17 July 2013

Ramadhan Bersama Suami

Indahnya perkahwinan, memang betul kata orang, selama ini mieza tak pernah terfikir pon betapa indahnya berpuasa bersama suami...

Mieza sempat masakkan untuk suami ketika bersahur 2kali dan buka puasa sekali, walaupun tidak hari hari seperti orang lain, tapi hati ini rasa tenang sangat masakkan makanan kasih sayang untuk suami. Hati ini rasa bersyukur sangat, sebab masih diberi peluang bersahur dan berbuka bersama suami walaupun dihujung minggu..Alhamdulillah..

Kalau korang perasan, mieza tak pernah lagi publish gambar makanan samada berbuka mahupun bersahur... tak tahu lah kenapa tangan ni tak rajin menekan butang camera... tapi mieza akan cuba publish juga satu hari nanti kalau rajin tangan nie nak menekan button camera.. =P

Pengalaman berpuasa di bulan Ramadhan bersama suami , hati semakin tenang sujud ke arah Nya.. Dan saya berharapsentiasa ingat kan diri saya sendiri, bahawasanya Ramadhan datang setahun sekali, dan kali ini lah kita kumpul seberapa banyak pahala di bulan yang penuh mulia ini seolah olah tiada lagi Ramadhan untuk kita kelak... itu yang sentiasa berada difikiran saya...

Perubahan berpuasa bersama suami, secara dasarnya mieza memang lah seorang yang tido mati... wakaka bom meletup pon belum tentu dengar agaknya... tapi perubahan yang dapat mieza rasakan ialah mieza senang bangun pagi untuk menyiapkan sahur untuk suami walaupun mieza tidur agak lambat pada malamnya.. semangat nak sediakan suami sahur, biarpon makan nasi goreng pagi pagi... hehehe

Kami suami isteri ke Masjid untuk menunaikan solat terawih, azam tahun ini taknak tinggal kan solat terawih, tapi ahad hari tue dah tinggal satu hari... nanges!

Tak sabar rasanya nak duduk dekat dengan suami, supaya boleh duduk bersama suami dan sediakan makanan untuk suami dengan hati yang gembira...

Semoga tuhan makbulkan doa hambanya di Bulan yang penuh barakah ini... Amin...

p/s : entry sekadar luahan hati seorang isteri yang duduk jauh dengan suaminya..

1 comment:

  1. semoga mieza menjadi isteri yang solehah...amin

    ReplyDelete