26 December 2013

Dugaan.. bermula disini..

Bukan rezeki kami.. kami redha dengan ketentuan Allah...
Minggu ke sepuluh
Pada minggu ke sepuluh kehamilan, keluar secalit keputihan berwarna coklat daripada miss V mieza.. ok mieza ignore seb
b memang tiada tanda tanda kesakitan lansung.. lagipun esok nya ada check up di KK..even dalam keadaan ignore, hati masih tertanya tanya.. apakah tanda tu..
Keesokannya, masa buat buku pink @ checkup di KK,

Mieza ada ajukan soalan semasa doktor bertanya ada apa apa soalan?
Lantas doktor buat scan dan mengatakan umur janin di dalam rahim lebih kecil daripada yang sepatutnya which is usia mengikut lmp 10 minggu tetapi di dalam rahim baru 7 minggu..
Hati berlagak tenang dan berfikiran positif, lagipon doktor tak ada lah takutkan pon.. cuma doktor musykil tarikh edd dah lain... doktor kata mungkin masih kecil lagi, next checkup kita repeat scan.. ok lah kalau doktor cakap macam tu.. kita tunggu next month lah..! Tapi dlm masa yang sama hati ni tertanya tanya jugak ada ke kes macam aku nie...
Mujur farrid ada temankan masa first checkup tu, mieza cerita kat farrid, lalu disuruh berfikiran positif. Sekali lagi bersyukur dapat suami setenang dia..

Minggu ke sebelas
Di pejabat, ada sesuatu keluar daripada miss V seakan akan ketulan darah berwarna hitam sebesar kuku.. air mata automatik mengalir masa nie... Ya Allah takut nya campur risau masa nie.. tak keruan mieza dibuatnya..
Lantas petang selepas office hour, mieza rerus ke klinik berdekatan untuk rujuk kepada yang pakar.. sekali lagi mieza di scan, dan doktor beritahu janin dah tak nampak.. bergelanang air mata.. mungkin janin menyorok.. hehe positif..
Tp doktor syorkan untuk refer hospital sebab pakar o & g boleh decide tentang perkembangan kandungan mieza... sekali lagi doktor pesan kalau perut sakit sangat dan keluar fresh blood terus ke bahagian kecemasan.

Keesokan nya, mieza ke hospital putrajaya presint 8 sebab mieza adalah kategori early pregnancy..
Disitu mieza mula discan melalui miss V untuk lebih kepastian.. dan doktor beritahu ada jangkitan kuman dipangkal rahim , itu yang menyebabkan keputihan coklat keluar.. doktor minta mieza datang 2 minggu lagi untuk repeat scan, samada baby membesar atau tidak dan sekali lagi doktor pesan kalau ada sakit perut sangat sangat dan keluar fresh blood, cepat cepat ke bahagian kecemasan.

Waktu nie mieza dah berserah dengan ketentuan ilahi, jika dia masih rezeki ku.. aku terima seadanya tetapi jika dia bukan rezeki ku aku juga akan terima dengan tabah..

Minggu ke dua belas
Waktu nie bukan laagi keluar keputihan berwarna coklat malah berwarna hitam disertakan dengan cecair yang cair berwarna coklat.. waktu nie mieza dah start pakai pad, risau jugak if tiba tiba darah keluar.
Balik daripada office, perut mieza sakit light light on off..
Mieza ada bagitahu husband, tapi sebab dia jauh dan tak nak bagi dia risau.. mieza kata sakit sikit jer..
Sepanjang malam tu mieza dah start sakit perut.. darah belum keluar lagi masa ni..
Dengan keadaan sakit macam ni, perasaan rindu kat farrid tu semakin membuak buak sebab dia tak ada saat kita sakit sangat.. mieza dah jangka mungkin rezeki sampai takat ini sahaja.. tapi dalam hati tetap berdoa tak ada apa apa yang berlaku..
Dalam masa sakit tue, mieza tertido dan terjaga dalam pukul 1, dekat pad dah penuh darahmerah campur darah hitam yang dah berketul ketul... menggigil gigil tangan nak basuh pad.. air mata dah mengalir sebab perasaan masa ni dah bercampur campur dengan farrid jauh kat melaka lagi..
Pukul 630 pagi bangun daripada tidur, perut dah tak sakit lagi dan berkata dalam hati, dah ok ni tapi rasa kat toto dengan selimut dah basah.. mieza tak tgk pon lantas terus ke toilet untuk buang air kecil, keluar macam darah beku ke daging ke mieza tak pasti sebab terus masuk ke toilet bowl, sesuatu itu sebesar tapak tangan.. lagi menggigil.. darah dah semakin banyak keluar daripada miss V.. call farrid tak angkat, terus call mama, then minta tolong housemate hantar pergi hospital.. sepanjang perjalanan, air mata tak berhenti henti menangis.

