11 September 2013

Makan Makan Di Ikan Bakar Umbai, Melaka

Sesungguhnya...
ya ampuunnn... gambar lama nie, masa bulan puasa yang lepas, busy dengan beraya, tak sempat nak share dengan korang, apa yang mieza makan besar sempena 11bulan..

sebab buka puasa kan, so makan kat ikan bakar lah senang,
order makanan yang biasa kami order..

nasi lemak ofcourse!
mieza suka makan ikan bakar dengan nasi lemak.. baru lah nama makan ikan bakar =P mengancam!
lauk lauk lain.

ikan siakap bakar, ikan siakap ni kami beli sekor, then belah dua, sebelah bakar dan sebelah lagi masak tiga rasa.

ikan bakar makan dengan sambal kicap memang feveret mieza, bukan mieza je kot, rasanya sambal kicap & ikan bakar tak boleh dipisahkan, bagai aur dengan tebing.. eceh.!

ini menu wajib mieza kalau makan kat ikan bakar, udang masak mentega!

ini pulak menu wajib hubby, sotong goreng tepung!

alaa.. terliur pulak tengok gambar ini...mihmih~

mieza tengok pon dah terliur, kalau awak awak terliur.. mieza minta maaf yer, malam kang jom serbu restoran ikan bakar tapi bukan mieza bayar lah.. hihi

Restorann : Kedai no3, restoran ikan bakar terapung, umbai Melaka..
Total Lost : RM50 ++ kot.. lupa *faktor usia

Ada banyak jer kedai kat situ tapi mieza dah tertarik dengan kedai no3.. terbaik!


No comments:

Post a Comment