20 November 2014

Aktiviti Weekend

 
Matiklaa dah hari kames baru update pasal weekend yang lepas.. haha
Ntah kenapa buang tebiat kitorang suami isteri ni, pergi makan tengahari kat tepi pantai ala ala picnic macam tu.. tapi tak bawak tikar.. gasak! Duduk lah atas bangku, nasib baik ada bangku.


Lauk semua dah siap masak kat rumah, tinggal nak makan je..
Lauk ayam goreng, ikan keli berlada dengan sup cendawan.
Ada buah pear sekali.

Lepas makan tidur + angin sepoi sepoi, kalau bawak tikar lagi best ni, siap baring.. haha
Tutup mata je pon dan best, apa lagi baring..

 
Tengah duduk duduk dating, motor aiskrim lalu lalang depan kitorang, kitorang pon beli lah.. macam tak sempurna kan tak makan aiskrim calong kat tepi pantai, eh korang panggil aiskrim tu aiskrim apa? Mieza panggil aiskrim calong..

Bila agak agak nak hujan jer, kitorang pun naik kereta, ye lah sekarang ni petang jer hujan kan.. so plan nak pergi window shopping di kala tengah bulan.. haha lepas tu plan gaji nanti nak beli, lepas dah gaji tak beli pon.. dah biasa dah!
Malam makan kat subway tapi tak makan sini pon take away sebab kenyang lagi makan lunch tadi kan.. Korang! Subway dah ada kat Melaka.. yuhuu tak ada lah jauh sangat nak pergi makan.

Terima kasih Fiza sebab ajar saya makan Subway.. hahaha sekarang dah jadi favourite =P

Itu lah kisah weekend mieza, lepas ni plan nak lunch kat air terjun pulak.. hahaha tapi kalau plan ni sekadar plan je lah.. kalau last minit terus jadi. macam makan kat tepi pantai ni.

No comments:

Post a Comment