Selepas cek dibahagian kecemasan, mieza dihantar ke bahagian wad bersalin, mungkin doktor disini lebih pakar tentang ini.. doktor cek dari bawah dan terdapat sisa darah beku yang belum keluar sehabisnya.. disini lah doktor decide mieza keguguran incomplete dan terpaksa dicuci..

Sebelum masuk bilik operation, doktor minta mieza jumpa husband dulu ... sekali lagi air mata mengalir. Ye lah.. husband masih dalam perjalanan nak ke hospital.. sedih sangat.. hope mieza dapat jumpa farrid before masuk bilik operation..
Setiap kali doktor lalu, doktor tanya dah jumpa husband, mieza hanya mampu geleng dan setiap kali itu lah air mata meleleh dah tak segan dengan patient yang ada kat situ dah.. hehe
Alhamdulillah, farrid sampai before operation/cuci start.. jumpa jer farrid air mata terus mengalir sampai tak boleh nak berkata kata..

Proses cuci sekejap jer dan mieza dibius separuh badan.. pengalaman yang tak boleh dilupa sepanjang hidup ni.. daripada tak pernah apa apa jarum yang melekat kat badan nie.. macam macam tempat mieza kena cucuk..


Ditempat kan di ward di presint8, ramai families yang datang nak tengok tapi hanya suami sahaja yang dibenarkan masuk sebab mieza masih lagi dalam pemantauan mereka..
Tidur semalam di ward tanpa ditemani sesiapa..Sedih..

Sekarang dah seminggu perkara itu berlalu.. pengalaman paling pahit dan mungkin ada hikmahnya di masa depan.. hikmah yang sangat manis.. mana tau dapat kembar ke.. hikhik..
Kepada yang bertanya kan bagaimana mieza boleh keguguran.. mieza pon tak dapat jawapanya... jawapannya ada pada Allah..
Dan mieza sangat bersyukur kerana diberi peluang merasai nikmatnya pregnant walaupun hanya 3bulan...

Terima kasih atas doa drpd kalian semua.. entry yang paling panjang rasanya nie.. pastu asyik lah typo.. update pakai handphone..

24 December 2013

Dugaan....

Zuriat..
Memang perkara yang sangat diinginkan oleh pasangan yang telah berkahwin.. tak terlepas jugak dengan kami yang sudah 1tahun 4bulan mengikat hubungan halal ini..
Tetapi kita hanya menrancang, tuhan yang menentukan yang terbaik untuk hambanya...
Setelah 3 bulan mengandung, akhirnya Mieza keguguran pada tepat usia kandungan 12minggu..
Sedih... sangat sedih.. tapi berlagak cool.. ada hikmah disebalik apa yang berlaku.. kami hanya berfikiran positif.. ada yang lebih baik menunggu kami di depan sana..
Dan sekarang mieza sedang berpantang di rumah mama di melaka..
Terima kasih kepada hubby yang selalu bagi support dan sentiasa cool depan mieza even mieza tahu dalam hati beliau sangat sedih.. Families and friends yang sentiasa memberi sokongan kepada mieza..
Terima kasih semua!!
Published with Blogger-droid v2.0.10

17 December 2013

Anniversarry Mama & Ayah

Lama dah entry ni tersimpan dalam draft..
Sekarang ni alang alang database down, meh lar kita update sekejap.. hehe bukan tak nak buat keje tau tapi database yang down..

