30 October 2013

Ayah Admitted

Isnin malam Selasa, mama kol
Kalau tiba tiba mama kol malam malam nie, mesti ada sesuatu nie..
Tapi di awal perbualan cuma lah tanya tengah buat apa, dah makan ke.. 
Tapi background macam bunyik bising bising, hati macam dah kata macam kat hospital tapi hati macam mengatakan mungkin mama tengah kerja, sebab sometimes mama ada jugak pergi hospital malam malam kalau ada kes.
Banyak betul tapi nya...

Dan YA betul tekaan ku, ayah admitted kat Putra Hospital, Melaka.
Dan disebabkan Farrid masukkan gambar dalam fb, ramai pula yang tanya keadaan ayah, ramai orang concern.. Terima kasih semua...!

Pada asalnya, pergi hospital nak cek sebab ayah dah batuk lama sangat, rasanya since Mieza batuk dulu.. Kitorang masa tu batuk bersama sama.. tak silap mieza 2 3 hari before raya puasa.. Time tu dah start, alhamdulillah batuk mieza dah ok.. Ayah je lah yang tak ok lagi sampai sekarang..

Jadi, dah macam alang alang ke Putra Hospital, ayah buat check up satu badan, dan dan pulak tekanan darah naik tinggi sangat.. itu yang kena admitted tue.. Kalau sekadar buat check up admitted dalam 1 malam jer, ini sebab darah naik, admit tak tau sampai bila, mungkin sampai tekanan darah jadi normal.. mungkin lah!

Mieza ada kat Putrajaya ni, tak sempat lagi nak melawat ayah, Mieza hantar husband jer pergi tengok tengok kan ayah..
Semoga keadaan ayah semakin pulih.
Doakan ayah saya ya! Saya sayang ayah saya!
Terima kasih semua..

1 comment: