14 December 2010

DaH LaMe TaK MaKan Kat WiNdMiLL

uhu, memang dah lama tak makan windmill, balik tengok wayang, farrid ajak makan kat roti john tapi pada anggapan ku sungguh jauh mahu ke sana dari dataran pahlawan, dan roti jon barakat di cheng sana...

ohh...jauh, jam pon dah pukul 11, awak tue dah lah keje esok <--- ayat merujuk kepada farrid..
aku yang suri rumah nie tak apa...hehe

maka, kami ke windmill je lah...windmill pon dekat je kat melaka raya nun....
aku macam biasa...



chicken chop,,feberet nie...nyum nyum...
pada asal nya nak cuba fish and chip...

tapi bila wetres datang...
"hurm, tak jadilah! saya nak chicken chop"



makanan farrid, aku lupa sudah nama nya...haaa! nasi goreng special..
sedap memang special tapi tang telur tue...peh~ meleleh..like!
aku curik sikit...hehe

air aku order air suam jer..sila percaya...kalau tak percaya aku moh kawan korang...
ye lah, sebab takut tak habis air kalau mintaq air manis.. air manis kau..
lain kali kita pergi makan roti john yer, dah lama jugak tak makan..=)

ok lah, ini sahaja episod makan-makan untuk hari ini..bye~




13 December 2010

ALHAMDULILLAH

10hb12 hari tue..

result UiTM dah keluar!
Tahniah kepada diri sendiri dan kawan-kawan kerana berjaya menamatkan sesi pembelajaran di UiTM Dungun, Terengganu..

Alhamdulillah, bersyukur sangat-sangat, akhir nya aku dapat menghabiskan sarjana muda (sains) pengkomputeran perniagaan dan terima kasih kepada lecturers kerana banyak membantu, mama dan ayah yang tak putus-putus berdoa, kawan-kawan yang banyak memberi semangat sehingga aku ke akhir garisan ini...kepada ahmad farrid kerana tak serik-serik memberi semangat kepada aku..

masa belajar memang masa yang seronok...itu tak perlu di beri tahu, semua orang tahu kan..
terasa kejap je masa berlalu...tak sangka 5 tahun aku bermastautin di sana..
daripada tak pernah pergi terengganu, sampai lah 5 tahun aku duduk sana..

now, its time to search a job...
berusaha emieza!



BaBy QaLeeSyA AmaNee




halloh-halloh comel nye qaleesya tidur...baby semua comel kan..hihi aku memang suka budak-budak, bukan suka apa, tapi suka melayan..dah alang-alang kami ke KuaLa LumPur attend wedding member farrid tue, aku pon ajak lah farrid g tengok baby qaleesya, datang lenggang kangkung rasa macam tak best pulak kan?

aku pon ajak lah farrid beli buah-buah sikit kat kedai dekat-dekat situ, sebab tak plan pon nak pergi tengok qaleesya...



yang duduk kat kerusi tue lah amal, dah lama betul tak jumpa die, jumpa pon masa wedding die tahun lepas, dah ada anak dah kau amal...macam tak percaya...tapi jodoh die sampai awal, kahwin lah dia..hehe rezeki pon awal, dah ada baby girl dah..alhamdulillah..

"qaleesya, bangun lah, aunty datang nie.." itu je ayat amal,,,

aunty? akak lah..haha perasan muda...boleh??



cubaan dukung baby qaleesya 2 minggu, lembik lagi...dah 5tahun lebih tak ada budak kecik kat rumah nie, dah kekok nak dukung budak, ye lah aku kan ada 3 orang adik kecik masa aku dah sekolah, masa tue dah besar, dah pandai bawak diri, jaga adik...ceeehhh~~



nak tunggu anak buah lambat lagi, anak tekak ado lah...anak sendiri lagi lah! kahwin pon belum...macam mano nak dapek ank sendiri...hehe

by the way, amal...congrates! comel baby..

sebelum balik ke Melaka, kami makan di luar bersama keluarga farrid..
on the way balik pulak...jeng jeng jeng..
aku tertido ok..sepatut nya, aku teman farrid drive, celik-celik mata je dah sampai ayer keroh, giler kau!

alamat nye, kereta kami sunyi, yang berbunyi cuma suara dari corong radio..
diam tanda marah, bukan tanda setuju hokkehh..
aku dah agak dah benda nie terjadi, sebab aku memang dah letih sangat masa kat ikea lagi..
dah makan karipap pon tak ada tenaga lagi...haha
lagipon sabtu tue kan baru balik dari terengganu, letih tak hilang lagi =P alasan =P