29 November 2013
Anniversary mama dengan ayah yang ke 27 tahun.. 
So, kitorang adik beradik decide nak belanja mama dengan ayah makan kat windmill, melaka
Adik beradik yang dah keje pon, mieza dengan adik lelaki mieza jer pon.. hahaha poyos jer adik beradik.. kitorang berdua je lah yang belanja..hehe

  

Siap belikan kek lagi, simpan kek tue kat  kaunter, lepas tu bila nak makan kek, kitorang tak request pon nak lagu happy birthday.. tapi service diorang memang bagus sebab nya staff kat situ siap pasang lagu happy birthday, satu kedai nyanyi lagu happy birthday.. malu kitorang.. hee~ siap pasangkan lilin lagi...

 
ayah siap terkejut sampai menangis.. hehe klako..
Tapi apa apa pon, kami adik beradik tetap sayang mama dengan ayah...
Love you!

12 December 2013

Malam Kewangan 2013 -Black Rose Theme-

Black Rose Theme for Finance Dinner 2013..Masa ni jugak lah baju warna merah tak ada, kena lah membeli belah.. hehe
Dan masa mencari baju kale merah ni lah, tak ada... cuba kalau kau tak mencari, bersepah sepah baju warna merah.. sampai kau tak pandang =P

 

Tak sangka pula ada pertandingan keluarga yang mengikut tema, Alhamdulillah dapat saguhati keluarga, saguhati pon hadiah jugak kan, daripada tak dapat apa apa.. hehe lain kali nak pergi dinner ikut theme lagi lah.. hehe
 

Selain daripada hamper saguhati keluarga, Farrid dapat cabutan bertuah lagi.. yeay! murah rezeki kami.. hehe dalam cabutan no 6 tu ialah sijil simpanan premium bsn sebanyak RM200..
Boleh lar pergi jenjalan pasni.. hehe

 

Selain daripada tu, cabutan no bertuah no 49 tu mieza yang cabut, hehe dapat set pisau, macam tau tau jer kitorang tak ada lagi set pisau.. dapat kumpul barang rumah sikit sikit..

Hamper tue pulak, memang semua yang hadir dinner akan dapat.. Mieza dah cakap kat hubby, Mieza cop cadbury.. hehe

Jumlah semua hadiah yang kami kaut ada 4 semua nya.. Alhamdulillah rezeki..
Malam Kewangan, tahun depan kita jumpa lagi k. InsyaAllah..

07 November 2013

Baju kurung lace ke3

Border Lace di baju kurung untuk koleksi baju kurung yang ketiga..
Baju nie sebenarnya baju kurung lama, baru pakai sekali jer kot sebab ini baju orientasi UITM masa diploma 2005.

Beli lace untuk letak kat bawah, then jahit beads di pergelangan tangan, first time jugak jahit beads tue.. saje menggatal jer tangan ni.. hihi

01 November 2013

Ayah dah keluar wad

Alhamdulillah, semalam ayah dah keluar wad..
Dan Alhamdulillah tiada apa apa perkara yang tidak sedap didengarkan.. hee

Dan mieza boleh balik Melaka dengan hati yang tenang hari ni..
Terima kasih kepada saudara mara, family, friends yang sangat concern tentang ayah Mieza..
Dan terima kasih juga doakan yang terbaik untuk ayah Mieza..

Ada hikmah ayah warded, badan boleh rest, kalau duduk rumah tak cukup rest, ada jer kerjaan dia.. hehe

31 October 2013

13 months

31/08/2012 --------------> 31/10/2013
Sayang bie!
Ulang bulan kali nie, kitorang dah buat makan awal, hehe sebab gaji bulan 10 awal =P
Tu, yang kitorang makan kat DubuDubu tue =)

30 October 2013

Ayah Admitted

Isnin malam Selasa, mama kol
Kalau tiba tiba mama kol malam malam nie, mesti ada sesuatu nie..
Tapi di awal perbualan cuma lah tanya tengah buat apa, dah makan ke.. 
Tapi background macam bunyik bising bising, hati macam dah kata macam kat hospital tapi hati macam mengatakan mungkin mama tengah kerja, sebab sometimes mama ada jugak pergi hospital malam malam kalau ada kes.
Banyak betul tapi nya...

Dan YA betul tekaan ku, ayah admitted kat Putra Hospital, Melaka.
Dan disebabkan Farrid masukkan gambar dalam fb, ramai pula yang tanya keadaan ayah, ramai orang concern.. Terima kasih semua...!

