10 February 2011

KisAh CnY



lama sudah ku upload gambar, tapi nak mem'publish' tue amik masa sikit =P cakap je lah pemalas..hahaha dah kata cny kan harus lah kami berbaju merah =) siap paksa-paksa adik aku sume pakai baju kale merah....=) kan nak pergi raya, raya cina..



rumah terbuka yang pertama di IPK Melaka, tp kitorang sampai lambat, tak dapat angpaw, lambat pon tak lar lambat sangat dalam kul12 gitu, open house mula pon pukul 1130....makanan yang aku rembat kat open house...tak ada lah banyak sgt tp kenyang lah jugak..


kuew tiaw goreng


satay

woi, satay nie kongsi adik beradik taw..bukan aku makan sorang... dah kenyang masing-masing,kami ke rembau, busu ajak pergi kenduri rumah kawan dia...aku segan jugak sebab pakai seluar pergi kenduri...tp gamble sudah....aku kan otai..hahaha hak tuih...otai konon, td kata segan... =P


baju oren dengan si kecik 2 sepupu aku, kiranya anak busu aku lah..gambar busu aku non ado..
ada cerita masa nak ke rembau nie...

macam nie....

masa nak ke rembau, kitorang pergi dua kereta, kereta aku dengan kereta busu, dua-dua kereta kancil, so kitorang bahagi-bahagi lah, yang perempuan semua naik kereta aku, yang lelaki naik kereta faiq(anak busu) lelaki-lelaki tersebut termasuk lah adik kecik aku yang 2orang tue, anak busu 2 orang yang kecik yang dalam gambar kat atas, dan driver ialah faiq (anak busu yang besar) korang paham tak nie?

masa on the way ke rembau, ada roadblock polis, kereta aku depan kan, faiq follow belakang...senang aku bahasa kan kereta aku is 'aku' and kereta faiq is 'faiq' ok kan? aku lepas daripada roadblok tue, tapi faiq sangkut, siap kena parking kat tepi lagi...korang taw sebab apa? sebab dia bawak budak-budak kecik penuh satu kereta....hahaha korang rasa lawak tak? aku rasa lawak lar...haha so, mesti polis tue ingat faiq penculik budak-budak, budak-budak tue dah lar buat-buat tidur kat belakang, dah lar buat-buat tidur pastu senyum pulak...hahaha

polis : nie semua adik-adik awak?
faiq: a'ah.
polis : semua tidur?
faiq : a'ah.
polis : klu tidur kenapa senyum?

macam tue lah lebih kurang dialog nya, aku ingat-ingat lupa...kenangan betul! kena tahan dengan polis sebab bawak budak-budak penuh satu kereta.



1 comment:

  1. haha..lawak
    takut la tu..sb tu wt2 tdo..hahaha
    lg2 harris

    ReplyDelete