frozen/biru putih.
2- tupperware botol air tu kira macam gift lah, semua staff dapat.
3- tupperware mickey mouse tu cabutan bertuah. mungkin tahun ni rezeki berpihak kepada tupperware, tau tau je saya suka tupperware.. =P

Malam Kewangan, tahun depan kita jumpa lagi ye.. InsyaAllah..

04 November 2014

Makan Makan di Johor #triptosouth


Bila sampai johor ni, tak sempat pon nak berepisod jalan jalan cari makan, setakat dua tempat ni je lah, yang lain kita makan kat hotel jer, dengan malam kewangan masa jumaat malam sabtu tu, breakfast pula kat hotel.

Hari sabtu malam ahad tu kitorang plan nak makan cafe chicken chop rm5 yang branch hutan bandar tu, tapi tengah guna waze hp restart, dah kitorang jalan je sampai lah waze start balik, tau tau je kitorang sampai chicken chop rm5 hutan bandar, bukan yang cafe tu, so dah sampai. kita makan je lah kat sini. Masa kitorang sampai pulak chicken chop rm 5 dah habis. so, kitorang makan grill chicken je lah bukan rm5.. hehe
 
gambar suami isteri yang letih tapi buat buat tak letih.. haha satu hari kat legoland, malam pulak g jenjalan sampai ke jb sentral sana jalan kaki, saje jalan tengok org.. haha dari hotel nak ke jb sentral dekat jer, lain kali kalau nak g USS singapore, tido puteri hotel ni, pastu jalan kaki g jb sentral, naik bas g singapore. siap dah plan, nak pergi tak tahu bila =P berangan je laaahhh....

Esok nya sebelum balik melaka, kitorang makan kacang pool kat medan selera sebelah balai bomba, juga atas arahan waze, sampai lah ke sini.
ramai yang bagitahu kacang pool haji ni sedap, so sampai sampai je, terus terjah sini.

 
Kacang pool RM5 semangkuk.

Lepas makan terus balik Melaka, takde singgah mana mana pon, tepat pukul 5 sampai rumah manis rumah..
Terus basuh kain yang berlambak dengan yang lembap sekali =P
Short trip emieza dan farrid 2014 - Legoland-

03 November 2014

Trip to Legoland, Johor, Malaysia #triptosouth


Hai semua!
Second day kat Johor - 18 September 2014-
Kitorang the whole day kat legoland, pagi kat water park, petang kat theme park. pagi pon tak pagi sangat lah, kul 11 jugak kitorang sampai legoland.. hehe

 
gambar wajib =P

Gambar kat water park tiada!
Dua dua duk sibuk nak berendam, hehe masa hujan turun pon mieza still lagi main gelongsor.. hehe staff legoland bagitahu, hujan tak tutup, kalau petir kilat baru tutup.. so kitorang lenjan lah main lagi.. balik melaka hazab lah memasing demam secara berganti ganti.. hehe

Dalam pukul 3 baru lah kitorang keluar water park, masuk theme park pulak, bag kitorang simpan dalam locker lagi. gila kau locker dia rm20 sekali masuk. rugi kalau guna sekejap. Once boleh keluar masuk, so kitorang simpan lah dulu bag tu, dah nak balik nanti baru amik.

Berjalan dalam theme park. Alhamdulillah, masa kitorang masuk tu cuaca adalah so so sahaja..hujan tidak panas pon tidak.. seronok berjalan.. banyak games yang sesuai untuk kanak kanak bawah 12 tahun.. time kitorang pergi ni pon orang yang datang juga adalah so so, jadi queue tak panjang langsung. boleh main ulang ulang.

 
salah satu games dalam theme park, tak main games ni sebab basah! haha tapi macam syiok tapi macam tak pe lah! malas nak basah sebab dah cantik cantik.

kita layan gambar je lah. gambar kat miniland banyak. tapi mieza letak sikit je, kang korang muntah hijau pulak tengok gambar kitorang. hehe
 
 
semua land ni build guna lego, sangat cantik ok! mieza sangat kagum! 

  
staff yang volunteer tangkap gambar kitorang. nice view ni. kitorang suka!

lego yang kitorang beli. syok jugak main lego ni, nak beli lego ni tutup mata je.. haha janji ada kenangan.
 
sebelum

selepas
Kitorang keluar legoland tepat tepat pukul 7. haha kalau tutup pukul10 malam, pukul 10 agaknya kitorang keluar. =P
Tamat kisah legoland =)

30 October 2014

Ke Johor Lah Kite #triptosouth

Walaupun negeri johor ni jiran sebelah melaka, tapi setakat pergi Tangkak, Muar tu je lah..
Sekarang, marilah kita ke johor bahru, mama dengan ayah orang muar, so kitorang memang panggil Johor Bahru tu as 'Johor' sahaja without Bharu.. Kalau cakap nak g johor, memang memasing paham nak g johor bharu lah tu. Tapi kalau rasa nak macam org town sikit, cakap nak g JB.. ahhaa~

Pergi Johor ni pun bukan sesaje nak pergi sebenarnya tapi ikut family day ofis. Nak masuk legoland, kalau nak pergi sendiri legoland ni, ntah bila lah nak pergi kan.. dah alang alang free, mari lah kita pergi.. walaupun ramai yang kata, ada budak budak lagi best. walaupun kami tak ada budak budak tapi kami boleh jadi budak... hahaha

Bas ada disediakan tapi kitorang pilih untuk bawa kereta sendiri lah, senang kita nak ke sana sini kan kalau ada kenderaan sendiri,, tapi naik bas pon best jugak.. rasa macam rombongan cik kiah.. hihi Hari jumaat, kitorang gerak awal sama macam bas, dalam pukul 10 pagi macam tu lah.. 