Pada asalnya, pergi hospital nak cek sebab ayah dah batuk lama sangat, rasanya since Mieza batuk dulu.. Kitorang masa tu batuk bersama sama.. tak silap mieza 2 3 hari before raya puasa.. Time tu dah start, alhamdulillah batuk mieza dah ok.. Ayah je lah yang tak ok lagi sampai sekarang..

Jadi, dah macam alang alang ke Putra Hospital, ayah buat check up satu badan, dan dan pulak tekanan darah naik tinggi sangat.. itu yang kena admitted tue.. Kalau sekadar buat check up admitted dalam 1 malam jer, ini sebab darah naik, admit tak tau sampai bila, mungkin sampai tekanan darah jadi normal.. mungkin lah!

Mieza ada kat Putrajaya ni, tak sempat lagi nak melawat ayah, Mieza hantar husband jer pergi tengok tengok kan ayah..
Semoga keadaan ayah semakin pulih.
Doakan ayah saya ya! Saya sayang ayah saya!
Terima kasih semua..

29 October 2013

Makan Makan di Dubu Dubu, One Utama

lagi sekali, makan besar makan makanan korea... dah kenapa? selalu sangat makan makanan korea.. hehe Masa nak order, semua nampak menarik, rasa nak order semua jer... tapi perut ni kecil jer, mana lah boleh nak sumbat semua...

Kali ni kitorang ke Dubu Dubu, One Utama dekat dengan Selayang, so ke sana lah kita pergi.. =)
Mieza dengan Farrid kitorang berdua ambil set, makanan ruji orang Malaysia kan nasi.. so ambil lah nasi, nak makan bibimbap, hari tu dah rasa kat bulgogi, kali ni kita rasa lain lah pulak...

Farrid amik Korean Spicy Wing...
Mieza pulak Toppokki Soondubu Jigae , sebenarnya lebih nak rasa rice cake dia jer, hehe
rice cake dia sedap, kenyal kenyal lembut
 
3 side dishes kat bawah sekali itu ialah side dishes wajib kalau kita amik set, bersama sama dengan nasik kale pepel tue..
Ayam belah atas kanan tu, farrid punya maincourse, Korean Spicy Wing,
yang belah kiri tu pulak Toppokki Soondubu Jigae, tak menarik macam dalam gambar sebab isi isi dia semua tenggelam kat dalam sup.. hehe

 
Menu sampingan Korean Pancake, memang sedap, Pancake ni officemate yang suggest suruh amik, dan rasa dia memang sedap, plus dengan sambal dia tue.. sedap!
Total lost : cuma RM64.05
Seperti biasa, gambar kami mesti kabur.. hahaha tapi takpe ada jugak yang nak tolong tangkapkan gambar... terima kasih staff Dubu Dubu..

Next Makan Makan, kena tunggu gaji bulan November..

17 October 2013

Salam Aidiladha 1434 H

Baju kami di pagi raya...
baju kotak kotak pink.. hehehe

Sempat lagi kan Mieza nak wish Salam Aidiladha kepada semua readers yang tak bosan bosan singgah blog yang macam chipsmore ni, kejap update kejap tak update... hehe

thanks korang!

Tahun lepas raya haji di rumah mama, tahun ini pertama kali raya haji rumah mak mertua, kita tengok suasana raya haji kat sini pulak, tapi tak sempat nak merasa raya kat Jasin, lepas solat raya, kami terus ke Tangkak (kampung husband), duduk duduk kejap, dalam pukul 12tgh mcm tu, kami ke Bukit Gambir pula, sebab mama dengan ayah ada buat korban kat sana..


Alhamdulillah kampung kami dekat dekat, boleh lar kejap ke sana kejap ke sini, kira dapat lah merasa raya kat semua kampung, tak payah nak lat tali lat laili tamlom...Alhamdulillah..

gambar lembu kena korban, mieza ada ambil tapi guna henfon mama, lambat lah update nya itu... =P

pagi tadi husband cerita, hariz (adik mieza) dah tak boleh makan daging lembu sebab bau lembu katanya.. pagi tadi mama masak nasi goreng letak daging pon dia tak nak makan sebab bau lembu, padahal hariz suka makan nasi goreng mama.. 
mungkin sebab dia tengok lembu kena korban kat kampung hari tue, dengan darahnya, dengan bau nya... itu yang tak selera kot, sampai nak termuntah... hehe hariz hariz..

