31 October 2012

2bulan..

Dapat wasap daripada farrid..
So sweet of you syg...

Hari ni genap 2 bulan kami bernikah..
31/08/2012 - 31/10/2012

Published with Blogger-droid v2.0.9

Vivo

vivo? apa tuh? jakun betul kak mieja... tak pernah dengar tau.. tapi apa kata kita try, nak tak? dengan bangga nya kami suami isteri yang suka makan ni melangkah masuk.. kawan hubby kata vivo ni sedap, meh lar kita pergi try makan kat situ.. Mieza makan vivo dekat jusco AEON kat peringgit, Melaka

pergi Jusco semata mata nak try makan Vivo, dah makan balik lah.. sikit pon tak cuci mata..nyampas!

saya sayang suami saya.. tetibe

mieza order spegeti seafood
 
sedap jugak spegeti ni..cheezy sangat... dan rasa seafood memang lah terserlah..

farrid order  ini lupa namanya..
ayam dia terlampau garing..dan berminyak... kalau kurang kan minyak, mungkin lagi sedap... tapi sos bbq dia sedap *mieza komen presis masterchef lah pulak.. hehe

our beverage
 
Mieza macam biasa air suam dan farrid jugak macam biasa jus epal.. suka betul dia minum air epal..

appetizer
appetizer lah sangaattt.. kuat betul budak dua orang ni makan.. semakin banyak makan, semakin comel budak itu.. hipotesis.. hehe

 
total lost di vivo RM61.70

Cuti yang berkualiti

Cuti kelmarin, memang Mieza gunakan dengan sebaik mungkin.. berkualiti sungguh.
Sebelum perjalanan, buat ceklist, sebab banyak sangat benda nak kena setel, sebab tu amik cuti isnin kelmarin..

Misi pertama :
Hantar toto kat dobi - done!

Misi kedua :
Duplicate kunci rumah - done!
sebab banyak kes yang melibatkan kunci sepanjang raya haji tahun nie.. kisah kunci akan diceritakan kemudian..

Misi ketiga :
Tukar tayar kereta - done!
Hubby nak belanja tukar tayar + tukar sportrim, tapi Mieza tak nak..untunglah kamu wahai suami dapat isteri begini... tapi.... daripada bie belanja sport rim, baik bie belanja tinted kete..hehehe


Misi keempat :
Melabur duit di ASB - done! 
Lama kat sini, sebab borak borak dengan pegawai bank pasal baki loan Mieza..(borak borak kata kau! haha)

 

Misi kelima : 
hantar baju kat tailor, sampai dua tailor mieza pergi... tailor pertama pergi, dia dah tak amik upah, sebab nak pakai cepat sangat.. kisahnya Mieza nak hantar dua baju, so, tailor pertama hantar baju yang tak urgent, then cari tailor kedua untuk baju yang urgent tu.. nak cari tailor pon berejam disitu... tapi akhirnya done!

Misi keenam :
Ke tesco cheng, makcik farrid kirim perfume.. - done! rupa rupanya kat mydin mitc pon ada.. tak payah pergi jauh jauh.. lepas lepas ni pergi mydin jer =) - done!

Balik rumah buat kek untuk suami tersayang, iron baju suami tersayang.. 
empat hari bersama suami tersayang.. rindu dah sekarang..

30 October 2012

pavlova


Pavlova percubaan pertama... Even mieza bukan lah penggemar pavlova sbb ia diperbuat drpd telur.. Huhu tapi mieza saje nak cuba buat untuk santapan suami tersayang...
Published with Blogger-droid v2.0.9

Juadah Di Pagi Raya Aidiladha

terlupa nak snap gambar ketupat, tu kan menu utama raya kan.. kitorang still lagi menganyam ketupat tau.
family kami macam biasa, pagi pagi raya baru lah hegeh hegeh nak masak kan..lagipon kitorang satu family raya di rumah, tak ada lah masak banyak pon.. cukup lah kami sekeluarga dapat makan dan menikmati pagi raya.. mieza pon pernah jugak tak balik raya haji, dua kali! sebab belajar kat terengganu, jauh nak balik Melaka.

Tahun ni, family  kitorang dah bertambah lagi sorang, dah jadi 8orang =)
dan tahun ni kitorang ubah selera, tak nak rendang.. buat daging dendeng jer..

 daging dendeng

 ayam goreng rempah, request by Mr. Hubby

 Ayam masak kicap, ini memang feberet Mieza setiap kali raya, sebab macam best makan ayam kicap dengan ketupat.. heaven!

