bersambung..........
tapi sampai di kedai satay, idok pon ber romatika sangat pon.. kami sekadar makan satay... dan berborak perihal masing-masing.
"perasan je hati aku nie, sampai ke minta couple aku terfikir, ntah-ntah dia tak ada perasaan langsung dengan aku sekadar kawan jer" kata hati kecilku
gambar mms pertamaku kepada Farrid
ketika ini aku baru memulakan langkah baru sebagai seorang pelajar ijazah bukan diploma lagi di universiti yang sama di Dungun, Terengganu..ketika birthday dia, aku ada berikan hadiah yang tidak seberapa, sebab dia pernah memberitahuku yang dia tidak mempunyai perfume, dengan niat sekadar kawan, aku membeli hadiah perfume untuk dia, murah jer, maklumlah study lagi, ini jer yang mampu, siap pos daripada terengganu lagi.. guna nationwide sebab nak sampai tepat masa birthday dia..hehe giler semangat masa nie..
masa cuti mid term, dia pernah mengajak ku keluar sekadar berjalan-jalan mungkin kerana sudah lama kami tidak bertemu, sekadar berhubung melalui telefon, ym dan friendster (masa nie masih lagi zaman friendster) rindu agaknya =P
aku tolak pelawaan dia dengan baik, kerana aku plan nak keluar dengan mama hari sabtu tu.. Kami berbual melalui sms seperti biasa, lama jugak kami berbual di sms, tak masuk lagi call, aku tak tahulah bil telefon farrid masa ni berapa, beratus agaknya...
di akhir perbualan............ dalam lingkungan jam 3 pagi,
mieza : awak, kita tidur dulu yer, thanks for calling, good night.
farrid : ok, good night.
aku baru sahaja ingin melelapkan mata... sms berbunyi..
"oh, farrid, apa lagi lah nie" mengomel aku sekejap.
farrid : awak...
mieza : yer...
farrid : tak ada apa, hehe
sms terhenti di situ dan aku terlelap...sekali bunyi sms daripada Farrid..
farrid : awak....
mieza : yer...
dan satu panggilan cinta daripada farrid,,,
mieza : awak tak tido lagi? dah malam ni kan...
farrid : belum lagi..
keadaan menjadi sunyi ketika dua-duanya tidak mengeluarkan sedikit pon suara.
farrid : hurm~ nak cakap sesuatu nie..
mieza : cakap apa?
farrid : Ahmad Farrid Sayang Nurul Emieza.
mieza : apa????
farrid : Ahmad Farrid Sayang Nurul Emieza.
aku terdiam malu, terkedu, tak tahu nak cakap macammana perasaan masa nie, terkejut, gembira, seronok, terharu.. ntah lar dan aku pon menjawab tanpa berfikir panjang....
mieza : Nurul Emieza pon sayang kat Ahmad Farrid.
farrid : betul ke?
mieza : betul..
farrid : ok, kita ingat tarikh ini k 16 Ogos 2008.
begitulah hubungan kami bermula.. pertemuan yang tidak di sangka, hanya pandangan dari jauh, hati sudah terpaut......
bersambung..............................
No comments:
Post a Comment