18 February 2014

Kisah Telur Separuh Masak

Incik Farrid kita nie banyak yang tak makan, jadi marilah kita ajar dia makan semua benda walaupun pada hakikatnya, yang tukang ajar nie bukan lah makan semua benda.. hahaha

Ini salah satu makanan yang Farrid tak makan, telur separuh masak..
Ada lah sehari tue, masa breakfast, mieza buat telur separuh masak 2 biji jer untuk mieza sebab tau farrid memang tak makan telur separuh masak, so mieza buatkan jemput jemput untuk dia..

Then, offer lah telur separuh masak kat farrid, then dia rasa macam sedap...
Mieza : Bie nak ke? Syg pergi buat lagi dua biji..
Farrid : *Angguk*

Mieza pon pung pang kat dapur, sampai jer kat meja makan, telur separuh masak mieza dah selamat..
Habis dia makan sorang... $%@$#@

 
Berjaya buat farrid makan telur separuh masak..

Dan......
Terus ajak beli tempat rebus telur separuh masak nak letak kat Jasin... nanti nak buat sendiri katanya...
 

semangat! hari isnin tu, balik daripada kerja siap beli telur + lada sulah..
 
Asik lah telefon mieza berdering, sebab asik tanya cara nak guna tempat rebus telur, air nak rendam parat mana...
 
Hasilnya....
 
Boleh lar! Cuma macam dah keras sikit.. sebab yang tukang ajar ni bagi ajaran sesat, suruh lebih kan air.. hahaha

 
Bila dah letak kicap jadi jer...

Telur separuh masak checked!
Lepas nie nak ajar minum honeydew atau makan buah honeydew.. ini yang paling liat sekali... hahaha
Padahal honeydew adalah buah yang sangat sedap dap dap!

1 comment: