25 March 2014

Aquaria KLCC

Dah sebulan pergi sini, baru gigih nak update.. =P
Kitorang pergi bulan lepas 22 February 2014 .. kalau ikutkan malas nak buat entry pasal ni sebab gambau semua gegau.. hahaha
Tapi hubby kata kenangan.. so, kita buat lah entry yer bagi merealisasikan impian encik hubby.. hehe

Kalau ikutkan plan, nak pergi berdua, nak main shoot shoot gambar ler, sebab ada lagi satu photobook belum ada gambar.. tiba tiba datang pulak dak kenit si irfan ni, kitorang pon tetibe terfikir nak bawak irfan.. eh bukan kitorang, mieza jer sebenarnya nak bawak irfan jenjalan tengok fish.. hehe

Sampai sana, kita shoot guna henfon je lah.. first time masuk nie, beli guna groupon, dari tahun lepas dah beli tapi sebab dah nak expired bulan mac hari tu, itu yang baru terkedek kedek nak pergi.

Sebelum masuk, kita tangkap gambar dulu..
 
dua dua memang suka tangkap gambar sambil tidur dan tangan peace..

 
bila sampai turn hubby, irfan pelik tengok muka pakngah.. haha

Tapi bila tangkap gambar guna kamera besar, bukan main lagi irfan pandang.. ini memang klaka..
  
muka innocent jer tangkap gambar. comel..

Dalam aquaria, tak dapat nak tangkap gambar sangat, sebab orang kat dalam tu, ramai macam semut..
Sesuai lah bawak budak yang dah school sebab diorang lagi paham pasal ikan ikan ni...
dari ikan sekecil kecil sampai lah ikan yang besar hubby..
 
Round dalam aquaria dalam 2 jam lah kot kalau betul betul tengok sebijik bijik ikan..

 
Masa ni kasi irfan tgk ikan melalui kaca, tp irfan bersungguh tangan dia macam nak amik ikan tu.. hehe

 
Keluar daripada Aquaria, ZZzzZz Irfan terus lena, penat agaknya berlari lari dalam Aquaria..
Kali ni bawak Irfan jenjalan, lain kali kita bawak yuyul dengan yuyien pulak =)

Harga masuk Aquaria untuk yang memiliki MyKad
Dewasa : RM38
Kanak Kanak : RM28
Warga Emas : RM28

Tapi mieza beli guna groupon, seorang RM22 sahaja..
Tak tau lah ada lagi ke tak promotion tu.











24 March 2014

Kadang Kala

Jadi, jaga lah setiap perbuatan dan tutur bicara..
Ingatan untuk diri sendiri..

18 March 2014

Kisah baking

Bila dah ada orang tegur, baru lah tersentak.. 
aah lar, dah lama tak baking, dulu tak ada kerja, rajin baking.. sebab mieza memang suka makan kek, tu yang rajin baking, nak test macam macam kek.. haha

sekarang?
di manakah kerajinan mu.. hahaha

bagi job kat member jer lah... tapi ko jangan risau nadia, org datang rumah ko, org tlg decorate tau..
sarah, orang tetap rindu nak baking, rindu bau buttercream.. hee =P

04 March 2014

Cendol Seri Serkam, Melaka


cendol?
siapa yang tak suka, semorang suka kan, lagi lagi time musim panas ni, kalau dapat cendol, memang heaven...
Mieza dulu tak suka tau makan cendol, actually bukan tak suka, boleh jer makan kalau tak mengada, cuma mieza tak tau lah apa lah yang best sangat cendol nie.. haha


Dah lama berkawan dengan hubby, baru lah mengerti tentang kesedapan cendol.. haha
Kalau ikut kan lepas gugur hari tue, nak pantang minum ais... kira nak sihat betul kan, kena lah pantang segala macam makanan...
Tapi Sabtu yang lepas, cendol telah menggoda imanku untuk diambil.. tidak!!
habis segala pantang dan habis segala diet...

 
siapa jer yang tak tergugat, dengan cuaca panas nya.. pehhh~

 
close up
 
Kelainan nya cendol seri serkam ni daripada cendol lain ialah ais diblend sekali dengan santan..
itu yang buat sedap kot, kot lah.. 
Masa kahwin dulu, husband siap hire cendol seri serkam untuk majlis kami =)
Bole jer order untuk sebarang majlis..

Tapi yang pelik nya, hubby yang paling suka makan cendol, bila sampai kedai, tak habis dia makan, mieza pulak yang habis semangkuk... nikmatnya~

Cendol Seri Serkam yang kitorang pergi ni kat belakang rumah kitorang jer, kat ayer molek, melaka..