30 October 2014

Ke Johor Lah Kite #triptosouth

Walaupun negeri johor ni jiran sebelah melaka, tapi setakat pergi Tangkak, Muar tu je lah..
Sekarang, marilah kita ke johor bahru, mama dengan ayah orang muar, so kitorang memang panggil Johor Bahru tu as 'Johor' sahaja without Bharu.. Kalau cakap nak g johor, memang memasing paham nak g johor bharu lah tu. Tapi kalau rasa nak macam org town sikit, cakap nak g JB.. ahhaa~

Pergi Johor ni pun bukan sesaje nak pergi sebenarnya tapi ikut family day ofis. Nak masuk legoland, kalau nak pergi sendiri legoland ni, ntah bila lah nak pergi kan.. dah alang alang free, mari lah kita pergi.. walaupun ramai yang kata, ada budak budak lagi best. walaupun kami tak ada budak budak tapi kami boleh jadi budak... hahaha

Bas ada disediakan tapi kitorang pilih untuk bawa kereta sendiri lah, senang kita nak ke sana sini kan kalau ada kenderaan sendiri,, tapi naik bas pon best jugak.. rasa macam rombongan cik kiah.. hihi Hari jumaat, kitorang gerak awal sama macam bas, dalam pukul 10 pagi macam tu lah.. 

Sampai Johor 17 Oktober 2014, checkin hotel

Malam - Dinner malam kewangan
Cerita dinner, kita cerita entry lain.

Lepas dinner, kitorang jalan kaki sampai ke Bazar Karat, tak jauh mana pun tapi sebelum nak sampai bazar karat tu, kitorang kena tempuh bazar deepavali, kebetulan pulak kitorang family day lagi beberapa hari nak deepavali, jalan memang jem gilos kat area tu.

Bazar karat lebih kurang macam uptown, tapi dah kita kat johor kan.. wajib lah ukur jalan bazar karat.
ok, sambung part lain k. part seharian kat legoland.


No comments:

Post a Comment