26 August 2011

FaRRiD_MieZa PaRt 2

Kebetulan pulak, masa assembly pagi office kami beratur sebelah-sebelah, aku nie dah lar suka gelak, daripada assembly start sampai habis asyik bergelak tawa je aku dengan tikah...dan daripada mata sisiku, aku ternampak lelaki yang berkemeja pink yang aku nampak di cafe itu asyik memandangku lalu aku memberikan sedebuk muka sombong kepadanya....hahaha bila pandang je dia aku jeling dan buat muka sombong..

Kak Atiey pernah bagitahu aku,...............

Bersambung......

Kak Atiey pernah bagitahu aku, ada budak ofis kewangan nak berkenalan denganku tapi aku ignore...ye lah aku kan sombong, tak layan lelaki tak kenal...dan aku sedikit pon tak nak ambil tahu lelaki mana yang nak berkenalan denganku....masa ni memang jual mahal habis lah...

Pernah sekali, kami terserempak dengan lelaki berkemeja pink bersama kawan-kawan dia, mungkin baru balik daripada cafe...uish, asik terserempak je lah...

"Yang paling tinggi tu lah yang nak kenal dengan kau..dia sorang je single, yang lain dah tunang..dia lah yang kerja kat Kewangan." Kata Kak Atiey kepadaku

Sekali lagi, aku ignore jer! just pandang jer...tak senyum tak masam..Rupa-rupanya lelaki kemeja pink tue yang nak berkenalan dengan aku...oh tidak! lelaki pakai pink, funny sangat! sebab at the time, aku memang tak suka colour pink, sebab macam gurly sangat...hahaha

Tapi lama kelamaan, dah tak jumpa/serempak sangat dengan lelaki kemeja pink tu..masa ni aku pulak tercari-cari lelaki kemeja pink tu. Paling obvious aku cari masa Seri Negeri buat open house hari raya...Kebetulan booth office aku depan dengan office dia, ternampak dia bagi-bagi kan cendol..tapi tak pakai baju pink dah, hehe

Masa ni aku tak lah suka pon kat dia, saja cari, dah lama tak nampak kan...kot dah tak keje situ ke...hehe sampai lah bulan 11/2007, aku dah habis praktikal..Kami tak pernah pon bertegur..pandang dari jauh jer..apalagi nak bertukar nombor telefon...

"Mana budak tu kak atiey?" Tanya lelaki kemeja pink.
"Dia dah habis dah, dia praktikal sini" Jawab kak atiey.
"Lah ye ke? Ingat dia keje kat sini" Jawapan lelaki kemeja pink yang penuh dengan kekecewaan,

Bersambung..........

Iftar di Rasamas, Alamanda




ye...aku taw, dah nak raya dah...tapi baru nak publish entry...
aku cepat letih lar malam dan malas nak bukak laptop..*alasan =P

aku ada beli kupon rasamas, dah lama dah tapi tak pernah pon nak try...
satu hari tue aku ajak lah member aku which is AZZA, ajak makan Rasamas..dia on, aku lagi lah on... =)

First pergi dah fully booked..muka dah frust giler nie, ye lah pergi alamanda semata-mata nak makan rasamas...tak boleh nak makan yang lain...nak makan rasamas jugak! hahaha giler menggedik kan =P
at last, we ol solat dulu, then baru dapat makan Rasamas...yahoo!



dengan semua makanan nie, kami menggunakan 3 kupon, dimana beli satu percuma 1..
makan dua orang jer nie...tapi boleh habis, sila percaya!

yelah, mieza kan 'Mieza yang suka makan' hehe terbukti!

kak azza, nanti kita pergi lagi k? nak makan spegeti pulak =)

HaPPy BiRthDay EMieZa



Today is Friday! and today is my birthday!

Semakin hari semakin menaik umur aku...
Syukur Alhamdulillah, aku masih bernyawa sehingga kini sehingga umur menjangkau 24 tahun...
waahhh~~ diri sendiri masih tak sangka sudah berumur 24 tahun...

Tak tahu nak cakap apa untuk diri sendiri...hehe
dah baca tue jangan lupa wish...
kalau malas nak type, nak LIKE pon boleh =)

Ada sambut birthday ke tak? tengok lah malam kang macam mana...hahaha bunyi macam berharap jer =P
petang ni habis keje, aku terus balik melaka...

Sambil tue nak wish jugak Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kalau penulisan aku selama ini ada mengecilkan hati uols...

Daa~~

16 August 2011

Happy 3rd Anniversary



Happy 3rd Anniversary…..

