04 November 2014

Makan Makan di Johor #triptosouth


Bila sampai johor ni, tak sempat pon nak berepisod jalan jalan cari makan, setakat dua tempat ni je lah, yang lain kita makan kat hotel jer, dengan malam kewangan masa jumaat malam sabtu tu, breakfast pula kat hotel.

Hari sabtu malam ahad tu kitorang plan nak makan cafe chicken chop rm5 yang branch hutan bandar tu, tapi tengah guna waze hp restart, dah kitorang jalan je sampai lah waze start balik, tau tau je kitorang sampai chicken chop rm5 hutan bandar, bukan yang cafe tu, so dah sampai. kita makan je lah kat sini. Masa kitorang sampai pulak chicken chop rm 5 dah habis. so, kitorang makan grill chicken je lah bukan rm5.. hehe
 
gambar suami isteri yang letih tapi buat buat tak letih.. haha satu hari kat legoland, malam pulak g jenjalan sampai ke jb sentral sana jalan kaki, saje jalan tengok org.. haha dari hotel nak ke jb sentral dekat jer, lain kali kalau nak g USS singapore, tido puteri hotel ni, pastu jalan kaki g jb sentral, naik bas g singapore. siap dah plan, nak pergi tak tahu bila =P berangan je laaahhh....

Esok nya sebelum balik melaka, kitorang makan kacang pool kat medan selera sebelah balai bomba, juga atas arahan waze, sampai lah ke sini.
ramai yang bagitahu kacang pool haji ni sedap, so sampai sampai je, terus terjah sini.

 
Kacang pool RM5 semangkuk.

Lepas makan terus balik Melaka, takde singgah mana mana pon, tepat pukul 5 sampai rumah manis rumah..
Terus basuh kain yang berlambak dengan yang lembap sekali =P
Short trip emieza dan farrid 2014 - Legoland-

1 comment: