25 March 2014

Aquaria KLCC

Dah sebulan pergi sini, baru gigih nak update.. =P
Kitorang pergi bulan lepas 22 February 2014 .. kalau ikutkan malas nak buat entry pasal ni sebab gambau semua gegau.. hahaha
Tapi hubby kata kenangan.. so, kita buat lah entry yer bagi merealisasikan impian encik hubby.. hehe

Kalau ikutkan plan, nak pergi berdua, nak main shoot shoot gambar ler, sebab ada lagi satu photobook belum ada gambar.. tiba tiba datang pulak dak kenit si irfan ni, kitorang pon tetibe terfikir nak bawak irfan.. eh bukan kitorang, mieza jer sebenarnya nak bawak irfan jenjalan tengok fish.. hehe

Sampai sana, kita shoot guna henfon je lah.. first time masuk nie, beli guna groupon, dari tahun lepas dah beli tapi sebab dah nak expired bulan mac hari tu, itu yang baru terkedek kedek nak pergi.

Sebelum masuk, kita tangkap gambar dulu..
 
dua dua memang suka tangkap gambar sambil tidur dan tangan peace..

 
bila sampai turn hubby, irfan pelik tengok muka pakngah.. haha

Tapi bila tangkap gambar guna kamera besar, bukan main lagi irfan pandang.. ini memang klaka..
  
muka innocent jer tangkap gambar. comel..

Dalam aquaria, tak dapat nak tangkap gambar sangat, sebab orang kat dalam tu, ramai macam semut..
Sesuai lah bawak budak yang dah school sebab diorang lagi paham pasal ikan ikan ni...
dari ikan sekecil kecil sampai lah ikan yang besar hubby..
 
Round dalam aquaria dalam 2 jam lah kot kalau betul betul tengok sebijik bijik ikan..

 
Masa ni kasi irfan tgk ikan melalui kaca, tp irfan bersungguh tangan dia macam nak amik ikan tu.. hehe

 
Keluar daripada Aquaria, ZZzzZz Irfan terus lena, penat agaknya berlari lari dalam Aquaria..
Kali ni bawak Irfan jenjalan, lain kali kita bawak yuyul dengan yuyien pulak =)

Harga masuk Aquaria untuk yang memiliki MyKad
Dewasa : RM38
Kanak Kanak : RM28
Warga Emas : RM28

Tapi mieza beli guna groupon, seorang RM22 sahaja..
Tak tau lah ada lagi ke tak promotion tu.











No comments:

Post a Comment