30 March 2011

Jatuh Cinta

jumaat malam sabtu yang lepas, hati meronta-meronta sangat nak jumpa dengan si dia...mungkin sebab dah biasa, setiap jumaat malam sabtu, kami akan keluar, tak kisah ke mana either jalan-jalan or karaoke, tapi sejak dua menjak nie, si dia sangat-sangat-sangat busy, tak sempat nak berborak panjang macam dulu, mana tidak nya kalau dulu kalau si dia dalam perjalanan pulang dari pejabat ke rumah, pasti si dia akan telefon untuk berborak panjang jika kami tidak berjumpa...itu sajalah masa untuk kami berbual.....tapi sejak si dia busy, bab berbual panjang dah tak ada apalagi nak jumpa.... =( bila malam si dia call, masa on the way si dia nak balik ke rumah, aku pulak dah tidur...memang sekarang aku dah tidur awal, kul11 mata dah tak boleh nak bukak dah taw, dalam pukul 1 pg, si dia telefon, aku menjawab dengan sekadar hmm hmmm mamai kot...hahaha tahu-tahu jer tak tahu mana ending nya....keesokan nya bila tanya, aku tertidur rupanya... =P teruk kan?

sabtu weekend yang lepas, konon nak buat surprise, tiba-tiba dah ada kat depan rumah kan tapi sayang sekali, aku keluar pulak masa tue, terpaksa lah si dia tunggu aku di carwash =) rupa-rupanya si dia nak ajak ke karaoke, korang nak tahu berapa jam? 2 jam ok! tak pernah-pernah aku karok berdua dengan dia amik 2 jam...ini perli ke apa? hahahaha tapi bila sampai sana aku dilayan seperti bidadari *wah, ayat nak bidadari =P ye lah, dia tuangkan aku air, panggil kan technician masa aircond tak bukak, macam-macam lagi lah....<--- nak pujuk aku lar tue =P

aku seolah-olah sudah jatuh cinta kali ke berapa ntah bila tengok tingkah laku si dia sebegitu =) yelah, si dia bukan lah lelaki yang romantika di amor, cerita kisah zaman mula-mula kenal dulu pon dia dah segan =P

hati berbunga-bunga bila mengingat kan dia =) rindu taw! macam mana lah kalau aku dapat keje jauh-jauh nanti =(




MajLis PerKaHWiNan SyafiQah & SyahFian



Majlis perkahwinan SyafiQah & SyahFian....lama dah wedding nie, tarikh yang masih mekar di fikiran ku yakni 6 March 2011...walaupon cerita dah basi tapi tetap perlu update...kenangan nie..mana tak nya, bestfriend nie...masa sekolah rendah dulu, memang kami berlima jer ke sana sini....

berlima yang aku maksud kan....


zeela, dayang, syapik, aku dan kakngah....

kitorang memang baik masa sekolah dulu, siap ada nama group lagi...hahaha ye lah, aku taw korang pon ada nama group kan masa sekolah dulu if korang memang dah macam belangkas ke sana sini...baik cakap yer! ok ok nama group kitorang dulu ialah 4N1D hah! jangan gelak! nak gelak lepas baca entry nie takpe..aku tak marah...aku kan cool...

4N1D = 4 orang yang nama nya bermula dengan huruf N dan seorang yang bermula dengan huruf D =) kreatif tak? kreatif tak?

dah kahwin kawan aku sorang nie....tinggal lah kami berempat yang masih menunggu masa.....ceeeehhhh....


dah rope iklan ubat gigi roman nya....haha

semua gambar di kredit kan kepada......cer teka..... ehem...betul!! siapa lagi kalau bukan incik abang saya...si Ahmad Farrid tue =)


ambil berkat...ehem ehem...doakan kebahagiaan kami.... =)

buat pengantin...Semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat dan persahabatan kita berkekalan hendak nya....Amiinnnn...




28 March 2011

TaMaN SeRiBu BuNgA



edisi menembak di Taman Seribu Bunga...

aku tahu ramai yang rindu aku kan? =P busy sangat lately...cerita memang banyak..
tinggal nak bukak laptop...alahai...malas sangat-sangat...
nie dah ada aura rajin bukak laptop, sebab mama dah upgrade broadband, so laju lah sikit =) suka dalam hati =)

tak pernah terfikir pon nak datang taman seribu bunga nie..tetapi atas ajakan along untuk menembak ke sana...maka jejaklah kaki kami ke sana...sementara nak tunggu along datang, kami snap-snap dulu...

hasilnya di bawah....korang layan k...





















dah? semua gambar di ambil di dalam taman seribu bunga...masa kitorang datang nie, ada lah beberapa pasang pengantin buat ouydoor photoshoot kat sini...tempat memang tip top...
aku je lah model farrid, siapa lagi =P

bila along datang bersama tunang nya, aku secara tiba-tiba dilantik sebagai pembantu photographer....hehe gambar along tidak dapat ditayang kan atas sebab-sebab tertentu =)