31 July 2013

11 months

sekejap jer, hari ni dah 11bulan,
masuk bulan depan, alar tak payah kata bulan depan, masuk esok jer dah bulan ogos,,,
sekejap sangat masa berlalu...
memang sekejap sangat...

Dan sangat tak sangka, mieza boleh survive bila duduk berjauhan dengan husband,
tipu lah kalau mieza kata mieza 'ok'
terdetik juga dalam hati ni perasaan sedih, cemburu bila tengok atau dengar orang lain nak balik masak untuk suami... tipu lah kalau mieza tak sedih... mesti lah sedih..

Hampir setahun kami duduk berjauhan, terpaksa berkorban jumpa hanya weekend jer, ulang alik melaka setiap minggu, tipulah kalau kata tak penat... penat sangat tapi dah kental... hahaha
sebab balik melaka nak jumpa suami jer, hati terus kental.. sebab tak sabar nak balik, nak jumpa suami, nak hilangkan rindu yang terpendam dalam hati yang tak siapa pon tahu, disebalik keriangan kami, hati penuh dengan perasaan rindu, lagi satu nak tengok ada surprise apa atas katil =)

moga ada yang lebih baik untuk perkahwinan kami di masa akan datang, kami perlu berusaha dan berdoa dengan lebih lagi... besar sangat dugaan kami, tabah sangat hati kami.. walaupun ada terkeluar sikit air mata,,, =P *aish, buat malu jer kan..

Bila berbicara tentang anak, siapa yang tak nak anak.. belum rezeki kami, bukan kami mengelak, tapi kami akan tetap berusaha, berdoa dan bertawakal, semoga ada rezeki untuk kami kelak, mieza percaya setiap manusia mempunyai rezeki mereka masing masing dan perlu sentiasa bersyukur terhadap rezeki yang diberikan olehNya.... Ada jalan yang terbaik untuk kami,, InsyaAllah...

Semoga hubungan kami sentiasa dirahmati olehNya dan dipenuhi dengan kebahagiaan... Amiinnn..
Selamat ulang bulan bie yang ke 11 bie..

31/08/2012 - 31/07/2013


30 July 2013

Lesen Memandu Saya!


lesen saya dah upgrade yang baru... hee
surprise kata hubby

ini lah akibat wallet tertinggal,
 lesen lama dah ditukarkan ke lesen baru, kalau ic pon orang lain boleh tukarkan, mesti hubby dah tukarkan, sebab ic mieza dah teruk bebenor...
gambar umur 18tahun dan gambar sekarang, tengok tang pipi tu dah mengembung, hehe
dulu muka panjang jer, =P

terima kasih bie, setiap kali balik ada jer surprise, terharu tau... 

29 July 2013

Photobook ke 7 -Its All About Love-

Photobook ni versi kecil, saiz 8x6 , saja nak try asik beli saiz A4 jer kan, meh kita try saiz separuh A4 pulak, 
 
Dalam photobook ni, mieza selitkan gambar gambar kitorang pergi bercuti yang pendek pendek dan juga gambar yang ada adalah sikit sikit... hahahha maksudnya time pergi bercuti tue, gambar gambar yang ditangkap adalah sedikit sangat.. tak berbaloi lah nak buat satu photobook. 
So, dalam photobook ni, mieza gabungkan semua gambar tue, hehe
 
masa buat dalam laptop, terbayang photobook ni adalah saiz besar, tapi bila dah siap, dah sampai rumah, alahai comelnya photobook ni, besar tapak tangan jer.. kahkah
homey hangat...!

26 July 2013

Lauk Berbuka Puasa Semalam


simple! 
simple as me, eceehh....

padahal wallet tinggal kat Melaka, duit yang tinggal hanyalah seberapa jer, cukup lah dapat masak lauk di atas...

Sup suhun, tempe dan tauhu goreng, sambal kicap..
Semua berasaskan soya, cuma air soya jer tak minum semalam... =)

Cheesecake mudah

Cheesecake versi cikepal, senang sangat uols, pejam mata jer dah siap...
sap sap soi, eh dah boleh makan, senang sangat.. cuma rajin atau malas jer...

Cara buat cheesecake ni, ala ala macam kek batik, tak payah nak bake bagai, susun susun biskut, sapu cheese, dan seterusnya....