Tak sangka dah 3 tahun aku bersama Ahmad Farrid…semoga relationship yang kami bina 3tahun lalu berpanjangan, berkekalan dan diberkati oleh Allah..amiinnn…

Tak sangka jugak Ahmad Farrid sanggup tunggu dan bersabar denganku sehingga ke tahap ini…

Happy 3rd Anniversary Ahmad Farrid….

>Terima kasih sebab jaga dan happy kan saya..

> Terima kasih sebab banyak bersabar dengan saya..

> Terima kasih kerana……………………… *sila isi tempat kosong…

> Terima kasih segalanya…dan minta maaf atas segalanya…tak payah ucapan lah =)

Malu =P kita berbicara melalui mata je lah *jiwang sekali setahun je

Sayang Ahmad Farrid…..

Dapat jugak saya bergambar dengan farrid pakai baju melayu, hehe saya bukan apa, suka tengok lelaki pakai baju melayu, biar tak hensem pon tapi bila pakai baju melayu terus hensem tau..hehe saiko je kan?

14 August 2011

Sahur & Buka Puasa sorang2.....sedeh....

berpuasa diluar negeri macam diperantauan,,,hehe jauh dgn family dan farrid..

semalam sahur makan biskut dan air milo....ini menu biasa kalau bersahur,,,
yang beza nya keseorangan...

elok pulak semalam aku lepak je duduk rumah, housemate semua keluar,,,aku malas betul nak keluar rumah...dan hasilnya berbuka sorang-sorang lah kat rumah....

sedeh.....




FaRRiD_MiEzA PaRt 1

dah masuk bulan ogos kan..sedar tak sedar dah 4tahun saya kenal dengan Ahmad Farrid... bila dah masuk bulan ogos 2011, saya ingat nak flashback lah kisah saya pada tahun 2007.. (masa nie saya praktikal diploma kat Seri Negeri)

Lunch hour!! yeaayy!!

Aku bersama kak atiey, kak ezan dan tikah memilih cafe untuk memenuhkan perut yang sudah berbunyi daripada pagi...sesampai ke cafe, aku ternampak kelibat seorang lelaki tinggi yang memakai kemeja berwarna "pink".

"tengok lelaki tue, kelakar kan lelaki pakai baju warna pink" kataku kepada sahabatku tikah

tanpa mempedulikan lelaki berkemeja "pink" tersebut, aku terus memilih lauk untuk di letakkan bersama-sama dengan nasi untuk dijadikan santapan tengahari.

manakala keadaan di meja makan lelaki tersebut dipenuhi dengan rakan lelaki dan timbul lah satu ayat daripada mulut lelaki berkemeja pink yang dikenali sebagai Farrid...

"aish, cantik lah dia tue" sambil memuncungkan mulut untuk tunjuk diriku kepada kawan-kawannya...

"sesuai lah dengan kau, dia tinggi" tersenyum hati kecil Farrid apabila mendapat sokongan daripada kawan-kawan. ~yang bab farrid ni dia cerita balik kat aku~

Sekali lagi, aku ternampak kelibat lelaki berkemeja pink tadi bercakap dengan kak atiey..aku hanya mengabaikan, mungkin mereka kenal sesama mereka.

Kebetulan pulak, masa assembly pagi office kami beratur sebelah-sebelah, aku nie dah lar suka gelak, daripada assembly start sampai habis asyik bergelak tawa je aku dengan tikah...dan daripada mata sisiku, aku ternampak lelaki yang berkemeja pink yang aku nampak di cafe itu asyik memandangku lalu aku memberikan sedebuk muka sombong kepadanya....hahaha bila pandang je dia aku jeling dan buat muka sombong..

Kak Atiey pernah bagitahu aku,...............

Bersambung......

12 August 2011

Surprise For Him


kisah kesinambungan daripada surprise birthday ahmad farrid...

macam nie kisah nya...

Mieza : nak nombor telefon boleh? ada benda nak bincang..
Rahmat : 013$%#@

aku ada lar text Rahmat dalam masa seminggu sebelum kejadian, to make sure surprise nie jadik...

Farrid : Nanti kita buka puasa kat Kedai Makcik Rahmat, kita try makan situ.
Mieza : ok.

Cantik dah tue...Dia dah petik nama Rahmat..senang aku nak pass cheese tart tue nanti..

Di hari kejadian..
Jam 3:30 petang.

Mieza : Nak jumpa kat mana?
Rahmat : Kita jumpa kat pintu masuk Umbai ada Poliklinik.
Mieza : Ok.

