31 January 2012

album tunang dah siap!!


album tunang dah siap..

esok aku kasik publish ea..hee

tak sabar :-p

Published with Blogger-droid v2.0.4

27 January 2012

pavlova sedap...

Pavlova sedap..

Nk mkn lagi..

Ahmad farrid....(ckp smbil pintal-pintal rambut) jom kita g mkn nk?


Published with Blogger-droid v2.0.4

Breakfast for today

Hari nie breakfast nasi lemak.. Sedapnya..


Published with Blogger-droid v2.0.4

26 January 2012

366.5 km


perjalanan daripada


Jasin : rumah Farrid
Duyong : Ambil mieza kat rumah
Rembau : Attend wedding Ika Rajimin
Taman Melawati : Attend wedding Farawahida
Klang : Attend Solemnization Fana
Bangi : Hantar Hantaran kat rumah Nadia
Selayang : Selamat sampai rumah family Farrid


Dah sampai, terus pengsan....hahaha

testing testing

Testing update blog guna android,hehe

Maaf,jakun sekejap :-P


Published with Blogger-droid v2.0.4

Majlis Pertunangan Nadia & Hafiz

Lagi sorang kawan aku dah tunang!!! yeay!! 
tunang tetap tunang tapi kita tetap boleh berjimba-jimba kan...hee~~
ini lah sebab nya aku tak dapat pergi wedding Fana, sebab aku nak concentrate kat tunang Cik Nadia kita nie....cehhh~~

5 sekawan bertema kan pink purple

Senarai Hantaran

Rocher bertema sponsored by Maisarah

cupcake buat sendiri oleh Nadia

kemeja

 
buah buahan sponsored by Yuyu & Maisarah

kek sponsored by her cousin

cookies sponsored by me.. ngeh ngeh tapi kena telengkan kepala =P

sirih junjung pon kena telengkan kepala anda sikit...sikit jer, takmo banyak k...

Dan tunang kawan aku sorang nie...
Tahniah ye Nadia.. u look so gojes lar....
boleh lar sama-sama kita buat persediaan kawen pulak...hehe



25 January 2012

Wedding 21 January 2012

 
3 wedding satu hari..fuh!
bukan dekat-dekat...semua jauh-jauh...
kesian incik tunang saya drive jauh-jauh...tapi saya tetap sayang awak =)

wedding pertama di Rembau, wedding ika dan CK Amirul...
kitorang pergi awal, dalam pukul 12 gitu dah sampai, tak sempat pon nak jumpa pengantin, tapi kami bagi hadiah sebagai bukti kami datang.. hehe bukan setakat pengantin, kawan-kawan pon tak sempat nak jumpa sebab kami datang terlalu awal.. sorry dayah... ika ni kawan MRSM Muar..

 
wedding kedua di Taman Melawati, wedding Fara dan Fizi..lepas jer dari rembau, kami terus zasss ke Taman Melawati, nasib baik jalan ke KL clean & clear, cuma dari KL nak ke Tmn Melawati, kat Ampang tue jer, jammed sikit....

 
fara ni kawan kat MRSM Kuala Klawang..

 
kawan-kawan lama
oh cik rinastories pon ada =)

 
wedding ketiga di Klang, wedding Fana & Rafie. dapatlah tengok rafie shake hand dengan tok kadi =P

 
Fana ni kawan ofis aku sekarang, disebabkan tak dapat datang kenduri 22 Januari 2012, aku pon datang lah 21 Januari 2012.. lagi pon ramai budak ofis datang masa nikah, so tak ada lah segan sangat kan... rasanya majority budak perempuan datang hari sabtu tu kecuali bazrina, juzila dengan khairina jer yang tak datang.

dalam bilik pengantin sebelum bergelar 'puan' hihihi

ini sahaja wedding maraton kami sebanyak 3 wedding dalam masa yang sama, dah lar sume jauh-jauh, kalau dekat aci jugak, tapi takpe demi kawan-kawanku... ramai betul yang nikah and tunang sempena raya cina ni kan, mentang-mentang cuti lama... aku tengok facebook jer, ramai jugak kawan aku yang dah tunang, congrats andak & ana, 2 2 ni budak MRSM Muar, sama dengan ika rajimin jugak =)



12 January 2012

FaRRiD MieZa Part 9


gambar pertama yang dia mms, aku tak sempat nak simpan sebab aku dah save dalam laptop, laptop aku rosak pulak masa tu, so apa benda yang ada dalam tu semua burn...tapi ada jgk aku simpan gambar nie, sebab aku buat gambar ni publish masa dia call aku...so, ada lah yang masih tertinggal dalam henfon slide aku.

lain tak dengan sekarang?

selepas berjumpa kali pertama, kami adalah jumpa sekadar borak-borak, sembang-sembang *eh, borak dengan sembang tak sama ke =P dan kami terus berkawan...macam-macam cerita keluar dari mulut masing-masing, macam dah kenal bertahun-tahun, aku memang selesa sangat nak cerita kisah sedih aku tak dapat jawab exam lah, itu lah ini lah... dia pon sabar jer dengan celoteh aku yang tak pernah diam nie..

Kami keluar bersama tengok wayang, makan kfc dengan memakai tshirt berwarna maroon, dia pakai maroon, aku pon pakai maroon.. kami menghabiskan masa dengan I'm not single di panggung wayang, itulah kali pertama aku tengok wayang dengan Farrid, tiba-tiba aku terlupa yang aku keluar bersama farrid dan dengan selamba, aku bersila di kerusi wayang tue, buat macam kat rumah pulak...

"eh, minah ni siap bersila" kata hati kecil Farrid ~~ ini kisah benar, farrid cerita balik kat aku...har har har


mieza : awak, saya nak singgah kedai tu jap ea? nak beli barang.
farrid : nak beli apa?
mieza : nak beli keychain yang gantung kat henfon tue..

bila time nak bayar jer, berebut-rebut kitorang nak bayar, dia siap pegang tangan aku sebab tak benarkan aku bayar keychain tue, hei, nak ambil kesempatan lah tu, pegang-pegang tangan orang..tapi aku rasa semacam, tak tahu lah semacam yang macam mana...kehangatan tangan tu, susah nak digambarkan..


farrid : awak, esok malam kita jumpa nak? 
mieza : kat mana?
farrid : kedai satay, saya ada benda nak cakap dengan awak nie.
mieza : ok

sms dihentikan begitu sahaja, dan aku terfikir-fikir, apa yang dia nak cakap nie sampai kena jumpa face to face, dalam hati tiba-tiba terdetik, dia suka kat aku ke? nak minta couple ke?perasan pulak aku ni, sambil tersenyum sendiri....eh, perasaan je kot, takkan suka kat aku yang jauh lebih muda daripada dia..

bersambung..........

p/s : kepada sesiapa yang tertinggal episod, boleh lar ke blog kisah cinta kami

2012

dah 12 hari masuk tahun 2012 dan dah masuk minggu kedua, tapi aku duk lah baru nak mengupdate...hihi

010112 tarikh azimat....
aku dah beli handphone baru...alahai, tak ada lah yang ribu riban tue, setakat SAMSUNG W.. boleh lar setakat nak rasa handphone touch touch screen nie =P 

gambar hasil ihsan mr.google

4 tahun aku bertahan dengan handphone slide yang lama nie, keadaan dia elok lagi, cuma nak tukar angin lah =) eh, baru aku perasan, sepanjang tahun 2008, banyak benda baru yang aku ada dan bertahan sampai sekarang, henfon, kereta, laptop, boifren *ups =P 

tapi henfon dah bertukar yang baru..