04 July 2014

Kisah-kisah terakhir

Kisah kisah terakhir menetap di Putrajaya sejak tahun 2011 sehingga 2014, kalau mieza bujang, mieza stay je lagi kat sana, tapi sebab dah berkahwin, kerap balik Melaka, duit gaji banyak habis kat situ, minyak kereta, tol, bil telefon.. kalau dah stay melaka.. jimat =)

Baru 3 tahun duduk Putrajaya, barang kat bilik dah banyak ni
Baru 3 tahun, kalau bertahun tahun, dah tak nampak dinding kot.. nampak macam sikit tapi every week, memang bawak balik barang sikit sikit lah.. ada lah dalam 2 3 trip, mieza pon lupa..
Ini antara barang untuk bawak balik untuk trip terakhir, naik myV, penuh! sebab drawer biru tu.. hehe nasib baik muat..fuh! lega~

Untuk minggu terakhir kat Putrajaya, mieza decide nak keluar lah dengan kawan kawan ofis, since mieza tak pernah join diorang hangout, mieza yang ajak round uptown reko, sampai diorang pon pelik.. hehe kira nak jalan sesama before berpisah lar..
 Antara officemate yang join.
Adoi! tudung terjatuh, spoil betul.. aiskrim yang belah kanan sekali tu siapa lah yang  pegang yer, sori tak muat nak interframe, hehe

Ada jugak keluar dengan wondergirls tapi kita kan bff tak nak anggap lah jamuan perpisahan.. eh, esok kita jumpa kan sarah? =)

Hari hari terakhir kat office lagi lah mengecam jiwa.. hehe tak sempat nak bersalam salaman dengan kakak office tingkat especially kak ismah sebab kak ismah banyak sangat tolong saya, dari tak reti buat coding, jadi reti tapi belum sifu macam akak lagi.. itu yang paling terkilan.. tak sempat nak bersalam salaman peluk peluk arab sebab dah pukul 4 petang, saya dapat task baru yang terpaksa saya setelkan sebelum pergi.. sob sob sepatutnya saya dah bersenang lenang borak borak dah hari hari terakhir tu.. haha tak kasi peluang lansung..cis.

yang sudi menunggu saya habis kan kerja kerja terakhir.. pukul 630 petang baru naik tingkat 4, tinggal duorang ni jer, yang lain semua dah balik..

Thanks korang sebab tunggu, mieza sedih tau tapi nak buat macammana family first. untuk budak tingkat 3 ada jugak yang tunggu tapi sakan berborak, lupa nak snap picture.. dan pukul 730 malam baru lah mieza bergerak balik rumah dengan sarat membawa barang barang office, rugi tak snap gambar meja yang kosong tu buat kenangan..
 
Thanks korang for all gifts! appreciate sangat!

babbai korang! nanti kita jumpa lagi kat wedding sesiapa yang nak kawen tu.. hehe

Tiada....

Selamat Pagi Semua!
Lega... Selepas beberapa bulan mendiamkan diri bersama blog, hari ni mieza muncul semula di hari jumaat yang penuh berkat.. InsyaAllah.. Baru berpeluang nak update status terkini..

Bercakap tentang 'Tiada' , start 15 Mei 2014 mieza telah pon mula bertugas di pejabat lain, bukan di Putrajaya, tapi kat Melaka dah kita.. cakap Melaka pulak lah lepas ni, tak de cakap KL dah.. lama nau! wah gitu.. =P

Mulai saat itu, 
  • Tiada lagi drama air mata setiap kali nak balik putrajaya
  • Tiada lagi bangun pukul 5 pagi setiap pagi isnin sebab nak balik putrajaya 
  • Tiada lagi drive ~ since dah balik Melaka ni, memang dah jarang drive.. sebab kitorang dah share satu kereta pergi kerja.. Jimat!
  • Tiada lagi buka puasa tanpa suami disisi
  • Tiada lagi bergayut setiap malam.. haha
  • Tiada lagi drive balik Melaka dan kena rempuh jem kat Seremban sana..
  • Tiada lagi tengok drama korea malam malam lepas balik kerja, haha tak sempat, buat buat kerja rumah, tau tau dah masa tidur.
  • Haa itu lah tiada yang teringat buat masa ni.. hehe
Sekarang 24/7 duduk dengan Farrid, baru terasa macam pengantin baru pulak sebab baru nak duduk sebumbung 24/7, haha baru nak tau peel masing masing even dah hampir dua tahun mengikat hubungan halal.

Babai Putrajaya dan Hai Melaka... i'm back!