Hari Kedua di Penang -13 April 2014-
Orang duk heboh kalau pergi penang, pergi ke rumah P.Ramlee, kita pon pergi lah, free entry pulak tuu.. Disebabkan kawasan rumah P.Ramlee dijaga rapi dan sangat kemas, mari lah kita berphotoshoot di sekitar laman rumah tersebut.
Permandangan depan rumah.
Pintu rumah
Beranda Rumah.. masa shoot gambar ni kelakar sebab depan kitorang tu betul betul ada cctv, ini kalau ada yang memerhati kat dalam cctv tu mesti gelak terbahak bahak tengok perangai kitorang.. haha
Kebetulan pula time kitorang shoot ni, memang tak ada orang yang datang, itu yang sakan tangkap gambar..
Bila dah ada ramai orang datang, kita move lah shoot kat belakang, ini tangga pintu belakang.
Belakang rumah pon jadik woi.. hahaha
Dalam rumah tak boleh pulak nak tangkap gambar,.
Dalam rumah ni penuh dengan barang peribadi P.Ramlee dan Maklumat peribadi P.Ramlee macam rekod peperiksaan masa belajar, sijil belajar, gambar masa sekolah..
Kat sebelah rumah ni ada macam galeri P.Ramlee jugak, kat dalam tu ada lah gambar gambar P.Ramlee dengan pelakon pelakon yang lain.. baju dan sebagai nya..
Kalau nak menghala ke sini, dia dekat dekat jer dengan stadium, kitorang lepas pergi pasar kat stadium tu, baru lah menjengah ke rumah P.Ramlee.
No comments:
Post a Comment