25 January 2012

Wedding 21 January 2012

 
3 wedding satu hari..fuh!
bukan dekat-dekat...semua jauh-jauh...
kesian incik tunang saya drive jauh-jauh...tapi saya tetap sayang awak =)

wedding pertama di Rembau, wedding ika dan CK Amirul...
kitorang pergi awal, dalam pukul 12 gitu dah sampai, tak sempat pon nak jumpa pengantin, tapi kami bagi hadiah sebagai bukti kami datang.. hehe bukan setakat pengantin, kawan-kawan pon tak sempat nak jumpa sebab kami datang terlalu awal.. sorry dayah... ika ni kawan MRSM Muar..

 
wedding kedua di Taman Melawati, wedding Fara dan Fizi..lepas jer dari rembau, kami terus zasss ke Taman Melawati, nasib baik jalan ke KL clean & clear, cuma dari KL nak ke Tmn Melawati, kat Ampang tue jer, jammed sikit....

 
fara ni kawan kat MRSM Kuala Klawang..

 
kawan-kawan lama
oh cik rinastories pon ada =)

 
wedding ketiga di Klang, wedding Fana & Rafie. dapatlah tengok rafie shake hand dengan tok kadi =P

 
Fana ni kawan ofis aku sekarang, disebabkan tak dapat datang kenduri 22 Januari 2012, aku pon datang lah 21 Januari 2012.. lagi pon ramai budak ofis datang masa nikah, so tak ada lah segan sangat kan... rasanya majority budak perempuan datang hari sabtu tu kecuali bazrina, juzila dengan khairina jer yang tak datang.

dalam bilik pengantin sebelum bergelar 'puan' hihihi

ini sahaja wedding maraton kami sebanyak 3 wedding dalam masa yang sama, dah lar sume jauh-jauh, kalau dekat aci jugak, tapi takpe demi kawan-kawanku... ramai betul yang nikah and tunang sempena raya cina ni kan, mentang-mentang cuti lama... aku tengok facebook jer, ramai jugak kawan aku yang dah tunang, congrats andak & ana, 2 2 ni budak MRSM Muar, sama dengan ika rajimin jugak =)



3 comments: