Bukan rezeki kami.. kami redha dengan ketentuan Allah...
Minggu ke sepuluh
Pada minggu ke sepuluh kehamilan, keluar secalit keputihan berwarna coklat daripada miss V mieza.. ok mieza ignore seb
b memang tiada tanda tanda kesakitan lansung.. lagipun esok nya ada check up di KK..even dalam keadaan ignore, hati masih tertanya tanya.. apakah tanda tu..
Keesokannya, masa buat buku pink @ checkup di KK,
Mieza ada ajukan soalan semasa doktor bertanya ada apa apa soalan?
Lantas doktor buat scan dan mengatakan umur janin di dalam rahim lebih kecil daripada yang sepatutnya which is usia mengikut lmp 10 minggu tetapi di dalam rahim baru 7 minggu..
Hati berlagak tenang dan berfikiran positif, lagipon doktor tak ada lah takutkan pon.. cuma doktor musykil tarikh edd dah lain... doktor kata mungkin masih kecil lagi, next checkup kita repeat scan.. ok lah kalau doktor cakap macam tu.. kita tunggu next month lah..! Tapi dlm masa yang sama hati ni tertanya tanya jugak ada ke kes macam aku nie...
Mujur farrid ada temankan masa first checkup tu, mieza cerita kat farrid, lalu disuruh berfikiran positif. Sekali lagi bersyukur dapat suami setenang dia..
Minggu ke sebelas
Di pejabat, ada sesuatu keluar daripada miss V seakan akan ketulan darah berwarna hitam sebesar kuku.. air mata automatik mengalir masa nie... Ya Allah takut nya campur risau masa nie.. tak keruan mieza dibuatnya..
Lantas petang selepas office hour, mieza rerus ke klinik berdekatan untuk rujuk kepada yang pakar.. sekali lagi mieza di scan, dan doktor beritahu janin dah tak nampak.. bergelanang air mata.. mungkin janin menyorok.. hehe positif..
Tp doktor syorkan untuk refer hospital sebab pakar o & g boleh decide tentang perkembangan kandungan mieza... sekali lagi doktor pesan kalau perut sakit sangat dan keluar fresh blood terus ke bahagian kecemasan.
Keesokan nya, mieza ke hospital putrajaya presint 8 sebab mieza adalah kategori early pregnancy..
Disitu mieza mula discan melalui miss V untuk lebih kepastian.. dan doktor beritahu ada jangkitan kuman dipangkal rahim , itu yang menyebabkan keputihan coklat keluar.. doktor minta mieza datang 2 minggu lagi untuk repeat scan, samada baby membesar atau tidak dan sekali lagi doktor pesan kalau ada sakit perut sangat sangat dan keluar fresh blood, cepat cepat ke bahagian kecemasan.
Waktu nie mieza dah berserah dengan ketentuan ilahi, jika dia masih rezeki ku.. aku terima seadanya tetapi jika dia bukan rezeki ku aku juga akan terima dengan tabah..
Minggu ke dua belas
Waktu nie bukan laagi keluar keputihan berwarna coklat malah berwarna hitam disertakan dengan cecair yang cair berwarna coklat.. waktu nie mieza dah start pakai pad, risau jugak if tiba tiba darah keluar.
Balik daripada office, perut mieza sakit light light on off..
Mieza ada bagitahu husband, tapi sebab dia jauh dan tak nak bagi dia risau.. mieza kata sakit sikit jer..
Sepanjang malam tu mieza dah start sakit perut.. darah belum keluar lagi masa ni..
Dengan keadaan sakit macam ni, perasaan rindu kat farrid tu semakin membuak buak sebab dia tak ada saat kita sakit sangat.. mieza dah jangka mungkin rezeki sampai takat ini sahaja.. tapi dalam hati tetap berdoa tak ada apa apa yang berlaku..
Dalam masa sakit tue, mieza tertido dan terjaga dalam pukul 1, dekat pad dah penuh darahmerah campur darah hitam yang dah berketul ketul... menggigil gigil tangan nak basuh pad.. air mata dah mengalir sebab perasaan masa ni dah bercampur campur dengan farrid jauh kat melaka lagi..
Pukul 630 pagi bangun daripada tidur, perut dah tak sakit lagi dan berkata dalam hati, dah ok ni tapi rasa kat toto dengan selimut dah basah.. mieza tak tgk pon lantas terus ke toilet untuk buang air kecil, keluar macam darah beku ke daging ke mieza tak pasti sebab terus masuk ke toilet bowl, sesuatu itu sebesar tapak tangan.. lagi menggigil.. darah dah semakin banyak keluar daripada miss V.. call farrid tak angkat, terus call mama, then minta tolong housemate hantar pergi hospital.. sepanjang perjalanan, air mata tak berhenti henti menangis.
Selepas cek dibahagian kecemasan, mieza dihantar ke bahagian wad bersalin, mungkin doktor disini lebih pakar tentang ini.. doktor cek dari bawah dan terdapat sisa darah beku yang belum keluar sehabisnya.. disini lah doktor decide mieza keguguran incomplete dan terpaksa dicuci..
Sebelum masuk bilik operation, doktor minta mieza jumpa husband dulu ... sekali lagi air mata mengalir. Ye lah.. husband masih dalam perjalanan nak ke hospital.. sedih sangat.. hope mieza dapat jumpa farrid before masuk bilik operation..
Setiap kali doktor lalu, doktor tanya dah jumpa husband, mieza hanya mampu geleng dan setiap kali itu lah air mata meleleh dah tak segan dengan patient yang ada kat situ dah.. hehe
Alhamdulillah, farrid sampai before operation/cuci start.. jumpa jer farrid air mata terus mengalir sampai tak boleh nak berkata kata..
Proses cuci sekejap jer dan mieza dibius separuh badan.. pengalaman yang tak boleh dilupa sepanjang hidup ni.. daripada tak pernah apa apa jarum yang melekat kat badan nie.. macam macam tempat mieza kena cucuk..
Ditempat kan di ward di presint8, ramai families yang datang nak tengok tapi hanya suami sahaja yang dibenarkan masuk sebab mieza masih lagi dalam pemantauan mereka..
Tidur semalam di ward tanpa ditemani sesiapa..Sedih..
Sekarang dah seminggu perkara itu berlalu.. pengalaman paling pahit dan mungkin ada hikmahnya di masa depan.. hikmah yang sangat manis.. mana tau dapat kembar ke.. hikhik..
Kepada yang bertanya kan bagaimana mieza boleh keguguran.. mieza pon tak dapat jawapanya... jawapannya ada pada Allah..
Dan mieza sangat bersyukur kerana diberi peluang merasai nikmatnya pregnant walaupun hanya 3bulan...
Terima kasih atas doa drpd kalian semua.. entry yang paling panjang rasanya nie.. pastu asyik lah typo.. update pakai handphone..
inshaAllah, selepas ini mieza akan berpeluang mengandung lagi. yang penting yakin, usaha dan doa jangan tinggal
ReplyDelete:( insyaallah t ade rezeki lg..
ReplyDelete