09 June 2011

Team Building di Lumut (Part 5)

Ok, kita sambung kisah journey setelah bermalam di Pulau Syawal….

Perjalanan kami bermula jam 745 pagi, kalau ikutkan aku partner dengan Zaiful kan…tapi disebabkan ada perempuan yang partner dengan perempuan (korang paham-paham je lah kalau tenaga perempuan) lemah tidak berdaya mendayung =P *ayat novel kitorang terpaksa berpisah =( dan aku dipasangkan dengan hanim…mula-mula aku ingat boleh lar kitorang berganding bersama sebab dua-dua agak besar tinggi jugak mesti bertenaga tapi tak pon……. kitorang kayak last sekali tau, baru aku paham perasaan perempuan yang partner dengan perempuan jugak, tak ada tenaga sangat….memang perlukan tenaga lelaki jugak =P

Belum separuh perjalanan pon lagi, kami mintaq tukar pasangan, memang dah tak larat sangat-sangat……

Selepas buat rufting….

Rufting lebih kurang macam gambar di atas,

rapat-rapatkan kayak, then lalu atas kayak tu untuk tukar partner….takut betul nak jalan atas kayak tue, takut terjatuh dalam laut =P

then, aku partner dengan ijat…seronok partner dengan ijat nie, asik ajak aku berborak jer,,,,hahaha tak ada lah rasa penat kan, kita tak ingat pon yang kita nie tengah mengayuh tengah laut….air laut pon masa nie tenang….so, kayak tak beralun…

cuaca masa nie tak de lah panas sangat….suam-suam gitu tapi aku tetap pakai sun blok seputih-putih nya, hahahaha takut hitam =P

ok, dalam pukul 1230pm, kitorang sampai pantai apa ntah nama dia untuk berhenti makan…bekalan makanan yang kitorang bawak ialah roti sardine, roti kosong, roti dan roti…..kitorang makan roti jer =) lepas makan, ada yang mandi laut, duduk rehat, pergi ‘uk uk’ kat resort depan tue tapi aku baring kejap lah atas pasir tue. Sempat lah mandi laut kejap.. =)

selepas 1 jam berehat, journey kami bermula semula…

lebih kurang separuh lagi perjalanan sebelum sampai ke lokasi team building kami…

kami mendayung seperti biasa,

sampai ke kawasan dimana kapal-kapal besar lalu lalang, ombak yang beralun-alun yang menyebabkan kayak kami ke belakang semula kalau kami berhenti mendayung,,,masa nie aku dengan ijat dah tak boleh nak berborak dah,,,hei! Bercakap guna tenaga taw! Penat!

Rufting pon dikurangkan jugak sebab ombak yang sangat beralun..

Ok, semakin nampak lokasi team building, semakin laju kayuh, ye lah nak cepat sampai…kawan-kawan lain ada yang dah sampai…

Tapi kayuh-kayuh jer kayak ke kanan…tension betul! Masa nie aku dah give up dah wei…rasa nak terjun kayak jer takpon buat-buat pengsan…mental betul berkayak keliling pulau pangkor nie taw…rasa nak marah-marah jer….hahaha

Akhir nya, kitorang sampai lokasi dan berjaya menyentuh tanah pada jam 445 ptg….Alhamdulillah, perasaan masa nie, tuhan je yang tahu…dengan lapar nasi nya, penat nya…hitam lagi….tapi Alhamdulillah kitorang sampai jugak tanpa ada satu kayak pon yang terbalik =)

Tak sabar nak BBQ malam nie dan balik cyberjaya esok pagi……

Bersambung…….



1 comment: