Semalam terdengar hot fm, ada seorang pemanggil bercerita tentang ayah dia sempena hari bapa minggu ini.
Saya pula terdetik nak kongsi kisah ayah saya di blog yang hampir sebulan sunyi sepi tanpa berita ini..
Ramai yang dah chatting bertanyakan bila nak update bila nak update.. tak sabar betul nak tau kan status terkini saya.. haha
Ok.. kita sambung cerita kisah ayah..
Cerita bermula disini, dimana 4 atau 5 tahun lepas, saya tak ingat, tapi masa tu saya belajar lagi , tak ingat degree atau diploma.. semua tak ingat minah ni.. haha tp kisah ayah ni saya ingat sampai bila bila..
Kitorang satu family pergi jalan kat town.. malam masa ni saje jalan memalam tengok lampu kat melaka.. tiba tiba tengah syok berjalan, selipar saya putus... adoi! Dah lar dah pukul 10++ malam dah masa ni.. kereta pon park jauh. Nasib baik ada uptown kat situ, gagah lar saya dengan ayah menapak ke sana.. agaknya ayah tengok saya ni jalan macam susah, muka pon macam nak marah susah nak jalan sebab selipar putus.. haha ayah offer selipar dia kpd saya dan ayah pakai selipar putus saya.. terharu rasanya..
Ayah saya rilex je berjalan di lautan manusia dengan jalan kaki berseret seret sebab nak cari selipar baru untuk saya.. terharu sangat! Ayah tak ada rasa segan pon demi keselesaan seorang anak..nasib baik ada jual selipar, kalau tidak kami terpaksa menapak semula balik ke rumah dengan selipar putus tu..
Selamat hari bapa, ayah!!
Org sayang ayah!
No comments:
Post a Comment