13 June 2012

Kurang daripada 100 hari

Mulai hari ini, kurang daripada 100 hari, mieza akan bergelar isteri.. dup dap dup dap...

Update terkini,

Hantaran hunting done! tinggal makanan je lah, raya nanti baru beli, kalau lah makanan tu boleh tahan lama, sekarang mieza dah beli dah, nak setel cepat semua, hehe dan hujung bulan ni dah boleh hantar kat kak jamilah untuk gubah hantaran tu.

Kad Kahwin, dah siap printing, tinggal nak distribute jer, start bulan 7 nanti baru minta alamat kat kawan kawan.

Bunga telur dah beli kat Ayer Hitam hari tu, bunga pahar pon dah nak siap and dah letak kat pohon pahar pon, tinggal nak letak telur jer nanti.

DIY Project, goodie bag dgn bunga korsaj dah siap, bunga korsaj tinggal letak duit, gift letak telur masih dalam proses.

Baju family dah beli kat nagoya, baju pengapit pon dah siap beli jugak.

Guest book corner, barang untuk deco dah beli sikit sikit.. tinggal cuci gambar pre wedding untuk letak dalam frame.

MUA, hujung bulan ni jumpa diorang untuk discuss tentang flow, pelamin dll

yang masih belum setel sekarang ni, tudung nikah, kasut kahwin, bunting, banner dan kek kahwin. dannn benda yang kecik kecik....

semoga segala yang dirancang akan berjalan lancar dan direstui oleh Nya.. amiinnn...

1 comment:

  1. Harap semuanya berjalan lancar. Seronoknya dah nak kawen :D

    ReplyDelete