Senang pon senang, sedap pon sedap, structure dia lembut jer, sedap lah memang sedap, kalau mieza kata sedap, memang sedap lah tue.. =) 

Punya lah senang buat cheesecake nie, sampai hubby and the gang buat kat ofis... hihi 

nak tau dengan lebih lanjut, sila ke blog cikepal... hehehe

24 July 2013

Lupa, Faktor usia kah?

wah, tajuk atas dah macam tajuk artikel dalam majalah wanita pulak..
sejak minggu lepas mieza mengalami masalah lupa, sebagai contoh lupa bawak itu, bawak ini, tinggal sana tinggal sini...

nak kata tengah tergopoh gopoh tak ada pon...

Ahad,
- Lupa bawa handfon bila balik kampung, dah sampai separuh jalan baru teringat, itu pon sebab nak tengok calendar kat hp.
- Lupa bawak balik kampung cable laptop hubby, kesimpulannya tak dapat nak tengok cerita korea kat kampung.

Isnin,
- Lupa nak iron baju melayu hubby untuk pergi terawih, sori~ yang ini teringat bila dah balik putrajaya.
- Lupa nak bawa baju keje hubby ke Putrajaya untuk iron, so minggu ni mieza tiada job iron baju, terpaksalah bertungkus lumus masa weekend nanti.
- Lupa bawa telekung dari Melaka ke Putrajaya, masa nak solat asar petang tue baru perasan yang telekung tak ada.

Selasa,
Ini yang paling teruk sekali,,
Lupa nak bawa wallet, wallet tertinggal dalam kereta hubby, teringat masa nak korek duit syiling masa nak beli air sukida.. 
Kebetulan pulak duit memang dah bersepah dalam handbag, memang tak perasan wallet tertinggal.

Adakah ini semua faktor usia??
Nak kena makan kismis banyak banyak ni...

17 July 2013

Ngeteh..

 
Lepas terawih, ini lah aktiviti saya pergi ngeteh kat mapley... hasrat di hati nak makan maggie goreng tapi memikirkan nasi lebihan berbuka tadi aada lagi kat rumah untuk sahur esoknya... kita lupakan je lah hasrat tue, kita order capati jer lah.... ini sebab terawih kat masjid besi, itu yang sempat menyinggah tue, kalau terawih kat surau dekat dekat rumah, terus balik rumah, tak kose nak menyinggah ngeteh bagai... 

 
ni singgah ngeteh kat mamak kembar kat presint 9 tue, housemate lah yang bawak, sebab dia yang teringin nak makan mi goreng mamak... hehe
dan terima kasih jugak kepada housemate saya itu sebab belanja kami makan..

Semoga murah rezeki awak yer.. Amiin...

Ramadhan Bersama Suami

Indahnya perkahwinan, memang betul kata orang, selama ini mieza tak pernah terfikir pon betapa indahnya berpuasa bersama suami...

Mieza sempat masakkan untuk suami ketika bersahur 2kali dan buka puasa sekali, walaupun tidak hari hari seperti orang lain, tapi hati ini rasa tenang sangat masakkan makanan kasih sayang untuk suami. Hati ini rasa bersyukur sangat, sebab masih diberi peluang bersahur dan berbuka bersama suami walaupun dihujung minggu..Alhamdulillah..

Kalau korang perasan, mieza tak pernah lagi publish gambar makanan samada berbuka mahupun bersahur... tak tahu lah kenapa tangan ni tak rajin menekan butang camera... tapi mieza akan cuba publish juga satu hari nanti kalau rajin tangan nie nak menekan button camera.. =P

Pengalaman berpuasa di bulan Ramadhan bersama suami , hati semakin tenang sujud ke arah Nya.. Dan saya berharapsentiasa ingat kan diri saya sendiri, bahawasanya Ramadhan datang setahun sekali, dan kali ini lah kita kumpul seberapa banyak pahala di bulan yang penuh mulia ini seolah olah tiada lagi Ramadhan untuk kita kelak... itu yang sentiasa berada difikiran saya...

Perubahan berpuasa bersama suami, secara dasarnya mieza memang lah seorang yang tido mati... wakaka bom meletup pon belum tentu dengar agaknya... tapi perubahan yang dapat mieza rasakan ialah mieza senang bangun pagi untuk menyiapkan sahur untuk suami walaupun mieza tidur agak lambat pada malamnya.. semangat nak sediakan suami sahur, biarpon makan nasi goreng pagi pagi... hehehe

Kami suami isteri ke Masjid untuk menunaikan solat terawih, azam tahun ini taknak tinggal kan solat terawih, tapi ahad hari tue dah tinggal satu hari... nanges!

Tak sabar rasanya nak duduk dekat dengan suami, supaya boleh duduk bersama suami dan sediakan makanan untuk suami dengan hati yang gembira...

