24 July 2013

Lupa, Faktor usia kah?

wah, tajuk atas dah macam tajuk artikel dalam majalah wanita pulak..
sejak minggu lepas mieza mengalami masalah lupa, sebagai contoh lupa bawak itu, bawak ini, tinggal sana tinggal sini...

nak kata tengah tergopoh gopoh tak ada pon...

Ahad,
- Lupa bawa handfon bila balik kampung, dah sampai separuh jalan baru teringat, itu pon sebab nak tengok calendar kat hp.
- Lupa bawak balik kampung cable laptop hubby, kesimpulannya tak dapat nak tengok cerita korea kat kampung.

Isnin,
- Lupa nak iron baju melayu hubby untuk pergi terawih, sori~ yang ini teringat bila dah balik putrajaya.
- Lupa nak bawa baju keje hubby ke Putrajaya untuk iron, so minggu ni mieza tiada job iron baju, terpaksalah bertungkus lumus masa weekend nanti.
- Lupa bawa telekung dari Melaka ke Putrajaya, masa nak solat asar petang tue baru perasan yang telekung tak ada.

Selasa,
Ini yang paling teruk sekali,,
Lupa nak bawa wallet, wallet tertinggal dalam kereta hubby, teringat masa nak korek duit syiling masa nak beli air sukida.. 
Kebetulan pulak duit memang dah bersepah dalam handbag, memang tak perasan wallet tertinggal.

Adakah ini semua faktor usia??
Nak kena makan kismis banyak banyak ni...

No comments:

Post a Comment