09 October 2013

Makan Makan di Bulgogi Brothers, e-curve

Dua bulan tak makan besar atas sebab sebab husband busy ke Kelantan, saya pon busy jugak.. busy body.. haha
untuk dua bulan punya perbelanjaan, kami pilih untuk makan makanan korea, kuat terpengaruh! haha tengok running man tang makan makan jer, mesti terasa nak makan makanan korea jugak..

dah lama sangat plan nak makan kat bulgogi nie tapi tak pernah kesampaian, akhirnya tercapai jugak..

Makan waktu lunch, sebelum tengok movie.. dah lama sangat tak keluar dating jalan jalan tengok movie..
Masa on the way, dah laju laju fikir nak makan, bibimbap, daging bentuk love love, jigae tapi bila sampai lain yang ku order, tak suka perasaan macam nie..mencik dengan diri sendiri..


1) gambar yang bawah sekali sebelah kiri..
di suggest oleh waiter bulgogibros, daging apa ntah lupa nama tapi diperap 12jam, kitorang pon macam kagum, terus kata 'ok' dan rasa dia memang sedap! 
staff bulgogi sendiri yang tolong bakar kan, so tak ada lah bila kita masak nanti overcook or apa kan.. dia masak betul betul depan kita... bukan setakat serve jer..
2) gambar yang bawah sekali sebelah kanan..
bibimbap chicken... plan nak amik seafood, tapi husband nak makan chicken, kita on je lah.. bibimbap ni memang sedap, sedap sangat! tapi gambar tue diambil setelah di mix.. sebelum mix tak sempat nak snap, sebab bila sampai jer food, waiter tu offer nak mix kan..
3) gambar yang tengah tengah
welcome food, kalau duduk jer, memang dapat welcome food nie, mieza rasa semua tue..termasuka air tea pon dapat, tak payah nak order air pon tak pe.. nak jimat, minum jer air teh tue.
4) gambar atas sebelah kiri
crispy salad, memang tak terlintas nak amik salad, haha tang ayam tue sedap...


cara makan pon kita ikut lah style orang korea makan,  bungkus daging, vege dengan apa apa yang korang rasa nak mix dalam daun tue, lepas tu balut balut dan makan semua sekali secara rakus.. hahaha jangan makan sikit sikit, tak feel korea nanti..
kata makan restoran korea, makan pon kena ada cara tau.. haha

gambar kitorang dua orang tak clear, tsk..
dah lama sangat tak main tangkap tangkap gambar, sebab macam dah lama tak pergi jalan jalan..

Bulan depan nak makan dubu dubu pulak lah.. hee

08 October 2013

Bila berjauhan dengan suami..

Rutin harian masa weekdays :
di kala suami jauh dimata tetapi sentiasa dekat di hati...
Kul8 pagi : keluar rumah
Kul 6petang : sampai rumah
Kalau rasa nak lewat sampai rumah sebab macam bosan duk rumah nanti, pergi lah kedai, buat buat beli barang.. boleh? Haha even tak ada barang nak beli pon , pergi kedai jugak..
Malam : layan drama korea..
Tp sekarang dah tak layan cerita korea sangat sebab tetiba macam nak jahit manik kat baju... wakaka
Kalau orang dengar mieza menjahit, memang rasa nak pengsan.. hahaha woi, nak masukkan benang dalam jarum pon terkial kial.. ini kan nak jahit manik.. hahaa
Tapi jangan dipandang rendah dengan si tangan bangku ini sbb hasilnya menjadi jugak...


Bosan nya duduk jauh dengan suami... kena cari hobi sendiri utk hilang kan perasaan ni... kalau tak duk meratapi jer tetiap malam..
Cepat lah semua ini berakhir..

