12 January 2012

FaRRiD MieZa Part 9


gambar pertama yang dia mms, aku tak sempat nak simpan sebab aku dah save dalam laptop, laptop aku rosak pulak masa tu, so apa benda yang ada dalam tu semua burn...tapi ada jgk aku simpan gambar nie, sebab aku buat gambar ni publish masa dia call aku...so, ada lah yang masih tertinggal dalam henfon slide aku.

lain tak dengan sekarang?

selepas berjumpa kali pertama, kami adalah jumpa sekadar borak-borak, sembang-sembang *eh, borak dengan sembang tak sama ke =P dan kami terus berkawan...macam-macam cerita keluar dari mulut masing-masing, macam dah kenal bertahun-tahun, aku memang selesa sangat nak cerita kisah sedih aku tak dapat jawab exam lah, itu lah ini lah... dia pon sabar jer dengan celoteh aku yang tak pernah diam nie..

Kami keluar bersama tengok wayang, makan kfc dengan memakai tshirt berwarna maroon, dia pakai maroon, aku pon pakai maroon.. kami menghabiskan masa dengan I'm not single di panggung wayang, itulah kali pertama aku tengok wayang dengan Farrid, tiba-tiba aku terlupa yang aku keluar bersama farrid dan dengan selamba, aku bersila di kerusi wayang tue, buat macam kat rumah pulak...

"eh, minah ni siap bersila" kata hati kecil Farrid ~~ ini kisah benar, farrid cerita balik kat aku...har har har


mieza : awak, saya nak singgah kedai tu jap ea? nak beli barang.
farrid : nak beli apa?
mieza : nak beli keychain yang gantung kat henfon tue..

bila time nak bayar jer, berebut-rebut kitorang nak bayar, dia siap pegang tangan aku sebab tak benarkan aku bayar keychain tue, hei, nak ambil kesempatan lah tu, pegang-pegang tangan orang..tapi aku rasa semacam, tak tahu lah semacam yang macam mana...kehangatan tangan tu, susah nak digambarkan..


farrid : awak, esok malam kita jumpa nak? 
mieza : kat mana?
farrid : kedai satay, saya ada benda nak cakap dengan awak nie.
mieza : ok

sms dihentikan begitu sahaja, dan aku terfikir-fikir, apa yang dia nak cakap nie sampai kena jumpa face to face, dalam hati tiba-tiba terdetik, dia suka kat aku ke? nak minta couple ke?perasan pulak aku ni, sambil tersenyum sendiri....eh, perasaan je kot, takkan suka kat aku yang jauh lebih muda daripada dia..

bersambung..........

p/s : kepada sesiapa yang tertinggal episod, boleh lar ke blog kisah cinta kami

2 comments:

  1. xyah la smbung2 sgt ...biasa smpai part 3 je ...
    ahahha ko ni mieza :)

    ReplyDelete
  2. hahahaha saje nk buat panjang sikit =P part 3 sikit sangat...

    ReplyDelete