Sampai Johor 17 Oktober 2014, checkin hotel

Malam - Dinner malam kewangan
Cerita dinner, kita cerita entry lain.

Lepas dinner, kitorang jalan kaki sampai ke Bazar Karat, tak jauh mana pun tapi sebelum nak sampai bazar karat tu, kitorang kena tempuh bazar deepavali, kebetulan pulak kitorang family day lagi beberapa hari nak deepavali, jalan memang jem gilos kat area tu.

Bazar karat lebih kurang macam uptown, tapi dah kita kat johor kan.. wajib lah ukur jalan bazar karat.
ok, sambung part lain k. part seharian kat legoland.


21 October 2014

Projek DIY versi II -cover toaster-

Siap ada versi, haha
Lama lama tengok toaster ni tak bertutup, takut pulak kang masuk cicak ke hape kan.. dah lar kita guna nanti main masuk jer roti tu, rasa macam kotor..

Kami suami isteri pon mencari cari lah cover toaster ni daripada daiso, mr.diy, kaison, even mydin pon kitorang pergi tak de yang memikat hati.. haha kebanyakan cover toaster semua corak bunga bunga ala vintage tu.. saya tak minat, saya lebih suka corak yang bulat bulat, segi segi macam happening..

Memula nak pakai kotak tisu, tapi tak muat pulak, terjumpa pula kotak biskut, ngam ngam pula bila letak atas toaster tu, dah terus wrap, saya siap nak buat tempat pemegang kat atas kotak tu tapi macam, eh tak payah lar sebab boleh je nak angkat.

Bersih sikit, tak lah risau habuk masuk sebab toaster ni bukan kita guna hari hari pon, lagi satu bukan kita basuh pon before guna kan.. so ini adalah pilihan terbaik.. haha

Makan Makan Di Casa Lagenda, Melaka


Restoran ni terletak di Taman Lagenda yang bersebelahan dengan AEON Melaka yang dekat Peringgit . Kedai ni terletak di belakang RHB. Tak banyak lagi kedai yang buka kat area situ.. So jgn pelik sangat bila sampai nanti mcm lengang.. sebab kitorang pelik masa memula sampai.. hahaha 

Kalau yang tertaanya tanya kitorang ni makan kat restoran mana, kitorang try chinese food, ini kedai muslim chinese food.. ini pon dah laammaaaaaa masuk dalam checklist, sejak anak dara lagi.. haha sejak kerja kat cyber lagi.. sekarang lah baru dapat merasa.

Tapi pernah jer makan chinese food kat rumah kak atiey,. hehe sedap mak mertua dia masak =) teringat teingat lagi... haha

mieza makan yee mee berkuah tak ingat nama.. hahaha 
tapi yang ini ingat, ayam masak Kam Heong, pon sedap..
mamat ni lagi laaahhhh, makan nasi goreng kampung je.. haha kat kedai lain pon ado.. sebenarnya dia nak makan nasi ayam hainan tp tak de, tu sentap agaknya order jer nasi goreng kampung.
 ni kedai baru, masa kitorang datang, kedai ni baru jer dirasmikan 2 3 hari yang lepas.. tu yang tak ramai orang tu =) harga pon berpatutan lah.

20 October 2014

Makan Makan di EE JI BAN Chicken Rice Ball


 
Special kat sini nasi ayam beserta dengan nasi yang dikepalkan sampai menjadi ball.

 Dah lama sangat restoran ni masuk checklist, tapi tak pernah pon nak menjejak kan kaki, Mungkin sebab restoran ni terletak di Melaka, so kita sebagai orang melaka macam 'nanti nanti lah kita pergi' lagipon kami suami isteri sekarang ni, makan dulu kat rumah, baru lah keluar berjalan, tu yang tak singgah kedai kedai makan ni.

 Ada riceball, rice biasa pon ada, kita boleh pilih, kalau rasa nak makan ball pilih rice ball, harga rice ball ni ikut sebiji brp sen tau, sori~ mieza dah lupa berapa sen sebijik. saje gegedik amik rice ball, nasi biasa pon amik jugak, takut tak kenyang.. =P

Kami order nasi ayam dan tambahan sambal udang, tak tahu lah kenapa dan mengapa kami order udang tu. Price sambal udang tak silap RM14++ kalau tak silaplah. entry ni pon dah berjeman terperap.. #nangistepipintu

ini makanan yang kami order, teringin nak makan sini sebab dah pernah masuk jalan jalan cari makan,, hahaha boleh? Memula ingat nak order ayam setengah ekor, sekali waiter tu kata suku ekor pon dah ccukup untuk 3 orang? what?? kitorang berdua je takkan lah nak amik half kan. so decide amik quater, lepas tu bole berangan kalau quater tu tak cukup nak order lagi quater...

Last last, tak sempat tambah order ayam quater, masing masing dah bersandar, hahahaha nampak tak tamak kat situ.. hahaha mungkin masa ni kami suami isteri tengah lapar tahap max.. hihi

Sesiapa yang nak try nasi ayam kat sini, mieza mmg rekomen sangat sangat. Kedai kat area Melaka Raya, sederet dengan shoplot yang bukan deret maybank, tapi line belakang maybank.. haaa~~ aku pon pening nak explain. haha
Harap korang jumpa =P