Hai semua!
Second day kat Johor - 18 September 2014-
Kitorang the whole day kat legoland, pagi kat water park, petang kat theme park. pagi pon tak pagi sangat lah, kul 11 jugak kitorang sampai legoland.. hehe
gambar wajib =P
Gambar kat water park tiada!
Dua dua duk sibuk nak berendam, hehe masa hujan turun pon mieza still lagi main gelongsor.. hehe staff legoland bagitahu, hujan tak tutup, kalau petir kilat baru tutup.. so kitorang lenjan lah main lagi.. balik melaka hazab lah memasing demam secara berganti ganti.. hehe
Dalam pukul 3 baru lah kitorang keluar water park, masuk theme park pulak, bag kitorang simpan dalam locker lagi. gila kau locker dia rm20 sekali masuk. rugi kalau guna sekejap. Once boleh keluar masuk, so kitorang simpan lah dulu bag tu, dah nak balik nanti baru amik.
Berjalan dalam theme park. Alhamdulillah, masa kitorang masuk tu cuaca adalah so so sahaja..hujan tidak panas pon tidak.. seronok berjalan.. banyak games yang sesuai untuk kanak kanak bawah 12 tahun.. time kitorang pergi ni pon orang yang datang juga adalah so so, jadi queue tak panjang langsung. boleh main ulang ulang.
salah satu games dalam theme park, tak main games ni sebab basah! haha tapi macam syiok tapi macam tak pe lah! malas nak basah sebab dah cantik cantik.
kita layan gambar je lah. gambar kat miniland banyak. tapi mieza letak sikit je, kang korang muntah hijau pulak tengok gambar kitorang. hehe
semua land ni build guna lego, sangat cantik ok! mieza sangat kagum!
staff yang volunteer tangkap gambar kitorang. nice view ni. kitorang suka!
lego yang kitorang beli. syok jugak main lego ni, nak beli lego ni tutup mata je.. haha janji ada kenangan.
sebelum
selepas
Kitorang keluar legoland tepat tepat pukul 7. haha kalau tutup pukul10 malam, pukul 10 agaknya kitorang keluar. =P
Tamat kisah legoland =)