akhirnya, jeles jer tengok gambar member-member naik broga, cantik jer nampak view daripada sana tapi aku tak kesampaian nak naik...TETAPI akhirnya, weekend hari tue dapat jugak aku daki...yeh yeeehhhh...
kami mula menaiki bukit broga pada jam 430 pagi, naik dalam gelap, sebab misi nak tengok sunrise jugak =) mesti cantik kan... permulaan pendakian, tak susah sangat cuma penat lah, maklum lah orang dah lama tak bersukan macam aku nie, asik mintak rehat jer..hahaha
tapi paling mencabar masa nak naik first peek, curam dan keadaan bukit yang botak, kami sampai first peek dalam masa 1 jam iaitu pukul 530 pagi dan berehat selama 15 minit, penat sangat tapi puas hati... kat first peek tu pon dah ramai orang, dah macam pesta...
kemudian dalam pukul 545 pagi, kami teruskan perjalanan untuk ke third peek, third peek ialah misi kami sebab nak tengok sunrise =)
sunrise daripada bukit broga memang cantik.. Subhanallah...cantik nya ciptaan Allah...
kami di third peek..
BUKTI!! kami sudah sampai ke Bukit Broga
kami sampai ke third peek dalam pukul 6pg, sebab beberapa minit lepas tu, terdengar azan dari atas bukit, tapi sayup-sayup jer..
keadaan kat atas ni, memang macam pesta, ramai sangat orang...
ni aku snap masa nak turun, kitorang turun pukul 745 pagi, masa ni dah ramai nak turun dah, takut dah panas nanti kan, ye lah bukit ni kan dikekelilingi dengan lalang jer, matahari memang terus jatuh ke kita..tanah pon dah kering berpasir sikit, agak licin sikit.
itu dia third peek yang kami naik tadi dan sekarang kami di second peek, jauh je nampak kan....
kiri kanan lalang sajork!
cantik sangat view di sinie... Subhanallah...
kami sampai di kereta dalam pukul9 pagi.. bila turun rasa sekejap jer, tapi ibu jari kaki sakit lah.. (T_T) masa nak turun tue.
bila dah sampai bawah baru lah nampak signboard, hehe yang baju hijau itu lah guider kami..
seronok sangat, misi tercapai.. Alhamdulillah, masa kami turun, keadaan matahari tak panas terik, so keadaan penat kehausan tak terasa sangat tapi sakit badan sampai sekarang, ini lah gara-gara tak bersenam, sila insaf!
No comments:
Post a Comment