30 January 2014

Pepero & Musim Sejuk


Minggu lepas punya cerita, balik melaka mieza surprise kan farrid pepero, makan makan kasik gemuk.. hehe

Minggu ni mieza nak bagi benda lain lah... hehe benda yang berkhasiat sikit..
Kita tunggu malam nanti, actually benda tu dah pon sampai kat ofis farrid.. hee


Weekend lepas ajak farrid pergi daiso, cadangnya nak beli sarung tangan, untuk pakai kat ofis nanti, bila duduk ofis, memang sejuk sangat sangat sangat, menusuk ke kalbu, haha 

Tapi alhamdulillah, sekarang nie, matahari dah mula menampak kan diri, kalau tidak before nie mendung macam nak hujan tapi tak hujan pon..

Tu dia, mieza beli sepasang sarung tangan dan sarung kaki yang matching. macam comel jer kan..
Yang hitam kat tengah tu farrid punya, dia pon tetiba nak beli jugak...
Dan dan ofis pon sejuk... hehe

Takpe, janji awak bayar =P

24 January 2014

Baki TAPEM dah tinggal sikit.. yeay!

Permohonan diskaun 25% untuk pinjaman pendidikan diluluskan... yeay!
Syukur Alhamdulillah....

Ingatkan lama lah diorang nak proses, sebab tunggu call, tak ada pulak call..
Rupanya sekejap jer.. mieza hantar last week, this week dah update.
Nie mieza saja login, memang dah update.. yahoo!

So, start bulan ni dah bayar amaun baru lah.
Dah tinggal sikit dah baki pinjaman, kalau nak buat full settlement, dapat lagi diskaun 20%, macam menarik.. akan dibawa ke tengah... akan difikir fikir kan..

23 January 2014

Untuk Awak!


Hari tu farrid nak rasa biskut nie..
Ntah apa ntah nama dia.. mieza lupa.. hahaha tapi bentuk dia macam kuih cincin tue lah tapi versi kecik..
Sekali officemate jual, mieza pon laju laju lah beli nak surprise lah konon! memula ingat nak tanya nak flavor apa kat farrid, tapi tak payah ;ah.. buat surprise jer..

SEkarang nie dah jadi terbalik, setiap jumaat farrid pulak yang dapat surprise.. hehe
Lagipon kebetulan masa tue dia tak sihat, meh lar bagi surprise kat dia, biar sihat sikit..haha

Nah!

Dating dengan BFF


Kalau boleh lepas kejadian tahun lepas, mieza tak nak stress stress dah..
So, balik daripada office, dating tepi tasik bagi makan ikan, syiok jugak kan.. pastu borak borak dengan bff lupakan hal kerja, gelak kuat kuat,, nanti kita dating lagi tau!

Semalam lepak lagi sebab nak amik barang kat bff.. yu huu bulan  nie turn mieza dapat kutu tupperware.. tak sabar nak tengok.. hehe mieza amik set snowflakes, kumpul kumpul tupperware tapi pakai nya ntah bila..
comel sangat, geram jer tengok.. haha
Bff susah senang bersama, even ada yang dah kawen, mieza ler tew, kita tetap bersama!

Time tak ada duit, memasing berkira nak maakan apa, tapi bila ada duit lebih, terus pergi makan kat restoran mahal.. hahaha klako!

Teringat masa kita pergi kelantan hari tu, shopping sampai masing masing habis duit.. klako!
Pastu duk tnya memasing, ko ada duit lagi tak, ko ada duit lagi tak.. haha

Rindu nak jenjalan dengan korang!

22 January 2014

Lepak Ofis Farrid

Kejadian ini berlaku masa cuti Thaipusam yang lepas dimana putrajaya cuti dan melaka tak cuti.. yahoo!! Dan mieza terpaksa ikut farrid lepak office dia.. eh, tak ada lah..
Sebenarnya banyak urusan yang mieza perlu ambil peluang masa cuti nie dan melaka kerja.
Nak pergi submit resume minta kerja kat melaka sebab dah tak tahan duduk jauh jauh.. nak duduk dekat dekat jer lepas ni.. haha

Lepas tu dengan urusan tapem, pinjaman masa belajar dulu.. mieza baru hegeh hegeh nak apply diskaun 25% if ada ijazah kelas kedua tinggi.. haha

Lepas dah setel semua urusan, niat hati nie memang gigih nak coding sistem, hahaha semangat!
Bila tak dapat install notepad++, niat dah kelaut, berrunning man lah kita..
best ofis dia, sambil buat kerja boleh tengok tv, macam kat rumah..!
Cermin besau pon ada, hahaha boleh main tangkap gambau hari hari.. hehe

Ok, bye bye.. ini namanya entry asal ada.. hahaha

13 January 2014

Matahari

Entry matahari entry pertama tahun 2014..
Perlu mood untuk update blog..
Tahun baru dengan perasaan baru azam baru..
Pengalaman yang lalu jadikan inspirasi untuk maju ke hadapan..
Berusaha!

Published with Blogger-droid v2.0.10