Published with Blogger-droid v2.0.10

26 September 2013

Kawan Baru : Fruit Yogurt Maker

 kawan baru kami di rumah.. tadaa!!

fruit yogurt maker,
 
Raya lepas, mieza beli yogurt maker di groupon...
Since mieza suka makan tutti fruti, itu yang menggetek sangat jari jemari ku yang halus mulus ni klik butang 'buy!'

Then, si suami pon merajinkan diri beli buah buahan , ceh buah buahan sangat, padahal beli buah pisang jer pon, sebab buah nie kena letak di tempat freeze dulu baru lah kita boleh jadikan yogurt..

Esok nya mieza beli buah plum.. untuk buat yogurt ni , kita kena pakai buah yang lembut lembut tau contohnya macam strawberi, kiwi, kalau jambu batu tu tak boleh lah sebab dah nama pon jambu BATU kan? 

percubaan pertama guna buah pisang dengan buah plum, lagi sedap kalau buat sebijik macam kat tutti fruti, ada kacang, sos coklat, mashmellow, koko krunch, m&m, hehehehe

cara buat
keluarkan buah yang kita dah letak kat tempat frozen tadi, 
lepastu terus masukkan ke corong yogurt maker nie dan tekan!

dah siap!
paling senang abad ini, rajin dan malas jer.. sebab tak payah nak campur apa apa, cuma buah buahan jer
hehe

 
tester yogurt saya, encik suami.

20 September 2013

Hobi sekarang

kebudak budakan sudah...
before ni, buat keje sambil dengar lagu korea, sekarang dah terpengaruh dengan hi5 nie.. haha

Irfan,
makngah dah terpengaruh dengan irfan tengok hi5, camane nie??
pasni boleh lar kita tengok sesama.. hehehe

gambar print screen terus, malas nak crop bagai =P

12 September 2013

Hantaran Pernikahan

Tengok nuffnang, ramai yang search hantaran kat blog mieza tapi kesian readers sebab tak dapat hasil bila menyinggah ke sini,hahaha
Even dah setahun berlalu, meh lar mieza share sikit sikit k..
Hantaran nikah mieza bagi 100% kat kawan farrid tolong buatkan hantaran kami dua dua belah pihak, so mieza tahu tahu jer dah siap.. kekeke

Sebelah mieza bertemakan hijau dan pink, susah sangat nak cari bunga hijau, nasib baik ada jugak bunga color hijau, sebab mieza guna fresh flower tau..

Hantaran Hijau Pink

 ini ialah gambaran keseluruhan hantaran mieza kepada farrid


untuk letak cincin

a) Alquran, Sejadah, Rehal b)Sirih Junjung c) Buah Buahan di sponsor oleh Anis (x-officemate)
 
a) Set Tali Pinggang & Wallet b) Baju Kemeja c) Set Pencuci Muka

a) External Harddisk b)Sandal

a) Coklat di sponsor oleh Ayu (x-officemate) b) Kasut Kerja

Hantaran Peach
hantaran farrid kepada mieza
gambar memang 100% daripada OP, so macam tak berapa nampak sangat hiasan dan barangnya.. hee

a) Kasut b) Sirih Junjung c) Set Mekap

a) Telekung b)Coklat (last minit beli-sebab farrid lupa ada lagi dulang kosong, hehe) c) Set Mandi BodyShop
 
a) Sepasang baju b)Maskahwin & gelang c)Handbag

Ok, itu sahaja yang mieza boleh share dengan reader yang bakal bertunang or berkahwin =) kot kot tak tau nak bagi apa kan, tak tahu nak hias macammana... =)
Lepas nie kalau ada reader masuk, tak ada lah hampa sangat.. hihi
Harap dapat membantu =)

11 September 2013

Makan Makan Di Ikan Bakar Umbai, Melaka

Sesungguhnya...
ya ampuunnn... gambar lama nie, masa bulan puasa yang lepas, busy dengan beraya, tak sempat nak share dengan korang, apa yang mieza makan besar sempena 11bulan..

sebab buka puasa kan, so makan kat ikan bakar lah senang,
order makanan yang biasa kami order..

nasi lemak ofcourse!
mieza suka makan ikan bakar dengan nasi lemak.. baru lah nama makan ikan bakar =P mengancam!
lauk lauk lain.

ikan siakap bakar, ikan siakap ni kami beli sekor, then belah dua, sebelah bakar dan sebelah lagi masak tiga rasa.

