12 October 2011

FaRRiD MieZa Part 4


Sebutan episod lepas,

"aku hanya ignore SMS tersebut dan seperti biasa setiap malam, aku akan padam segala SMS dan Call Log dalam handphone, maklumlah dulu kan guna hp 'sabun' tu, capacity nak simpan banyak2 tak boleh. Maka secara rasmi nya, aku dah padam nombor phone dan SMS AwalMuharram tadi.

Keesokan harinya,

Di Pekan Dungun,

"Kaklang, nombor semalam kol kakngah, suara dia macam tak kenal jer, macam bukan orang terengganu"
"Ye ke? biar je lah"

Bersambung.........."

lama-kelamaan tiada nombor misteri lagi yang menggangguku, aku teruskan perjalanan seperti sediakala, walaupon aku sudah tamat latihan praktikal di SDO, aku masih lagi berhubung dengan kakak-kakak di sana, selalu jugak aku kol diorang, nk borak-borak kosong..

"ada orang kacau kau tak?" tanya kak atiey.
"ada" jawabku dengan pantas.

walaupun sekadar menghantar sms 'Awal Muharram' kemudian sms seolah-olah ingin berkenalan, sudah ku anggap "SMS kacau"

"Hari tu, budak tu (budak baju pink) minta num phone kau, akak bagi num fon kau"
"haaa??? ye ke? bagi balik kaaaakkkkk, org dah DELETE"
"akak tak ada num fon dia"
" ye ke?"

kecewa sangat, tak sangka budak baju pink tue sms aku, tapi kenapa aku bersungguh-sungguh nak number phone dia balik, entah lar =P

"kakngah, ada simpan lagi tak nombor telefon yang kacau tue"
"baru je delete"

frust lagi!!!

online di CC, on ym...

muncul popup "x_parit request friend"
dengan laju nya, aku terus "accept"

kebetulan, farid x-schoolmate baru je add friend kat friendster (zaman friendster dolu-dolu)...
tapi tak dapat nak chat sebab dia offline..

lama jugak budak baju pink tak sms aku pon, aku mula berserah...tak pe lah, aku dah mula suka ke kat dia? cakap pon tak pernah.....perempuan.....depan-depan sombong...

Masa lapang aku akan ke CC tapi selalunya pergi waktu malam, sebab masa tu je free, siang ada kelas...
disebabkan ada satu subjek lagi yang aku tak dapat daftar, lepas kelas, terus aku ke CC untuk register subjek, dah kat CC, on lah segala social media yang ada termasuk lah YM.

x_parit : BUZZ
emyza : BUZZ
x_parit : Hai awak.
emyza : Hai, ini farid mana yer?
x_parit : farrid keje dekat Jabatan K******** Negeri,..
emyza : owh, awak ke? ada bagi sms Awal Muharram hari tue kan?
x_parit : a'ah...
emyza : Sorry, saya dah terdelete number awak..
x_parit : ini nombor saya 012-($*###@$%

conversation tersebut tidak di teruskan lagi kerana terpaksa keluar daripada CC.....aku terus menunggu sekiranya lelaki yang dikenali dengan farrid itu menghantar SMS tetapi tak ada....

hampa........

sehingga lah suatu hari, telefon berbunyi.....

bersambung....................

No comments:

Post a Comment