Semoga tuhan makbulkan doa hambanya di Bulan yang penuh barakah ini... Amin...

p/s : entry sekadar luahan hati seorang isteri yang duduk jauh dengan suaminya..

05 July 2013

Jalan Jalan Photoshoot Suka Suka

Nama entry jalan jalan photoshoot suka suka.. hahaha boleh?
Tujuan photoshoot? waahh~ siap ada tujuan.. kahkah...
Tujuan nya nak penuhkan photobook lagi 5muka surat yang dah lama tertinggal sebab ketiadaan gambar.. hehehe lepas tue expired voucher photobook tu pulak 7hb Julai ni... lelaju lah kitorang duk tangkap gambar sana sini...

 tapi awas, entri ini penuh dengan gambar dan di taip dengan selaju yang mungkin =P 

niat sebenar nak photoshoot kat A'Famosa sana, dah sibuk berjalan beli barang sana barang sini, dah nak malam... tak sempat lah nak berphotoshoot kat luar.. 

Mieza : Kita tangkap gambar kat dalam bangunan lah, kat food paradise.
Farrid : Jom lah..


Senang deal dengan photographer saya nie, semua jom jer... hehehe
Korang layan gambar je lah...  dasar pemalas nak letak caption..mencik!
 
food paradise nie macam food court lah, dia buat style macam kat Jonker Walk sana tapi dalam bangunan, stail lah... Mieza suka..

 


siap ada corner untuk photoshoot lagi...

 
lukisan 3D kat wall...

 

Lokasi : Dataran Pahlawan, Melaka...tingkat berapa tak ingat =P

Toiletries Bag

Semangat betul hubby saya, beli toiletries bag kat groupon, then bila dah sampai, semangat betul ajak pergi Mydin, beli barang barang yang nak diletakkan dalam bag tersebut..

Beli yang barang homei homei jer letak dalam tue, geram mieza tengok, contohnya mcm minyak rambut, pencuci muka, semua stail yang paling kecik dia letak dalam tue tau...

ini lah rupa toiletries nya, comel kan. siap ada patisyen lagi..

 
ini pulak mieza punya toiletries bag, lagi besar daripada hubby punya sebab mieza punya memang barang memang letak dalam bag tue, ye lah orang berpindah randah memang macam nie, dengan adanya bag ni, tak perlulah mieza nak kemas kemas lagi setiap hari jumaat, just tutup zip, then terus bawak.. hahaha senang....


mieza punya bag tak ada partition, tapi ok lah just nice jer letak barang barang dalam tue...

03 July 2013

Makan Makan di Seoul Garden, Mahkota Parade, Melaka

Macam biasalah kitorang bila hujung bulan, makan besar...
Destinasi pilihan kami kali ni ialah Seoul Garden, dapdap

plan nak makan bulgogi brothers tapi atas sebab sebab tertentu, so lain kali kita pergi tau bie =)
sebelum ni kalau mieza makan seoul garden, main makan jer apa yang ada kat situ, minta sup pun minta sup tomyam, tapi sejak dah terjebak tengok cerita korea sekarang ni, dah pandai minta sup kimchi,, haha
lepas tu baru perasan bulgogi chicken pastu ada kimchi.. hahaha semua baru perasan, kalau tak selama ni main makan jer... hehehe

sup kimchi tue sedap, tapi kalau amik yang super pedas mungkin lagi aumm, actually mieza ok jer sup kimchi tapi sebab hubby suka makan pedas, so dia lagi prefer kimchi yang super pedas

antara makanan yang kitorang amik, bulgogi chicken yang dah berulang kali amik, mula mula mieza amik, pastu hubby pastu mieza balik... hahahha memang sedap... tak dapat makan kat bulgogi brothers, makan bulgogi chicken pon boleh, rasa pon lebih kurang...

makanan frozen untuk letak dalam sup kimchi, salad, epal salad, dimsum, pau, mieza siap makan nasi.. hehehe

mieza tak ingat total lost berapa sebab hubby yang belanja.. hehehe
bulan depan nak makan apa pulak yer... =P

02 July 2013

10 months

10 bulan dah kami menjalani kehidupan sebagai suami isteri, semakin hari semakin bulan semakin tahun semakin semakin sayang dan cinta saya pada suami saya dan pernikahan saya..

semoga semakin bahagia dan semakin erat hubungan kami suami isteri, bukan sekadar suami isteri tetapi sebagai bestfriend yang selalu menadah telinga mendengar rintihan dan keluhan masing-masing, housemate yang saling tolong menolong dalam rumah tangga, soulmate yang saling berkongsi segalanya...

saya sayang awak Ahmad Farrid, sampai syurga....