21 February 2012

makanan kasih sayang

minggu ini ialah minggu makanan kasih sayang sebabnya segala perbelanjaan makanan aku untuk minggu ini di bayar oleh incik tunang, maka harus makan dengan penuh kasih sayang,, alarr.. macam makan hari nie, sampai esok lusa lah kau boleh kenyang ( ayat orang bercinta ) over kau nyah...

tapi banyak betul makanan yang dia belikan, malas nak dengar aku membebel 'lapar' lah tu...
Terima kasih sayang sebab belanja sayang =) lain kali boleh belanja lagi kan =P

kisah cinta


jarang aku berceritakan tentang kisah sendiri aku...
update terkini aku...macam biasa...

bangun pagi, masak...a'ah, aku dah mula bawak bekal pergi kerja sejak bulan january lepas, nak save sikit lah..maklum lah, ehem nak kawen kan =P lagi pon dah start malas nak keluar office time panas terik, hehehe

habis keje pukul6, tapi selalu aku balik dalam pukul 630, terus balik rumah....tengok tv, kalau rajin aku online lah macam sekarang, kalau tak pukul 11 aku dah berbaring atas toto...hihi

macam tu lah kehidupan aku setiap hari isnin sehingga jumaat...

weekend lain pulak caranya, aku dan incik tunang akan mengambil kesempatan weekend untuk hunting preparation untuk wedding, kami pjj (percintaan jarak jauh ) =( tak dapat bayangkan kalau dah kahwun nanti, malas lah nak bayang, korang pon jangan bayang k...

oh, berkaitan dengan tajuk entry kali nie, yang aku perasan kan korang nie, kalau aku publish pasal cinta, tunang, wedding, cepat jer korang masuk kan...poll aku pon menunjukkan yang korang memang suka baca kisah cinta, walaupun kisah cinta aku tak lah se gah mana * rendah diri pulak =P

itu je lah nak membebel untuk hari nie...
selamat malam semua =)

20 February 2012

Majlis Perkahwinan Zeela dan Hafiz

sorang lagi kawan baik aku dah kahwin.. lepas syafiqah kahwin tahun lepas, sekarang turn zeela pulak, syafiqah dah pon jadi mak orang..
aku sampai lambat time nie, dalam pukul 2 jugak lah, pengantin siap dah tukar baju potong kek..
kale coklat lagi...aum.. kamu sungguh cantik puan zeela..eh, cikgu zeela =)


sanggup tunggu zeela tukar baju merah hitam balik, sebab nak tangkap gambar =P
diorang tukar baju merah hitam balik sebab nak outdoor..


dah tak ada orang, bergambar sakan lah kami =P lagi 3orang kawan, (kakngah, dayang, dan syafiqah) saya jeles sebab tak dapat nak tangkap gambar dengan korang ok..maybe next time, saya TIDAK LAMBAT lagi =P


senarai hantaran daripada pihak lelaki.

Whateverpon, Selamat Pengantin Baru Zeela dan Hafiz, semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat..
lepas ni kita reunion balik, bulan lima tau...ahakz.

17 February 2012

Surat Cinta daripada PDRM


surat cinta daripada PDRM, ini semua gara-gara wedding marathon... hahahaha

kata Farrid, surat yang sampai kat rumah, siap ada gambar kereta sekali, kalau rezeki baik, dapat tengok muka sekali =P


14 February 2012

Sedih....

handphone Samsung W saya berada di hospital sekarang kerana kesakitan jantung (main board) baru beli dah rosak, mungkin betul kata tunang saya, "beli handphone nasib-nasib jer" dan disokong oleh kawan saya, "nasib ko tak baik lah tue"

tak dapat lah saya update blog guna blogger droid lagi..

sekian!

Misi Mendaki Bukit Broga berjaya!



akhirnya, jeles jer tengok gambar member-member naik broga, cantik jer nampak view daripada sana tapi aku tak kesampaian nak naik...TETAPI akhirnya, weekend hari tue dapat jugak aku daki...yeh yeeehhhh...

kami mula menaiki bukit broga pada jam 430 pagi, naik dalam gelap, sebab misi nak tengok sunrise jugak =) mesti cantik kan... permulaan pendakian, tak susah sangat cuma penat lah, maklum lah orang dah lama tak bersukan macam aku nie, asik mintak rehat jer..hahaha

tapi paling mencabar masa nak naik first peek, curam dan keadaan bukit yang botak, kami sampai first peek dalam masa 1 jam iaitu pukul 530 pagi dan berehat selama 15 minit, penat sangat tapi puas hati... kat first peek tu pon dah ramai orang, dah macam pesta...



kemudian dalam pukul 545 pagi, kami teruskan perjalanan untuk ke third peek, third peek ialah misi kami sebab nak tengok sunrise =)



sunrise daripada bukit broga memang cantik.. Subhanallah...cantik nya ciptaan Allah...



kami di third peek.. 


BUKTI!! kami sudah sampai ke Bukit Broga

kami sampai ke third peek dalam pukul 6pg, sebab beberapa minit lepas tu, terdengar azan dari atas bukit, tapi sayup-sayup jer..

keadaan kat atas ni, memang macam pesta, ramai sangat orang...


ni aku snap masa nak turun, kitorang turun pukul 745 pagi, masa ni dah ramai nak turun dah,  takut dah panas nanti kan, ye lah bukit ni kan dikekelilingi dengan lalang jer, matahari memang terus jatuh ke kita..tanah pon dah kering berpasir sikit, agak licin sikit.

itu dia third peek yang kami naik tadi dan sekarang kami di second peek, jauh je nampak kan....

kiri kanan lalang sajork!

cantik sangat view di sinie... Subhanallah...

kami sampai di kereta dalam pukul9 pagi.. bila turun rasa sekejap jer, tapi ibu jari kaki sakit lah.. (T_T) masa nak turun tue.

bila dah sampai bawah baru lah nampak signboard, hehe yang baju hijau itu lah guider kami..

seronok sangat, misi tercapai.. Alhamdulillah, masa kami turun, keadaan matahari tak panas terik, so keadaan penat kehausan tak terasa sangat tapi sakit badan sampai sekarang, ini lah gara-gara tak bersenam, sila insaf!