ikan bakar makan dengan sambal kicap memang feveret mieza, bukan mieza je kot, rasanya sambal kicap & ikan bakar tak boleh dipisahkan, bagai aur dengan tebing.. eceh.!

ini menu wajib mieza kalau makan kat ikan bakar, udang masak mentega!

ini pulak menu wajib hubby, sotong goreng tepung!

alaa.. terliur pulak tengok gambar ini...mihmih~

mieza tengok pon dah terliur, kalau awak awak terliur.. mieza minta maaf yer, malam kang jom serbu restoran ikan bakar tapi bukan mieza bayar lah.. hihi

Restorann : Kedai no3, restoran ikan bakar terapung, umbai Melaka..
Total Lost : RM50 ++ kot.. lupa *faktor usia

Ada banyak jer kedai kat situ tapi mieza dah tertarik dengan kedai no3.. terbaik!


Rindu...

Published with Blogger-droid v2.0.10

06 September 2013

Hari ini...

Alhamdulillah,
semalam mak mertua mieza dah discharge,
ketumbuhan pon dah berjaya dikeluarkan..
semoga luka pembedahan pada badan mak cepat pulih dan semakin sihat seperti dulu...
Aminn....

Hari ni juga hubby pergi Kelantan untuk sukan kewangan..
Mieza single weekend nie tapi mieza tetap balik Melaka =)
Kang kalau duduk sini kang rindu pulak kat dia. hehe
baik balik Melaka, boleh buat buat sibuk sikit... hee =P

Bie,
Behave tau duduk sana.
Good luck!
Jangan lupa syg!
Ole Ole syg pon jgn lupa,,, =P

Dasar wife, asik mintaq ole ole jer...

03 September 2013

Tolong doakan...

Salam,
Hari ni mak mertua Mieza akan menjalani pembedahan di Hospital Selayang.
Semoga pembedahan yang mak mertua Mieza akan alami hari ni akan berjalan dengan lancar..
Amin...
Semoga selepas ini mak mertua Mieza semakin sihat seadanya..
Aminn..

Awak awak pon tolong doakan juga k =)
Terima kasih...

31 August 2013

1st Anniversary..

Hari ni 31 Ogos, bermakna dah 12bulan mieza sah menjadi isteri kepada Farrid..
Mieza balik dari Putrajaya, sampai rumah dalam pukul10, hubby tengok tv, mieza pulak dah terlelap dalam bilik sebab letih sangat.. Ingat nak lelap kan mata sekejap jer, so tak ada lah kunci jam,
Tepat jam 12, terasa macam ada sesuatu hinggap kat muka, mata pon terbukak, then hubby terus wish 'Happy Anniversary syg' sambil bagi bunga..
Nak meleleh air mata kita tau... hee sbb mieza boleh pulak terlelap dikala sidia tunggu jam12 malam... =p
Thx syg!!
Happy Anniversary Hubby!
Semoga kita semakin hari semakin bahagia dan dimurahkan rezeki dalam keluarga kita..Aminn..
Td hubby kata "rugi tak tangkap gambar time muka mamai mamai" hehe
Nanti kita fikirkan nak celebrate kt mana tau =)

Published with Blogger-droid v2.0.10

30 August 2013

Keindahan Alam

siapa kata duduk taman perumahan tak ada suasana kampung, 
kitorang round naik motor pergi kampung sebelah, 

Indahnya ciptaan Mu Ya Allah..
Subhanallah...

 
snap guna handphone jer nie..

 
siap ada pesawah lagi

 
gambar sungai yang beralun mengalir...Subhanallah..

  
focus kepada rumah kecil tersebut, kalau kat kedah lagi best kot kan??
yang kecik macam nie pon dah best jer tangkap gambar.

 
suasana kampung sangat

 
stop kejap lah kat tali air..

 
tunggu matahari melabuhkan tirai dan bakal timbulkan bulan..

 
Subhanallah...
mieza memang suka snap gambar matahari..

 
walaupun panas tetapi ia tetap cantik, diselubungi dengan awan dan langit.

last,
 
cantik sangat! sawah padi yang luas terbendang,

 
cinta hati saya!
sayang awak sampai syurga..