Jam 6:00 petang.

Farrid tegur aku pakai cantik-cantik...hahaha tak ada lah cantik sangat pon, tapi mekap-mekap sikit lah...Farrid sememang nya tak suka aku mekap, biar nampak natural je kata nya =P


kami ber'maroon' di hari kejadian

Dia tak tahu aku nak sambut birthday dia, mestilah kena cantik-cantik kan...takkan nak comot serabai jer....hehe

Bila dah buka puasa, aku pergi surau nak solat maghrib, farrid jaga barang...masa turn aku jaga barang dan farrid pergi surau lah baru Rahmat keluarkan cheese tart tue..


cheese tart yang comot sebab huruf dah cair...haha

farrid : eh....

muka terkejut dia tue lah...nyampas i...nyampah pon sayang jugak...hehe tak habis-habis tanya mana aku simpan tart nie, dia ada syak rahmat tapi aku bagitahu aku tak ada number rahmat..lama kelamaan persoalan tersebut terhenti macam tue jer....

aku ada kirim kad kat rahmat jugak suruh letakkan kad birthday kat wiper kereta farrid masa 9hb 8 nanti...masa 9hb8, memang rahmat dah letak kat wiper kereta tapi akhirnya terkantoi yang aku berkomplot dengan Rahmat.

hahaha gitu....
thx to Rahmat sebab anda surprise ini berjaya!

09 August 2011

Selamat Hari Lahir, Ahmad Farrid


Today is Tuesday!

Today is Ahmad Farrid's birthday =)



Happy birthday sayang!

Semoga panjang umur, sihat selalu dan dimurahkan rezeki, dapat rezeki banyak-banyak boleh belanja mieza...hehe

aku buat surprise birthday untuk farrid....(o_0)v
Story mori next entry ok...

Stay tuned!!

Double GCB

Hari jumaat yang kami tunggu-tunggu dah pon tiba, ramai yang tertanya-tanya kan kenapa aku menghitung hari jumaat....itu ialah disebabkan oleh Double GCB, tak sabar nak makan ohhh....lagi-lagi bulan puasa nie, perut nak nasi jer.....

Sebelum kejadian,

Farrid : Nak makan apa?
Mieza : Nak makan nasi.
Farrid : Tak nak makan GCB?
Mieza : nak jugak =p



Balik Melaka hari tue sempat jugak makan GCB, double lagi....hambik kau....nak sangat makan GCB kan....double kau beri padaku....hehe

Farrid memang suka paksa aku makan banyak-banyak....jarang sekali aku makan sikit bila keluar dengan dia....manalah aku nie tak bam bam =P

Gambar kat bawah nie, semua makanan farrid....hahahah Double GCB, fries, dengan bubur ayam McD....dia memang sangat berselera.....semua dia yang punya...


tapi aku curik jugak bubur dia sikit =P perut perlukan nasi lar walaupun bubur nasi...dasar perut orang melayu....tapi bukan curik sikit, aku yang habiskan ~lalalala~


muka kekenyangan incik farrid....kenyang sampai menutup mata.....hehe


muka tuan tanah wajib dipaparkan =P

oh, ringkas betul majlis berbuka puasa bersama incik farrid...ini namanya entry asal boleh =P on the way balik ke Melaka, farrid kol aku setiap jam...asik tanya "dah sampai mana" bosan lah tue menunggu aku balik dari Cyberjaya...hehe ke rindu =P

02 August 2011

RamaDhan Datang Lagi!!

Tak terlambat kan kalau saya nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua umat islam...
Semoga Ramadhan kali ini memberi seribu erti buat kita semua....

Tunaikan lah ibadat dengan penuh keikhlasan, agar kita mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini...Amiinnn....

Ramadhan kali ini datang sekali dengan Ogos...
Bulan Ogos banyak memberi kenangan buat saya....pelbagai kenangan...penuh dengan kenangan, kalau boleh setiap hari dalam bulan ogos adalah kenangan terindah buat saya...
Pelbagai kejadian terkejut terjadi dalam bulan Ogos sejak saya melangkah ke Alam Universiti peringkat Ijazah...

Bulan Ogos ialah segalanya... =) lagi-lagi bulan Ogos kali ini datang sekali dengan Bulan Ramadhan...Semoga dipermudahkan segalanya..Amiinnn....dan semoga ini bukan Ramadhan dan Ogos yang terakhir buat saya...InsyaALLAH,,jika dipanjangkan umur....

Ok, Selamat menjalani ibadah puasa....Puasa tau jangan tak puasa... =)