 Sambal udang pon request by me, udang memang feberet.. masak apa pon ok.. hehe

 kuah lodeh, menu utama masa raya.. mesti buat..

 menu menu tambahan

 lepas makan makan semua, kitorang siap siap pergi Muar, rumah maklong, makan makanan yang ada kat rumah maklong pulak... Oh Raya ada musim makan... Mieza akan makan makan dan makan.. Bila dah lepak lepak rumah Maklong, Mieza dan Farrid ke Tangkak, rumah atok Farrid dan kami beraya di Tangkak.. festime! festime! perasaan adalah nebes, biarpon sebelum pernah jer datang Tangkak..

Sekian daripada kami yang berbaju biru.. dan berharap kami akan sentiasa dalam mood romantika de amor..Mieza raya hari tu recycle baju tunang jer,... Farrid pakai baju tunang jugak.. tapi masa tunang dia pakai tshirt, sebab Mieza tak kasi pakai baju melayu macam over =P

27 October 2012

happy birthday ayah mertua


Selamat hari lahir ayah mertua...
Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki tau ayah!
Published with Blogger-droid v2.0.9

26 October 2012

salam aidiladha

Salam aidiladha..
Saya sekeluarga ingin mengucapkan salam aidiladha kepada semua reader azymemyza..
Dan selamat bercuti...

Published with Blogger-droid v2.0.9

24 October 2012

Wedding June & Wafi 21 10 2012

Ahad lepas, sorang lagi coursemate mieza dah pon ke jinjang pelamin selepas majlis Mieza.. lepas ni turn nadia pulak.. jun ni diam jer, tahu tahu nak tunang, tup tup kawen dah.. Alhamdulillah..

 
wafi & jun

masa sampai sampai, dah nampak dah guestbook corner, tapi dalam hati cakap jap jap lagi lah tulis, bila nak balik nanti..

ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari.. kitorang tersangkut kat Majlis June sebab hujan selebat lebatnya.. tak sempat nak sign guestbook..

ini lah yang terjadi diMajlis Jun.. kenangan & dugaan semua tu.. hujan selebat lebat nya.. 

siap air bertakung sampai ke buku lali.. hehe pengantin pergi makan pon pakai selipar jepun.. comel.. hehe

layan gambar je ok? Mieza membebel pon, korang tetap nak skrol ke bawah tengok gambar kan? Mencik!!

sementara tunggu yang lain datang

 
haa~ sampai pon..classmate yang tak cukup korum.. kema mana kema? 

 
kena ada jugak ni. fink fink..

 
ada paparazi... cekelik cekelik...

 
akhir sekali tahniah kepada June dan Wafi, semoga tabah menempuh alam baru & welcome to the club dear!!


23 October 2012

Dinner with him

puan wifey yang cantik

encik hubby yang hensem

bukan selalu dapat dinner atau keluar bersama dengan hubby, weekend je lah masa kami bersama.. dan kami akan gunakan masa tersebut dengan seromantik mungkin,,, even ada gaduh sikit sikit.

jumaat lepas,

turn hubby datang sini, dan kami tidur di Selayang, daripada Putrajaya, malas nak merempuh jammed.. kitorang pergi makan dulu... kat Alamanda, dah tak tahu nak makan apa sebab asik ke sana jer kalau nak lewatkan masa...

kita try makan kat Manhatten Fish Market since hubby tak pernah lagi makan kat situ...

 
makan fries dulu before makan main cost.. 

mieza bersama air citrus mint... sedap masam masam masam dan masam tapi sedap.. haa over ko mieja...

makanan dan minuman yang kami order

 
gummy bear & citrus mint
 
citrus mint masam masam masam masam sangaaattt
 
 
sharing plate, tak ingat ambil yang mana satu
 
fries & cheese

total lost : RM80++
pengsan!

habit suami

Dah terikut ikut habit hubby, lepas makan nasi mesti nak cari biskut..
Dalam laci ofis saya mesti ada bekalan biskut tau..
Sehati sejiwa.. Tetibe**

Published with Blogger-droid v2.0.9

22 October 2012

tiada kek

Tiada kek untuk minggu ni..
Tak sempat nak buat..

