26 March 2012

FaRRid MieZa Part 11

Bersambung


Tersenyum aku tidur malam tue, seolah olah baru mendapat duit sedebuk jatuh dari langit.. #ok, over…
Tit tit * bunyi sms di pagi hari
Aku membuka sms dengan penuh kemalasan membuka mata…ngantuk lagi…..huwaarghhh…..sambil mengeliat….


“Farrid?” kata hati kecilku
“Selamat pagi sayang”

 
Tatkala aku membaca sms tersebut semacam jer,,,macam di awangan…. Mengikut perancangan sebenar, aku keluar bersama mama tapi tak jadi pulak… Laju aku mencapai telefon, sms si buah hati incik farrid… dengan harapan dapatlah keluar dating buat pertama kali setelah bergelar girlfriend..

“awak, saya tak jadi keluar dengan mama”
“ye ke? Kalau macam tu, kita keluar lah, nak?”
“nak”
“ok, kita jumpa kat tempat biasa, awak pakai baju yang saya bagi kat awak tue k”
“ok”

Aku menamatkan sms dengan senyum yang melebar tak henti-henti… senyum lagi…. Lebih kurang macam tu lah dialog nya…

Dalam perjalanan nak ke Dataran Pahlawan, Melaka berdebar-debar je perasaan aku….farrid ada rasa macam ni tak, hurm~ Mencari parking yang tidak ada kekosongan buat aku rasa hilang debar sebab dah fedap dengan keadaan tak ada parking, Alhamdulillah dapat jugak parking lepas berkali kali aku pusing..

Perasaan nervous dating lagi, tak keruan aku bila keluar daripada kereta… Tak sabar nak jumpa sampai terlupa dah kunci kereta ke belum…

“awak, saya dah sampai kat tempat biasa, tapi nak g kat kereta jap, terlupa kereta dah kunci ke belum”

Sms tidak dibalas samada ok ataupon tidak.
Takpe, aku terus ke kereta dan fuh! Nasib baik dah kunci… nervous buat aku jadi tak keruan je tau.
Aku ke tempat biasa kami berjumpa di Toilet Cantik…

“eh, tu dia, kenapa aku yang nampak dia dulu? Malu lah nak tegur dulu, dah lar pakai baju sama” kata hati kecilku

Aku cuma jalan seiringan dengan Farrid dengan menyapa hanya sepatah perkataan “hai”
Malu nak bertentang mata…. Tapi mahu… aww~

Kami berjalan seiringan tanpa sepatah kata yang keluar daripada mulut masing-masing, masing-masing senyap membisu seolah-olah ada emas dalam mulut. Kami masih lagi jalan seiringan menuju ke cinema, tapi kadang-kadang farrid hilang di lautan manusia dan aku tercari-cari dia di belakang.. dan dia tersenyum ke arahku…

Dengan perlahan-lahan, tangan aku dipegang olehnya… bertambah tambah tambah laju jantung aku berdegup.. malu nak toleh ke arah muka dia tapi dengan kekuatan yang ada padaku, aku toleh tapi dia buat biasa jer… Aku membalas genggaman tangan si dia, terasa selamat berada di samping dia…

Pernah aku tanya kenapa pegang tangan aku waktu mula-mula keluar dating?
Jawapan nya rasa bahagia dan rasa semangat je nak jalan…

Ok sambung…….


Gambar pertama kami bersama.. agak kabur…. Baju purple belang-belang, siap pakai kasut…

Ingat lagi masa nie, makan McDonald siap dapat percuma cawan coke warna pink…malas nak bawa cawan tu jalan-jalan, singgah motor farrid, letak dalam box moto dia… Bila nak balik, dia teman aku sampai ke kereta, tapi tak puas rasanya jumpa…sekejap sangat…..

Sampai kat kereta, aku ada pelawa dia naik kereta aku dan aku hantarkan ke moto dia, tapi dia tolak dengan baik… Aku tak puas lagi berjumpa, bersembang, bergelak tawa dengan nya tapi kami terpaksa berpisah untuk seketika...

Bersambung…..

1 comment:

  1. Mieza pandai menulis laahhhhh terasa masuk dalam cerita ni pulak. Hehheee

    Tu baju couple ke? Sweetnya first time jumpa pakai baju sama. Hehee

    ReplyDelete