FaRRid MieZa PaRt 10



bersambung..........

tapi sampai di kedai satay, idok pon ber romatika sangat pon.. kami sekadar makan satay... dan berborak perihal masing-masing.

"perasan je hati aku nie, sampai ke minta couple aku terfikir, ntah-ntah dia tak ada perasaan langsung dengan aku sekadar kawan jer" kata hati kecilku

gambar mms pertamaku kepada Farrid

ketika ini aku baru memulakan langkah baru sebagai seorang pelajar ijazah bukan diploma lagi di universiti yang sama di Dungun, Terengganu..ketika birthday dia, aku ada berikan hadiah yang tidak seberapa, sebab dia pernah memberitahuku yang dia tidak mempunyai perfume, dengan niat sekadar kawan, aku membeli hadiah perfume untuk dia, murah jer, maklumlah study lagi, ini jer yang mampu, siap pos daripada terengganu lagi.. guna nationwide sebab nak sampai tepat masa birthday dia..hehe giler semangat masa nie..


masa cuti mid term, dia pernah mengajak ku keluar sekadar berjalan-jalan mungkin kerana sudah lama kami tidak bertemu, sekadar berhubung melalui telefon, ym dan friendster (masa nie masih lagi zaman friendster) rindu agaknya =P

aku tolak pelawaan dia dengan baik, kerana aku plan nak keluar dengan mama hari sabtu tu.. Kami berbual melalui sms seperti biasa, lama jugak kami berbual di sms, tak masuk lagi call, aku tak tahulah bil telefon farrid masa ni berapa, beratus agaknya...

di akhir perbualan............ dalam lingkungan jam 3 pagi,

mieza : awak, kita tidur dulu yer, thanks for calling, good night.
farrid : ok, good night.

aku baru sahaja ingin melelapkan mata... sms berbunyi..

"oh, farrid, apa lagi lah nie" mengomel aku sekejap.

farrid : awak...
mieza : yer...
farrid : tak ada apa, hehe

sms terhenti di situ dan aku terlelap...sekali bunyi sms daripada Farrid..

farrid : awak....
mieza : yer...

dan satu panggilan cinta daripada farrid,,,

mieza : awak tak tido lagi? dah malam ni kan...
farrid : belum lagi..

keadaan menjadi sunyi ketika dua-duanya tidak mengeluarkan sedikit pon suara.

farrid : hurm~ nak cakap sesuatu nie..
mieza : cakap apa?
farrid : Ahmad Farrid Sayang Nurul Emieza.
mieza : apa????
farrid : Ahmad Farrid Sayang Nurul Emieza.

aku terdiam malu, terkedu, tak tahu nak cakap macammana perasaan masa nie, terkejut, gembira, seronok, terharu.. ntah lar dan aku pon menjawab tanpa berfikir panjang....

mieza : Nurul Emieza pon sayang kat Ahmad Farrid.
farrid : betul ke?
mieza : betul..
farrid : ok, kita ingat tarikh ini k 16 Ogos 2008.

begitulah hubungan kami bermula.. pertemuan yang tidak di sangka, hanya pandangan dari jauh, hati sudah terpaut......

bersambung..............................

10 February 2012

breakfast for today

Nasi lemak lauk kerang..hihi


Published with Blogger-droid v2.0.4

03 February 2012

Gambar tunanag, fresh daripada photographer.


usikan sedikit gambar daripada cd yang diberi untuk tatapan awak-awak semua =) banyak lagi tapi saya showoff yang ini je lah =)

Selamat menonton..

 




























ada lagi gambar lain, tapi aku kasik publish yang ini je lah, ini pon dah banyak kan? semua hasil kerja datang daripada Warisan Seri Bonda . aku amik pakej sekali semua sekali daripada pelamin, andam dan photographer,, senang =) 



breakfast for today

makan mihun..erk! kenyang..


Published with Blogger-droid v2.0.4

02 February 2012

Chinese New Year



setiap tahun memang raya cina kat sini, tapi tahun ni kitorang (aku dan farrid) datang, kebetulan tarian singa pon ada..first time tengok nie...hahaha alah, tengok yang panjat-panjat tiang tu ada lah, ni tengok singa kat rumah memang tak pernah =P maaf, jakun sekejap, maklumlah tak ada kawan cina =P

sekali lagi macam emak dan anak-anak nya..sekian =P

Jalan jalan di Kampung Morten, Melaka

malam-malam g jenjalan kat Melaka akibat kebosanan di rumah dan waktu nie baru pulang daripada weeding ceremony....yerrr....sekarang dah macam trend kan buat ceremony waktu malam, jamu kita makan malam =)

so, sekarang, layan gambar jer lah uolss... nampak benau pemalas, tampal  gambau sajork =P

 
dihadapan rumah melaka
 
seperti emak dan anak-anak nya...hahahahaa
 
eleh harriz tu, nak manja dengan aku lah tue...

 
bersama mama dan alip

duduk kat tangga lagi... trademark melaka is tangga rite?

replika kompang

 
replika gasing

ok.. sekian sahaja gambar kami ketika berjalan membuang lemak setelah mempelahapkan diri makan di rumah orang kahwin.. kalau naik river cruise kat melaka, memang akan nampak rumah-rumah ni sepanjang perjalanan sebab rumah-rumah berada di sepanjang sungai...sekian.