Mieza : kek marble tu ada lg?
Hubby : ada..

nasib baik ada lagi, ada lah untuk bekalan si dia minggu ni..
Walaupun kami berjauhan, mieza kalau boleh nak hari hari dia dpt makan makanan yang mieza buat.. Even kek, hope dia mkn.. Mieza tak romantik + manja but mieza akan cuba yang terbaik untuk tambat hati suami..
Doakan yang terbaik untuk kami.. ;-)
Published with Blogger-droid v2.0.9

16 October 2012

KFC Zinger Double Down & Celup Celup

Makan Malam - KFC Zinger Double Down

 Memang terbaik!! Thumbs up sangat sangat... Mieza makan ni jer da kenyang tau sebab cheese dan mayo dia buat kita rasa kenyang.. Mieza bukan lah peminat tegar zinger burger, selalu pergi KFC terjah snack plate jer, tapi tak tahu kenapa hati meronta ronta nak cuba ZINGER DOUBLE DOWN.

 
Mieza tengok gambar ni pon dah kecur air liur tau, rasa nak makan lagi... sedap sangat.. kenapa Mieza kata sedap? sebab daging ayam yang lembut plus pedas pedas sket combination pulak dengan cheese dan mayo.. dah macam makan cheeze wedges. pastu letak pulak sos thai, pehhh,,,

 
wifey

hubby
 
Kami berbaju mickey bersama, tapi terkilan tak dapat tangkap gambar bersama, MENCIK!! lain kali kita tangkap gambar sesama tau.  

Sebelah malam nya, dengan niat nak jalan jalan kat pantai Klebang, memang tak terfikir pon nak makan celup celup ni, sebab masa ni dah pukul 12tengah malam, so memang kitorang mati mati ingat kedai ni dah tutup, bila lalu jer, bukak, apa lagi berhenti lah si suami isteri ni.. hehe

 
Celup Celup
 beli 8 batang jer, sebab dah makan kfc tadi, kalau tak lagi banyak amik nie.

 
siap ada meja makan lagi, kalau dulu dulu, bungkus jer then makan kat tepi pantai sambil minum coconut shake.. sebab ni malam kan, kitorang just order teh o panas dengan air suam jer.

 
sekian sahaja episod makan makan daripada kami suami isteri yang tak berhenti berhenti makan.. hehehee
 

 

15 October 2012

kek marble chocolate cheese


Kek untuk sang suami encik ahmad farrid sepanjang minggu ini ialah kek marble chocolate cheese..
Feedback yang positif drpd beliau..
Sepanjang minggu ni bie habis kan kek ni tau.. Minggu dpn syg buat kek lain B-)
Published with Blogger-droid v2.0.9

Shopping tak shopping sangat-lah!


Terima kasih mudah.my sebab bagi Mieza peluang untuk shopping, macam tau tau jer Mieza dah lama tak shopping, yuhuu~ dalam kepala otak ni dah bergeliga nak beli baju baru, kasut baru.

 
tapi bila masuk dalam, dah tak pandang dah baju baru ke kasut baru ke, terus ke arah towel, terjah towel akemi, kalau beli kat akemi outlet sendiri dalam rm60++, kat jusco ada sale 50% dapat lah RM30++ ok lah kan? lagi pon tuala akemi  ni tebal tau, serap air.. 

lepas tu jalan sikit, nampak cadar beli satu cadar, husband pulak request nak hanger, mieza selaku wife yang baik nak belanja, boleh bie, amik lah....

ini lah hasil shopping kami di Jusco weekend lepas, tapi ini baru shopping guna voucher, tak habis pon voucher tu, Mieza pakai separuh jer tapi shopping yang tak guna voucher ada jugak tapi di support oleh encik husband, lalalala 

tapi mieza tak beli baju or kasut baru pon, husband yang beli 2helai baju keje, sehelai seluar slack dan pakaian dalam kami suami isteri

total lost di Jusco sahaja RM250++ tak termasuk makan di kfc, pasal makan kfc jap jap lagi mieza story..
sebelah malam nya pulak kami ke jonker walk. dah lama sangat tak ukur jalan kat jonker walk.

hasil penangkapan di jonker walk
air botol 3 = rm10
earphone 3 = rm10
cover handphone = rm10
so, total lost di jonker  walk ialah rm30